Tag Archives: motivasi

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya. Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri) Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya. Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka. Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita …

Read More »

Perjalanan kehidupan bukan hanya untuk pencapaian tetapi menikmati kehidupan

  Seorang ayah yang amat sibuk dengan kerjanya, akhirnya memenuhi janji untuk membawa anaknya pergi memancing.   Dengan hati yang agak berat, dia terpaksa membatalkan beberapa temujanji penting dan akhirnya dapat bercuti untuk bersama anaknya.   Mereka menghabiskan masa seharian dengan memancing namun tidak mendapatkan seekor ikan pun.   Dengan perasaan marah, si ayah pulang ke rumah kerana ia menganggap cuti yang diambil adalah suatu yang sia-sia. Banyak hal yang dapat dilakukan di pejabat jika dia bekerja pada hari itu. Sedangkan pada hari dia terpaksa membatalkan temujanji yang bakal memetrikan perniagaan yang jutaan ringgit, dia gagal mendapatkan seseekor ikan pun. …

Read More »

Susah Beri Ubat Pada Anak

“Salam doctor, saya mempunyai anak berusia 2 tahun. Baru-baru ini dia mengalami sawan akibat demam yang panas. Doktor menasihatkan agar memberikan ubat demam jika suhu badannya terlalu tinggi. Malangnya anak saya agak sukar untuk menelan ubat. Bolehkan saya memasukkan ubat ke dalam makanannya? Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Kanak-kanak bukan sengaja tidak mahu menelan ubat. Mereka berbuat demekian kerana rasanya yang pahit atau tidak sedap. Selalunya mereka akan memuntahkan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak rasa ada kanak-kanak yang sengaja melakukannya semata-mata untuk mencari perhatian ibubapa. Jika kanak-kanak melakukan hal tersebut, saya berpendapat sudah semestinyalah seorang …

Read More »

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

  Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.   Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada …

Read More »

Tepislah bisikan hati yang negatif

    Apa saja pemikiran yang terlintas adakalanya akan masuk ke otak bawah sedar kita, walaupun tanpa kebenaran kita dan tanpa kita sedari. Pemikiran ini akan menguasai perasaan dan emosi kita. Apatah lagi jika kita seorang yang sangat visual, boleh membayangkan sesuatu.   Sebagai contoh apabila kita berjalan di sebuah perkuburan, ada pemikiran dan bisik hati bahawa terdapat hantu di kawasan itu. Pemikiran dan bisik hati ini akan masuk ke pemikiran bawah sedar, bergaul dengan emosi kita.   Maka kita mula merasakan satu perasan seram dan takut. Bagi orang yang mempunyai kekuatan visual pula segera membayangkan rupa bentuk hantu yang …

Read More »

“The Kung Fu Panda”

    Apa yang saya belajar dari video “The Kung Fu Panda”…   Video “Kung Fu Panda” mempunyai banyak pengajaran yang tersirat dan tersurat, sesuai ditontoni oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mencari inspirasi dalam kehidupan. Ia mengajar erti takdir (destiny) dan percaya pada kebolehan sendiri (the power of self-belief).   Ia adalah suatu kisah “dari zero kepada hero” apabila seekor Panda bernama Po yang membantu ayahnya di restoren akhirnya menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.   Po sangat meminati pahlawan ‘Furious Five’ iaitu Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey dan berangan-angan untuk menjadi seperti mereka. Tetapi hasratnya dihalang oleh …

Read More »
error: Content is protected !!