Advertorial
Home » Tag Archives: minyak zaitun

Tag Archives: minyak zaitun

Jangan Sampai Kena Serangan Stroke Kedua atau Ketiga

JANGAN SAMPAI KENA SERANGAN STROKE KEDUA     Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an.   “Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.”   “Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke… ” jelasnya lagi.   Saya bertanya, “Ayah ada diabetes? Merokok?”   “Ayah saya tak merokok. Tekanan darah 130/84. Tahap kolestrole normal. Tapi dia ada diabetes”   Ramai yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes juga boleh mendapat serangan stroke walaupun tidak merokok, tidak mempunyai tahap kolestrole jahat yang tinggi dan tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.   Tahap gula yang tidak dikawal baik boleh menyebabkan sumbatan pada saluran darah, walaupun tahap kolestrolnya normal. Ia juga ... Read More »

Minum Air Kosong Secukupnya Mencegah Stroke

  Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke. Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair.   Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya.   Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk ‘tidak makan dan minum’ selama enam jam sepanjang tidur) dan waktu sebaik saja bangun tidur.   Selain minum air kosong, meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu seseorang ... Read More »

MINYAK ZAITUN MENGANDUNGI SERIBU SATU KHASIAT.

    Minyak zaitun adalah minyak yang sangat berkhasiat dan memiliki seribu satu khasiat untuk kesihatan tubuh. Antara khasiatnya dalam aspek kesihatan kulit ialah:   1.Melembapkan kulit: Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.   2. Memperbaiki kesihatan kulit: Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.   3. Membantu membuang mekap di muka: Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik ... Read More »

MANFAAT MINYAK ZAITUN PADA KULIT

  Tidak dapat dinafikan bahawa minyak zaitun adalah salah satu bahan yang digunakan untuk tujuan kecantikan, dan telah digunakan semenjak zaman peradaban Rom dan Mesir Kuno.  Ini kerana ia mengandungi lemak sihat, vitamin E, dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit.   Selain menjaga kelembapan kulit, kandungan nutrisi dan antioksidan di dalam minyak zaitun juga dapat memelihara kesihatan kulit dan membantu mengurangi kedutan kerana ia  mudah meresap ke dalam lapisan-lapisan kulit.   Dalam banyak kajian menunjukkan bahwa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk membantu penyembuhan kulit setelah mengalami luka akibat terbakar ringan, digunakan sebagai pelembap, dan mampu membantu merawat penyakit alahan kulit kronik seperti eczema, psoriasis dan dermatitis.   Bagaimana menggunakan minyak zaitun untuk tujuan kosmetik? Minyak zaitun boleh digunakan untuk membersihkan make up di wajah (cleansing oil) dan ia ... Read More »

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN       Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang yang terkenal, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yg didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang penceramah.   Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal. Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut?   Paling kurangkan laporan-laporan testimoni yang menyokong kenyataan ini iaitu pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg lain ambil minyak zaitun tak ada pun sakit ginjal?   Yang saya tahu punca utama sakit ginjal ini akibat penyakit kronik spt diabetes dan tekanan darah tinggi. Sebab lain adalah ... Read More »

BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019   Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.   Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.   Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.   Jika mereka ingin melakukan puasa atau Intermittent Fasting, ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka terutama yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti orang yang bekerja di pejabat selama ... Read More »

ORANG KITA MUDAH LUPA

    Masalah ingatan (memory problems) di kalangan orang dewasa semakin menjadi perkara yang biasa berlaku di Malaysia. Masalah ini menyebabkan kita (sebagai orang dewasa) mengalami kesukaran untuk belajar, bekerja, berhubung dan kadang kala mengganggu rutin kita seharian.   Seorang pekerja pernah mengadu kepada saya yang beliau tidak dapat pergi kerja kerana beliau tidak jumpa kunci kereta yang tersorok di celah sofa. Pada hal petang semalam, beliau yang mencampakkannya di situ. Kunci itu hanya dapat dijumpai setelah pukul 2 petang.     Masalah ingatan ini selalunya mula berlaku apabila kita semakin berumur, selalunya bermula pada usia 65 tahun ke atas. Mereka mungkin berisiko untuk mengalami masalah ingtan yang lebih serius seperti penyakit Alzheimer’s Disease (AD) dan Dementia, yang mana mereka tidak ingat apa-apa langsung berkaitan dengan diri sendiri dan persekitaran. Malah kebanyakan ... Read More »

mengapa saya pilih minyak zaitun

MENGAPA SAYA PILIH MINYAK ZAITUN ?     Ramai yang bertanya saya mengapa saya sangat taksub dengan minyak zaitun. Adakah minyak zaitun ini minyak yang terbaik?   Mulanya saya sendiri agak sukar menelan fakta-fakta yang berkaitan minyak kerana pada masa itu saya berpendapat bahawa minyak dan lemak adalah suatu yang berbahaya kepada kesihatan. Ia meningkatkan kolestrole dan menyebabkan saluran darah akan tersumbat. Minyak dan lemak juga akan menyebabkan berat badan akan bertambah.     Minyak adalah bersifat cecair. Bila membeku dan bentuk pepejal dalam suhu yang rendah (contohnya dalam fridge), minyak akan menjadi lemak.       Namun setelah banyak menghadiri kelas nutrisi, seminar, bengkel, konferens dan konvensyen, pandangan saya telah berubah.   Fakta yang biasa saya dengar adalah fakta mengelirukan. Dan saya percaya fakta itu yang biasa kita dengar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!