Advertorial
Home » Tag Archives: Minum air

Tag Archives: Minum air

Mengelak batu karang berulang

      “Assalamu alaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam.   Penyakit batu karang dalam system pembuangan air kecil adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Batu karang itu boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal dan pundi kencing atau dalam pundi kencing itu sendiri.   Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka. Ini kerana antaranya rakyat Malaysia kurang minum air yang cukup, selain factor pemakanan dan keturunan.   Penyakit batu karang ... Read More »

Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?

      “Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia  sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif. Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?”   Wa alaikum mus salam.   Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus menangis. Bayi menjadi tidak selesa.   Selsema biasa berlaku pada kanak-kanak dan bayi yang berumur dua tahun ke bawah. Namun begitu selalunya selesema tidak serius. Ia boleh ... Read More »

Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam ?

        “assalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Ibubapa selalu membawa anak mereka ke klinik kerana anak mereka mengalami batuk. Adakalanya batuk mereka tidak disertai dengan demam, hanya batuk kering yang berterusan sebaik saja batuk bermula.   Batuk berlaku sebagai satu tindak balas apabila ada bendasing sama ada kahak, habuk dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini, paru-paru kita dapat mengelak daripada dicemari dengan bendasing itu.   Jadi batuk sebenarnya memberikan faedah kepada kita. Oleh itu, batuk hanya sebagai tanda bahawa system pernafasan kita sedang mengalami ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!