Advertorial
Home » Tag Archives: menggigil

Tag Archives: menggigil

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

  “Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.”   Wa alaikum mus salam.   Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul.   Ia tidak memudaratkan.   Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan.   Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan waktu selalunya waktu pagi atau sebelum tengah hari.   Secara tradisinya masa yang di dicadangkan oleh kebanyakan orang-orang tua, adalah pada waktu pertengahan pagi, ... Read More »

Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas

      “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa. Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang awam lebih suka menyebutnya sebagai ‘sawan gila babi’. Dalam kes rakan puan, penyakit beliau dinamakan sebagai ‘nonepileptic seizure’ hanya melibatkan aktiviti pemikiran mental beliau saja, dan tidak melibatkan saraf pada otot anggota. Jadi ... Read More »

Suntikan Pethidine untuk sakit kronik

    “Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala.  Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan”   Wa alaikum mus salam.   Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan.   Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit.   Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit memerlukan dos yang semakin tinggi, selain boleh menyebabkan masalah ketagihan.   Kesan sampingan yang lain ialah: 1. masalah penghadaman seperti rasa loya, muntah, sembelit ... Read More »

Apakah punca demam?

”Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya pendapat doctor. Pada masa saya berumur 14 tahun saya ada masalah kesihatn,saya selalu muntah darah, (sikit saja dalam setengah cawan sekali muntah), doktor kata  saya ada masalah saluran darah yang lemah pada hati. Pemeriksaan OGDS telah dilakukan doctor kata tiada masalah. Sekarang saya berumur 24 tahun dan selalu mengalami demam. Adakah disebabkan pengambilan ubat-ubat yang saya ambil sebelum ini? “ Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email saudari dan mendapat sedikit gambaran mengenai yang berlaku pada saudari. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan saudari berusaha mendapat kesembuhan.   Terlalu banyak sebab-sebab terjadinya demam. Malah demam sendiri didefinasikan oleh pelbagai orang dengan pelbagai ukuran. Adakalanya seorang merasa badannya panas, dan ia mengatakan dirinya demam. Ada yang mengatakan dirinya berasa sejuk, pada hal tubuhnya hangat dan tidak ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!