Advertorial
Home » Tag Archives: Mekah

Tag Archives: Mekah

Bahayakah menahan kentut?

ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT?   “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat.   Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk.   Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria.       Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana tenaga. Kerosakan mitokondondria akibat serangan jangkitan kuman (virus atau bakteria) akan menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.   Oleh saintis mencadangkan ... Read More »

“Meramal” hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis

Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu  Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam membenarkan para doktor dan saintis menggunakan teknologi moden untuk ‘meramal’ kesihatan bayi apabila dilahirkan, saya akan bahaskan dalam penulisan yang lain. Namun begitu secara ringkasnya, doktor tidak menggunakan sesuatu yang ... Read More »

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana mereka yang beribadat mengerjakan umrah dan berpuasa di Mekah dan menghidupkan malamnya di sana, walaupun di sebalik keterbatasan syari’e yang kita hadapi. Pandangan ulama Sebelum saya memberikan pandangan dari sisi ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!