Advertorial
Home » Tag Archives: MBBS

Tag Archives: MBBS

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita semula. Ia akan memberi kesan kepada jiwa kita yang selama ini mungkin gagal untuk meraih satu kejayaan kerana kita terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling ... Read More »

Ketegangan Zakar Berterusan.

PRIAPISM : KETEGANGAN ZAKAR BERTERUSAN    Antara kes emergency yang paling saya ingati ialah kes semasa berada di tahun akhir ijazah kedoktoran ketika belajar di India.   Tiba-tiba saya diajak oleh seorang rakan ke Jabatan Kecemasan kerana ada cerita yang menarik. Kebetulan hospital tidak jauh dari perpustaan tempat kami mengulangkaji pelajaran.   “Kes apa ni Roslan, kes minum Paraquat lagi ke?”   Saya bersungguh bertanya kerana saya sudah agak bosan dengan kes minum racun rumput yang saban minggu pasti ada seorang dua yang dimasukkan ke hospital swasta tempat saya belajar ini.   Agaknya kalau di hospital kerajaan, sudah tentu lebih banyak kes-kes seperti ini.   “Roslan, kalau kes bunuh diri, malas lah aku pergi. Kau pergi sorang je lah”   “Ini kes bagus. Priapism. Kau tahu tak kes apa tu? ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!