Advertorial
Home » Tag Archives: masturbasi (page 3)

Tag Archives: masturbasi

15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM     1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.   2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.   3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.   4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Kita kena faham bahawa makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.   5 – Sodium bertindak dalam ... Read More »

masalah haid akibat rawatan kimoterapi

MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI       “Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar.   Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang mungkin dirasai oleh mereka. Selalunya rawatan kimoterapi yang diberikan sangat berkesan untuk penyakit kanser, bergantung kepada jenis  kanser dan ... Read More »

Urut ganti senaman?

URUT GANTI SENAM?   “Assalamualaikum Dr., adakah mengurut adalah satu amalan yg baik bg yang kurang bersenam atau tidak sempat bersenam sebagai salah satu cara menjaga tahap kesihatan yang baik.. tqvm”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Amalan berurut badan seperti yang kita amalkan sejak dari zaman dulu, adalah amalan yang bagus terutama bagi mereka yang selesai menjalani proses fizikal yang stress seperti selepas melahirkan anak, menjalani pembedahan (pada anggota tertentu), dan selepas temasya sukan.   Bagi individu yang mempunyai penyakit kronik dan mengalami sakit-sakit badan dan sendi, amalam ururtan juga membantu mendapat kesegaran kerana ia melancarkan perjalanan darah dan lendiran limfatik. Ia sangat bermanfaat.   Namun begitu ia tidak dapat menggantikan manfaat melakukan senaman. Bagi mereka yang tidak mampu melakukan aktiviti senaman berat (bermain bola di padang, berzumba, etc) ... Read More »

Tidak datang haid setahun selepas ambil implan

TIDAK DATANG HAID SETAHUN SELEPAS MENDAPAT IMPLANT DI BAWAH KULIT LENGAN    Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 30 tahun, bekas rakan utm skudai dalam bidang kaunseling. Saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan anak tahun lepas dan mula menggunakan implan pada jun 2015 sehingga kini, sudah setahun tapi saya tiada mengalami haid yang teratur. Bulan lepas, saya ada kedatangan haid yang banyak, lebih kurang kurang 20 hari. Kemudian pada bulan berikutnya ada pendarahan berterusan selama 30 hari. Apa masalahnya ya Doktor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kitaran haid yang tidak teratur selepas suntikan hormon perancang sama ada yang dimasukkan ke bawah kulit (implant) atau ke otot punggung (Unidepo) adalah disebabkan kesan sampingan ubat hormon yang terdapat dalam suntikan itu.   Ia bukan menjadi rahsia lagi, kerana hampir kesemua wanita yang ... Read More »

kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT     Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam.   Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya.   Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah letih. Sebelum ini telah berjumpa dengan doctor di klinik panel syarikat beliau pada bulan lepas. Beliau telah diberikan ubat penahan sakit dan pil B-kompleks. Namun mendapat kelegaan yang ... Read More »

Segera menyahut jika kita sayang

SEGERA MENYAHUT JIKA KITA SAYANG   Seorang suami bertanya pada isterinya : ” Sudah solat asar ke?” “Belum” jawab isterinya ringkas.   Suami bertanya lagi : “Kenapa belum solat ?”   Lalu isterinya menjawab : ” Saya baru sahaja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi “   Suaminya menjawab : ” Baiklah … Bangun dan solatlah asar dan maghrib sekaligus. Sebentar lagi sudah masuk waktu Isyak “   Pada keesokan harinya suami pergi untuk bertugas ke Singapura. Si suami selalunya akan menelefon isterinya bila telah sampai ke destinasi. Si isteri menunggu panggilan telefon berjam-jam dari suaminya. Namun si suami tak juga menelefon.   SMS atau whatapp singkat pun tidak ada. Si isteri pun mulai risau. Selalunya suaminya akan menghubungi segera apabila sudah sampai. Si isteri mula membuat berbagai ... Read More »

Pengambilan cecair bagi pesakit ginjal yang menjalani rawatan hemodialysis

    PENGAMBILAN CECAIR BAGI PESAKIT GINJAL YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALYSIS   Pesakit yang mengalami kegagalan ginjal selalunya akan melakukan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di pusat hemodialysis. Mereka terpaksa melakukan rawatan ini kerana ginjal mereka tidak mampu lagi menghasilkan air kencing. Jadi semua bahan kumuh yang sepatutnya keluar melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan.   Ini menyebabkan mereka mengalami komplikasi apabila terlalu banyak cecair dalam tubuh yang biasanya berkumpul dalam paru-paru, akhirnya menyebabkan pesakit sukar bernafas dengan baik. Selain itu bahan kumuh akan berkumpul terutamanya dalam otak, menyebabkan pesakit mungkin pengsan dan meninggal dunia.   Setakat ini tiada lagi ubat sintetik moden yang mampu merawat kegagalan ginjal ini. Rawatan hemodialysis yang dilakukan ini sebenarnya menggantikan fungsi ginjal, walaupun ia tidak sempurna seperti fungsi ginjal.   Oleh kerana mereka tidak ... Read More »

Jangan cepat sangka buruk terhadap nasib kita

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA     Ini adalah pelajaran tauhid yang sangat bernilai.   Dahulu kala, ada seorang lelaki arab memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah. Ramai yang cuba membeli dari lelaki ini, namun dia tidak mahu menjualnya.   Suatu hari, seorang saudagar kaya dari bandar ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sepuluh ganda dari harga yang biasa ditawarkan.  Lelaki itu masih tidak mahu menjualnya. Teman-temannya mengejek karena dia tidak menjual kudanya.   “Rugi kamu tidak jual kuda putih itu. Mana tahu kuda kamu akan mati esok hari” kata mereka sambil tertawa.   Keesokan harinya, dengan takdir ALLAH kuda itu hilang dari kandangnya. Puas dia mencari serata kampung namun tidak ditemui. Dia pun balik ke rumah sambil berdoa, “Semoga ALLAH ... Read More »

Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil

BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL?     Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja.   Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas.   Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara untuk balik kampung atau bercuti? Selalunya masa paling selamat untuk menaiki terbang adalah apabila usia kehamilan dalam trimester kedua iaitu antara 15-30 minggu.     Ini kerana kebanyakan keguguran bisanya ... Read More »

Cara berdiet dengan pil

CARA BERDIET DENGAN PIL     Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, yang menyebabkan kita tiada selera untuk makan atau bahan yang mengandungi dulcolax, yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap.   Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.   Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi bahan dulcolax. Bahan ini akan menyebabkan kita dehidrasi, akhirnya kita kehilangan antara 3-5 kilogram berat badan, dan tidak lebih dari itu. Selalunya pengguna tidak tahan menggunakan produk ini kerana ia ... Read More »

Ibu jari mahu dipotong

IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya.   Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas.   Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’   Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di hospital. Saya hanya beritahu tip pemakanan yang betul. Kurangkan gula, nasi dan produk tepung. Minum air kosong sebanyaknya. Gantikan gula dalam minuman dengan stevia.   Akhirnya selepas ... Read More »

Sakanjabeen mengandungi vitamin C

PENGAMBILAN SUPLEMEN TAMBAHAN SAKANJABEEN YANG MENGANDUNGI VITAMIN C       FUNGSI VITAMIN C   Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah nutrien vitamin yang larut dalam air . Ia boleh didapati di dalam sesetengah makanan.   Dalam badan, ia bertindak sebagai antioksida, membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.   Radikal bebas adalah sebatian terbentuk apabila badan kita menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga. Orang ramai juga terdedah kepada radikal bebas yang terdapat pada alam sekitar dari asap rokok, pencemaran udara, dan cahaya ultraviolet dari matahari.   Tubuh juga memerlukan vitamin C untuk membuat kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan luka atau sebarang kecederaan pada tisu.   Di samping itu, vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan ... Read More »

Kesalahan minta sijil cuti sakit

KESALAHAN MINTA SIJIL CUTI SAKIT   “Assalammualikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pertolongan doctor untuk saya membeli ‘back dated MC’. Sebenarnya pada  hari Sabtu lepas saya mengalami sembelit sehingga menyebabkan menyebabkan buasir. Saya rasa sakit sangat sehingga tidak mampu bergerak, dan tidak dapat ke klinik kerana tiada orang yang membantu menghantar saya. Ini kerana saya tinggal bersendirian di rumah sewa saya. Pada keesokan harinya, saya cuba mencari klinik namun tiada klinik yang buka pada hari Ahad. Saya tidak tahu buat macam mana sebab saya beritahu pada syarikat saya yang saya cuti sakit pada hari Sabtu tersebut.  Kebetulan pula saya mengalami sakit senggugut.   Saya tahu bahawa menjadi kesalahan bagi saya membeli MC dengan cara ini tetapi bagaimana saya perlu cari MC? Saya betul-betul terdesak. Saya guna medical card Nicare. Klinik ... Read More »

masalah mata anak berair seperti menangis

MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS Pada keluaran kali ini, saya ingi berkongsi jawaban pada pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang ibu yang risau terhadap keadaan mata nakanya yang berumur lapan bulan.   Pertanyaan beliau seperti berikut: “Assalamu’alaikum. Dr. maaf saya mengganggu. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini.  Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.   Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya.  Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu selepas kelahiran. Pada mulanya saya fikir ia hanya perkara biasa dek kerana cuaca sejuk di Jordan ketika itu. Sehingga kini ia masih lagi berair walaupun ... Read More »

BANYAK AIR DALAM OTAK

  APA YANG MENYEBABKAN BANYAK CECAIR DALAM OTAK ORANG DEWASA?       Hydrocephalus atau air pada otak, boleh berlaku di kalangan bayi dan juga orang dewasa. Apabila pesakit mengalami keadaan hydrocephalus, cecair dalam otak (yang disebut cerebrospinal fluid, CSF) bertambah banyak dan memberikan tekanan kepada otak. Ia seperti satu belon yang terus ditambah air, sehingga belon itu membesar.   Dalam kepala, tengkorak tidak akan membesar bila isipadu cecair bertambah, kerana tengkorak adalah tulang yang keras dan tidak boleh membesar. Jadi ia akan menekan pada otak yang bersifat lembut. Jadi apabila cecair dalam otak bertambah, maka tisu otak akan dihimpit dan boleh menyebabkan tisu-tisu otak ini mati.   Hydrocephalus berlaku apabila saluran yang mengalirkan CSF (‘cecair dalam otak’) di antara saraf tunjang dan otak menjadi tersumbat. Sebab lain apabila penyerapan ... Read More »

Cara menguruskan kemarahan

CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN   Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “.   Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah.   Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:   1) Diam   2) Berfikir     Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.   Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.   1. Mengapa aku perlu marah?   2. Apakah kesan kemarahan ... Read More »

Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?

BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI?   ” Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula untuk satu lagi suntikan? Jika tidak boleh disuntik, bilakah tempoh perlu djarakkan dengan tarikh suntikan yg pertama tu. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya tiada bezanya sama ada disuntik atau dimakan melalui mulut (untuk ubat berbentuk tablet, kapsul atau cecair).   Ubat yang disuntik lebih cepat masuk ke dalam sistem tubuh kita, berbanding dengan ubat yang dimakan. Suntikan ke dalam saluran darah (intravenous) lebih cepat dari suntikan ke dalam otot (intramuscular).   Masa yang diambil untuk voltaren memberikan ... Read More »

Kencing tidak lawas

KENCING TIDAK LAWAS     “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih”   WALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas.   Saya mencadangkan, jika dia tidak mahu ke hospital, boleh bawa dia ke Pusat Kesihatan Kerjaan atau mana-mana klinik swasta bagi memeriksa masalah yang dihadapi oleh beliau.   Ramai yang keliru dengan kencing tidak lawas dengan ... Read More »

PCOS dan Rahem Terbalik

PCOS DAN RAHEM TERBALIK     “Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap doktor mampu memberikan pencerahan. Sekian, Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap cikpuan tidak berputus asa dengan ujian yang diberikan kepada puan. ALLAH ... Read More »

ketika ujub menyelimuti hati

KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI Assalamualaikum, Sekadar perkongsian bersama sebelum solat terawih…..   Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah (691H1270M) berkata dalam nasihatnya; “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.” “Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan.” “Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.” “Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan.” “Jika Allah mudahkan pemahaman agama ... Read More »

Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?

DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ?     “Assalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya sekarang ‘on and off’, kurang selera makan dan kurang minum susu. Sesekali ada muntah. Adakah saya perlu bawakannya ke hospital? Sudah sebulan tekaknya membengkak seperti tonsillitis. Boleh saya dapat pendapat pendapat doktor ? Terima kasih banyak atas pendapat doctor. Saya amat saya hargai. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit tonsillitis adalah jangkitan kuman pada tonsil yang menyebabkan tonsil menjadi radang, iaitu bengkak dan merah. Ia boleh menyebabkan demam, tidak selera makan (kerana sakit dan sukar menelan) dan ... Read More »

Maklumat Tidak Tepat Punca Segelintir Ibu Bapa Menolak Vaksin

  MAKLUMAT TIDAK TEPAT PUNCA SEGELINTIR IBUBAPA MENOLAK VAKSIN   Salah faham masyarakat dalam mendapatkan maklumat tidak sahih daripada sumber terbuka seperti laman web dan media sosial menjadi punca segelintir ibu bapa menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka.   Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata banyak artikel berkaitan dengan anti-vaksin yang mempunyai ciri yang sama seperti sumber yang diambil bukan daripada orang yang pakar.   “Didapati juga blog atau web mendakwa mereka adalah daripada pertubuhan atau orang yang boleh dipercayai, namun mereka sebenarnya tidak amanah dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.   “Selain itu, penyebar maklumat adalah mereka yang menggunakan nama samaran dan tidak menunjukkan identiti yang sebenar,” katanya kepada Bernama.   Dr Zubaidi berkata terdapat dua golongan yang menolak vaksin iaitu mereka yang sibuk atau ... Read More »

Telah vaksin tapi masih dijangkiti kuman

ADAKAH KANAK-KANAK YANG TELAH DISUNTIK VAKSIN MASIH BOLEH DIJANGKITI VAKSIN?     “Salam doctor, saya ini penjelasan berkenaan jangkitan diphtheria. Adakah kanak-kanak yang menerima vaksin berpotensi mendapat jangkitan difteria daripada pesakit lain?  Apakah cara rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak yang bervaksin sekiranya mendapat jangkitan itu? Adakah kanak-kanak yang bervaksin akan mengalami sakit yang lama sehingga boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan difteria?. Sekian, terima kasih”       WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, kanak-kanak yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti semula dengan kuman diphtheria dari pesakit lain. Ini berlaku pada sebahagian kecil kanak-kanak yang diberikan suntikan vaksin, kerana:   vaksin yang diberikan tidak berkesan atas beberapa sebab antaranya penyimpanan vaksin yang tidak mengikut piawai apabila disimpan di dalam petisejuk.   antibody dalam tubuh kanak-kanak yang disuntik itu dikeluarkan dengan ... Read More »

Tidak obese tetapi haid tidak menentu

TIDAK OBESE TAPI HAID TIDAK MENENTU   “Salam Dr, saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang saya tidak pasti apa penyebabnya. Saya juga bimbang kerana saya tahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan. Saya berusia 27tahun, masih belum berkahwin, BMI ideal. Apakah yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan kitaran haid yg normal. Adakah saya perlu menjalani sebarang check up utk mengenalpasti masalah yg saya hadapi ni. Mohon pencerahan. Terima Kasih Dr.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Masalah kitaran haid yang tidak menentu sering belaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Namun adakalanya ia berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang ideal.   Benar, ketidakseimbangan hormone yang menyebabkan kitaran haid yang tidak normal, menyebabkan masalah ketidaksuburan. Punca masalah kitaran haid ini boleh ... Read More »

Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria

IMMUNISASI VAKSIN LIMA SERANGKAI ELAK DIPHTHERIA     Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.   Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.   “Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.   “Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.   “Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap ... Read More »

Kulit kering dan Bergaris halus tanda penuaan

KULIT KERING DAN BERGARIS HALUS DISEBABKAN OLEH PENUAAN Berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an. Antara simptom penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik hendak tidur dan mudah sangat tidur. Perubahan pada wajah juga agak ketara. Pada peringkat awal terdapat garis-garis halus pada kulit muka, sebelum ia menjadi lebih teruk apabila berlakunya kulit muka yang berkedut dan tidak lagi menegang.   Berada lama di bawah matahari, merokok, diet, kegemukan, gravitasi, tekanan hidup dan genetik merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan kulit Dengan peningkatan umur, proses pengggantian sel kulit yang baru akan memperlahan, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan ... Read More »

Awas Bahaya Suntikan oleh staf bukan doktor untuk Cantik

BAHAYA SUNTIKAN OLEH STAF BUKAN DOKTOR UNTUK CANTIK  SEJAK kebelakangan ini semakin ramai orang kelihatan semakin cantik, putih, gebu dan muda dengan mendapatkan pelbagai bentuk rawatan kecantikan tetapi ada antaranya tidak mengikut cara yang betul. Pada mulanya mereka mengambil produk yang terdapat di pasaran tetapi apabila hasil yang didapati tidak memuaskan mereka mula mendapatkan produk yang lebih berbahaya dengan harapan mendapat hasil lebih pantas. Antaranya melalui kaedah suntikan untuk kecantikan. Baru-baru ini ada kes seorang bekas jururawat telah ditahan kerana memiliki produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan. Dia turut menjalankan aktiviti suntikan di rumah sendiri yang boleh mengundang bahaya kepada ’pelanggan’ yang mendapatkan rawatan tersebut. Bahan yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan termasuk suntikan Vitamin C, glutation dan kolagen. Untuk pengetahuan pembaca, suntikan apa jua jenis bahan ke dalam badan ... Read More »

Manfaat buah delima dalam SAKANJABEEN

MANFAAT BUAH DELIMA DALAM SAKANJABEEN   Buah delima atau dalam bahasa Inggeris ‘pomegranate’ mempunyai nama botani “Punica granatum”. Perahan buah delima dalam bentuk jus mempunyai rasa masam manis. Rasa manis adalah disebabkan kandungan fruktosa, sementara rasa masam disebabkan oleh bahan tannins. Sementara warna merah buah delima mengandungi banyak bahan anthocyanin yang banyak manfaatnya. Molekul tannin dalam beberapa kajian makmal menunjukkan penurunan mutagenic akitiviti yang menyebabkan berlakunya kansel pada sel. Ini kerana tannins adalah antioksida yang baik, yang melindungi sel dari aktiviti kerosakan oksidatif. Tannin juga menghalang pembiakan kuman, termasuk fungus, yis, bakteria dan virus. Ini berlaku apabila terdapat proses hidrolisis antara tannin dan gallic acid, ketika buah delima itu sedang matang. Tannins juga mempercepatkan pembentukan darah beku, menurunkan tekanan darah, merendahkan kandungan lemak lipid dalam darah dan meningkatkan daya tahan ... Read More »

Omega 3 dan minyak kelapa elak nyanyuk

OMEGA 3 DAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ELAK NYANYUK  Pada tahun lalu, direkodkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 2.8 juta warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) daripada keseluruhan populasi seramai 31 juta orang. Diramalkan, menjelang tahun 2050, negara dijangka mempunyai 40.7 juta penduduk dengan 23.5 peratus daripada populasi itu terdiri daripada warga emas.   Pada masa sekarang, 1.4 daripada 10 orang dewasa di Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas mengalami masalah dementia atau nyanyuk. Insiden akibat gejala tersebut juga meningkat kepada 22.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas.   Dementia adalah masalah yang berkaitan dengan simptom penyusutan memori atau kemahiran berfikir. Keadaan yang cukup serius ini menghadkan kemampuan seseorang melakukan aktiviti harian.   Kajian terbaharu daripada seorang pakar antipenuaan Jepun menunjukkan bahawa pengambilan Omega ... Read More »

Khasiat sakanjabeen yang mengandungi cuka kurma

KHASIAT SAKANJABEEN YANG MENGANDUNGI CUKA KURMA   Salah satu bahan yang terdapat pada SAKANJABEEN adalah cuka kurma. Cuka kurma adalah diperbuat daripada proses penapaian buah kurma sehingga menghasilkan bahan asid acetik dan beberapa nutrisi yang lain. Antaranya ialah: Vitamin C Vitamin E Vitamin B1 Vitamin B6 Beta-karotena Bioflavonoid Potassium Serat Cuka kurma sudah berkurun digunakan sebagai satu makanan dan perubatan di Timur Tengah. Berikut adalah beberapa khasiat cuku kurma adalah di bawah: 1. Menurunkan Berat Badan Dengan mengamalkan SAKANJABEEN yang mengandungi cuka kurma, ia boleh mengurangkan rasa lapar dan mencepatkan anda berasa kenyang. . Dengan itu, mengurangkan pengambilan makanan, secara tidak langsung dapat menguruskan badan. Konsep mengurangkan selera makan ini sudah banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dan ubat kurus. Cuka kurma juga sering digunakan untuk mengurangkan kadar gula dalam badan. ... Read More »

Berhati-hati Penggunaan Ubat Batuk Dan Selesema Dalam Rawatan Kanak-kanak

BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN UBAT BATUK DAN SELSEMA DALAM MERAWAT KANAK-KANAK     Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut. Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala. Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih dalam tempoh tertentu. Rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), antitusif (seperti dextromethorphan) dan dekongestan (seperti pseudoephedrine) yang secara amnya adalah selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, ubat batuk ... Read More »

Puasa sebagai bonus untuk kesihatan

Puasa sbg Bonus untuk Kesihatan Kebanyakan pakar bukan beragama Islam mencadangkan orang lain agar berpuasa kerana mendapati puasa menyumbang pelbagai manfaat kepada kesihatan.   Sebab itulah terdapat pelbagai jenis puasa untuk kesihatan seperti makan malam awal dan tidak mengambil sarapan atau berpuasa tetapi dibenarkan mengambil jus tertentu.  Puasa yang mereka cadangkan ialah antara 14-16 jam sehari dan paling lewat hingga mencecah 36 jam.   Kajian dan pemerhatian mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Antara lain puasa Ramadan yang dilakukan setiap hari didapati membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula darah bagi penghidap diabetes.   Dengan berpuasa selama sebulan penghidap diabetes misalnya dikatakan berupaya merendahkan paras gula kepada julat normal atau sekurang-kurangnya menghampiri paras normal.   Berpuasa hanya sehari setiap bulan didapati berupaya menurunkan risiko arteri jantung tersumbat sebanyak 40 peratus. ... Read More »

Mencari ubat hati

MENCARI UBAT HATI   Hari ini untuk pertama kalinya aku pergi ke klinik untuk melakukan medical check up “kerohanian”. Ternyata aku mengidap beberapa jenis penyakit yang serius.. Berikut ialah keputusan check up nya: Ketika tekanan darah diukur, ternyata aku memiliki kelembutan hati yang rendah. Ketika suhu tubuh diukur, termometernya menunjukkan darjah kegelisahan aku hampir mencapai 40 celsius. Ketika jantung ku diperiksa, ternyata saluran arterinya tersumbat oleh berbagai kekecewaan, kesedihan, kesepian, kemarahan dan dendam. Aku juga diberitahu bahawa tulang-tulang banyak yang retak kerana tersandung oleh rasa cemburu dan iri. Ini menyebabkan aku tidak dapat berjalan di sisi saudara saudaraku dengan rasa selesa dan juga tidak dapat memeluk mereka. Ketika aku memeriksa mataku yang semakin terganggu, diketahui penyebabnya ialah kerana aku hanya melihat kekurangan kekurangan orang di sekitarku sehingga kemampuan mata untuk ... Read More »

Mufti: Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang

MUFTI: ISLAM HARUSKAN GUNA VAKSIN BAHAN TERLARANG   Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan. “Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada ‘al-Wiqoyah’ iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program wacana pendidikan fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah di Kota Bharu semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata kes dan wabak campak serta ruam meningkat di negara ini berikutan tentangan gerakan antivaksin ... Read More »

Bayi 5 bulan diberikan nasi empit

BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT     “Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi yang berumur enam bulan ke bawah belum lagi matang. Mereka belum bersedia menghadamkan makanan yang kompleks, dan terlalu banyak rempah.   Begitu ... Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?       “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”      WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.   Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.   Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!