Advertorial
Home » Tag Archives: masa

Tag Archives: masa

Perjalanan kehidupan bukan hanya untuk pencapaian tetapi menikmati kehidupan

  Seorang ayah yang amat sibuk dengan kerjanya, akhirnya memenuhi janji untuk membawa anaknya pergi memancing.   Dengan hati yang agak berat, dia terpaksa membatalkan beberapa temujanji penting dan akhirnya dapat bercuti untuk bersama anaknya.   Mereka menghabiskan masa seharian dengan memancing namun tidak mendapatkan seekor ikan pun.   Dengan perasaan marah, si ayah pulang ke rumah kerana ia menganggap cuti yang diambil adalah suatu yang sia-sia. Banyak hal yang dapat dilakukan di pejabat jika dia bekerja pada hari itu. Sedangkan pada hari dia terpaksa membatalkan temujanji yang bakal memetrikan perniagaan yang jutaan ringgit, dia gagal mendapatkan seseekor ikan pun.   Namun ia tidak meluahkan kemarahannya.   Sampai di rumah selepas membersihkan diri, dia membaringkan diri dan membuka fail untuk mengatur semula semua temujanjinya. Dia bersumpah tidak akan mensia-siakan lagi ... Read More »

Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem

“Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan, rupanya ia adalah perempuan. Jadi berapa tepat peratusan scan bagi jantina anak dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sebenarnya, agak sukar bagi memeriksa jantina bayi di dalam rahem. ketepatannya bergantung kepada: 1. usia kehamilan 2. kemahiran doktor yang melakukan scan 3. mesin ultrasound yang digunakan 4. posisi bayi dalam rahem Bayi yang berada dalam posisi berbaring (melintang) lebih mudah dilihat alat kelaminnya berbanding dengan posisi yang lain. Secara amnya usia kehamilan memaninkan peranan dalam ketepatan scan ... Read More »

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem. Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat jin untuk mengetahui jantina bayi. Mereka ingin mengetahui kerana sangat menghendaki anak lelaki dan tidak mahu anak perempuan. Oleh itu ia adalah berdosa kerana: 1. menggunakan khidmat jin 2. berniat ... Read More »

Simpan susu formula dalam peti sejuk

    “Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?”   Wa alaikum mus salam.   Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam.   Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya.   Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.   Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu formula dan disimpan.   Walaupun menyimpannya didalam petisejuk, bakteria boleh membiak dalam susu dalam tempoh masa empat jam. Jadi jangan simpan susu formula di dalam peti sejuk selama lebih 4 ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!