Advertorial
Home » Tag Archives: mari

Tag Archives: mari

Mudharatkan bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?

  Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut.   Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu.   Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan.   Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna.   Jadi insha ALLAH bayi puan akan selamat dan tidak menjadi kemudaratan pada bayi puan.   Selain itu saya mencadangkan agar puan menambahkan vitamin folik asid kerana bagi membantu tulang belakang dan sistem saraf ... Read More »

Loya dan muntah ketika hamil sehingga berat badan turun

      “Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) ..   Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah.   Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur.   Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan.   Agak sukar bagi saya memberikan jawaban yang pasti mengenai masalah puan. Saya mencadangkan melakukan pemeriksaan darah terutamanya fungsi kelenjar thyroid dan tahap haemoglobin puan bagi menentukan ... Read More »

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan sebagai ‘cervical incompetence’ apabila beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada trimester kedua atau kelahiran pramatang tanpa sebab yang diketahui.   Masalah ‘cervical incompetence’ selalunya berlaku pada trimester kedua atau ... Read More »

Sukar Hamil akibat Azoospremia?

  “Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula.   Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk.   Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti sperma yang kurang baik.   Setakat ini belum ada lagi ubat untuk memperbaiki sperma, kecuali hanya suplemen.   Saya mencadangkan puan menggunakan suplemen ProxeedPlus untuk meningkatkan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!