Advertorial
Home » Tag Archives: mari hamil

Tag Archives: mari hamil

Rubella dan Kehamilan

  Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella.   Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ”   Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini.   Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah kulit yang tidak serius. Namun jika seorang wanita hamil dan dijangkiti Rubella, maka virus ini akan menyerang janin dalam kandungan.   Jika puan dijangkiti virus Rubella, ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Menonton TV terlalu lama menyebabkan masalah kesuburan lelaki.

  Lelaki yang menonton tiga dan lebih jam TV sehari akan menyebabkan masalah kesuburan. Menonton TV adalah suatu tabiat yang menyebabkan seseorang lelaki tidak aktif secara fizikal.   Kajian yang dijalankan oleh Harvard University, mendapati bahawa lelaki yang beriadah selama 15 jam atau lebih seminggu mempunyai bilangan sperma 73% lebih tinggi dari lelaki yang beriadah kurang dari lima jam seminggu.   Kajian ini diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine, juga mendapati lelaki yang menonton melebihi 20 jam TV mempunyai bilangan sperma 44% kurang dari lelaki yang normal.   Ini kerana apabila seorang lelaki itu aktif, ia akan mendapat memanfaatkan antioksida yang terdapat dalam badannya seterusnya menggalakkan peningkatan bilangan sperma yang sihat.   Oleh itu lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, haruslah mengurang menonton TV dan melakukan riadah sehingga mengeluarkan peluh ... Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak pertama. Ini bermakna puan menjalani dua pembedahan dalam sekali bius.     Pembedahan pembuangan ovari ini perlu dilakukan segera kerana saiznya agak besar iaitu 10X20 cm. Jika pembedahan tidak dibuat puan ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Buah Keladi untuk Masalah Ketidakseimbangan Hormon?

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Isteri saya mengalami masalah yang berat iaitu beliau selalu keguguran. Doktor yang merawat memberitahu isteri saya mengalami kekurangan hormon progesterone, yang menjadi penyebab beliau selalu keguguran. Doktor memberikan beliau ubat Susten 100 (Progesterone Soft gelatin Capsules) bagi memastikan kehamilannya dapat diselamatkan. Melalui pemeriksaan ultrasound, beliau sedang hamil 6+ minggu. Adakah makanan yang sesuai bagi membantu isteri yang sedang hamil ini?” “Salam doktor, saya ingin bertanya adakah makanan tambahan yang boleh meningkatkan hormon progesterone dalam tubuh. Saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan pernah gugur empat bulan lepas. Bolehkah keladi membantu merawat masalah ketidakseimbangan hormone saya?” Wa alaikum mus salam, saya amat bersimpati dengan musibah yang puan hadapi. Ini semua ujian dari Allah bagi menguji keimanan kita. Dalam pada masa yang sama, janganlah kita berputus ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Scroll To Top