Tag Archives: Majlis Fatwa Kebangsaan

Pemindahan rahem dari ibu kepada anak

Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang  bernama Sara Ottoson berumur  25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012.     Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu  Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung.     Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …

Read More »

Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum

  Kopi luwak atau juga dikenali sebagai civet coffee, adalah antara kopi yang termahal di dunia dan ia sangat sukar didapati. Ini kerana pengeluarannya sangat terhad.   Harga kopi luwak boleh mencecah antara US$100 dan $600 sekilo bergantung kepada kualitinya. Kopi yang dihasilkan oleh musang liar dalam hutan lebih mahal dari kopi yang dihasilkan oleh musang yang dijinakkan.   Kebanyakan pengeluaran kopi luwak ini dihasilkan di Pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi, Indonesia. Ia juga dikeluarkan di Vietnam, Filipina (dinamakan kape alamid) dan Timur Timor (kafé-laku).       Pengeluaran kopi ini bermula apabila bijian kopi yang dimakan oleh  musang …

Read More »

Bilateral Tubal Reversal

Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram. Ini berdasarkan ayat al Quran: “..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah …

Read More »

Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. ”Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?” Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”. ”Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!” Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu. Satu hadis bermaksud, ” Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut …

Read More »
error: Content is protected !!