Advertorial
Home » Tag Archives: magnesium

Tag Archives: magnesium

peranan magnesium dalam tubuh lelaki

PERANAN MAGNESIUM DALAM TUBUH LELAKI   Magnesium sangat penting untuk proses metabolisme dalam tubuh. Ia terlibat dalam lebih 300 proses tindakbalas biokimia dalam tubuh. Apa yang penting magnesium juga berkait rapat dengan testosteron.     Kekurangan magnesium akan menyebabkan tahap testosteron berada dalam tahap yang rendah walaupun berada dalam julat yang normal.     Kekurangan magnesium dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan:     – Hormon tidak seimbang – Masalah Kardiovascular – Rasa kegelisahan – Masalah Sukar Tidur – Diabetes – Risiko kepada Osteoporosis     Oleh kerana ia tidak diberikan kesedaran secara meluas dalam dalam komuniti kesihatan, ramai yang tidak menyedari masalah ini. Malah ia menjadi lebih serius dan cepat meningkat.   Kita mendapat bekalan magnesium yang berkurangan dari bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan kita. Sayur-sayuran yang kita makan ... Read More »

Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

  “Salam. Doktor, saya baru melahirkan anak dua hari lepas secara pembedahn Ceserean. Saya mendapati bahawa payudara saya tidak mengeluarkan susu yang banyak. Hanya sedikit saja itu pun agak pekat. Kemudian tidak keluar langsung. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang puan berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.   Kolostrum juga kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi.   Susu ibu yang sebenarnya akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan, apabila tahap prolaktin telah stabil.   Jika puan telah melahirkan anak sebelum ini, susu ibu yang sebenar akan keluar dengan lebih cepat.   Tubuh akan ... Read More »

Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

  “Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya.   Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH.   Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya.   Payudara yang kecil tidak bermakna puan tidak boleh menyusukan anak puan dengan baik. Apa yang penting ialah bagaimana kelenjar susu puan berindakbalas dengan hormone Prolaktin dan bagaimana puan menjaga pemakanan ... Read More »

Perubahan payudara ketika hamil

  “Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwrana lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi.   Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu.   Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah tanda yang pasti bagi suatu kehamilan.   Pemeriksaan air kencing (UPT) dan pemeriksaan ultrasound dapat membantu seorang wanita mengesahkan kehamilannya.   Berbalik kepada perubahan pada payudara seorang ... Read More »

Manfaat Epal Hijau

  Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.   Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A , vitamin B dan serat yang mudah larut.   Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.   Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.   Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.   Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti:   ... Read More »

Makan Chocolate semasa Hamil

Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate.   Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka.   Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan flavonoids .   Buah koko sendiri kaya dengan bahan yang dinamakan theobromine, yang berfungsi merangsangkan saraf dan otak. Semua produk makanan berasakan koko mengandungi theobromine namun kandungan mereka berbeza-beza. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!