Advertorial
Home » Tag Archives: lumpuh

Tag Archives: lumpuh

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA     “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doctor di Jabatan Kecemasan akan melakukan xray terutamanya di bahagian leher, jika difikirkan perlu, terutama apabila mangsa mengalami hentakan atau tercampak semasa kemalangan jalanraya itu.   Ini kerana kira-kira 5% daripada mangsa ... Read More »

Manik dalam telinga anak

  “assalamualaikum dr…..sy ibu yg tengah celaru….ank sy mengadu skit telinga pd sabtu lalu….hr yg sama sy bw dia ke klinik biasa dan dr kata masuk air….tp hr berikutnya sy jmpa dr yg sma dan cek skali lg….dr xpasti dan tranfer ke hkl…smlm sy g hkl dan cuci dr sana kt ada benda cm manik tp xbleh kluarkan sbb ank sy meronta dan minta sy msk wad tuj tggu blik bedah….mrka akn bius 1bdn dan kluarkan bnda 2….sy xbrani dan bbincang dgn suami…suami sy suggest tuk bw ke klinik ent jln pudu…dr sana cek dan cuba kluarkan dan ada drh dlm telinga ank sy…sy bw blik ank sbb dia kt bnda 2 akn kluar sndiri…bg ubat titis…hr ni mmg dia xmeragam sgt bleh lompat2….tp mcm cara sy nk bt selain ... Read More »

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Sakit tulang belakang boleh membawa kelumpuhan

  “As salam mua alaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?”     Wa alaikum mus salam.   Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang.   Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc.   Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang.   Ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang, terutamanya pada bahagian tengah tulang belakang. Ia bertambah teruk apabila beliau bergerak, duduk atau berdiri lama atau ... Read More »

Penyakit misteri hanya disebabkan oleh kutu babi

    Seorang wanita di England, mengalami satu penyakit yang dianggap misteri, yang tidak dapat dikesan oleh doctor, yang menyebabkan dirinya merasakan lemah seperti orang tua, rupanya menjadi mangsa kutu babi selama 20 tahun.   Sebelum ini Adelle Huckins, 31, sering mengadu sakit kepala yang kuat yang disangka migraine, berasa letih melampau, dan merasa sakit seluruh tubuh.   Namun akhirnya doctor mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme, yang dijangkiti dari bakteria Borrelia burgdorfer yang dibawa oleh kutu babi. Apabila parasit kecil ini menghisap darah, ia akan menyebarkan bakteria itu.   Penyakit Lyme menjadikan pesakit mengalami lemah sistem daya tahannya, keletihan melampau, sakit kepala dan sakit sendi. Jika dibiarkan, ia menyerang otak dan menyebabkan lumpuh dan boleh membawa maut.   Penyakit ini bermula apabila beliau melawat Jerman pada 1991, ketika berusia 11 ... Read More »

Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.

    Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid.  Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid  ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta.   Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput.   Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut.   Ubat itu dipercayai dicampur dengan steroid bagi mendapat kelegaan cepat. Mengambil ubat tanpa kawalan dalam waktu yang lama menyebabkan beliau mengalami kereputan tulang.   Namun begitu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!