Advertorial
Home » Tag Archives: Lumiglow

Tag Archives: Lumiglow

Kitaran Haid yang normal

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari. Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah: Hari 1-7 Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan. Hari 7-14 Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan. Hari 14 Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ... Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

  “Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika kualiti sperma suami rendah, boleh gunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma suami.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Untuk info Proxeed Plus di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   wallahu a’lam. Read More »

Apa punca hormon FSH saya tinggi?

  “Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha.   Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama.   Rawatan kesuburan haruslah dilakukan oleh sepasang suami dan isteri agar masalah kesuburan yang sebenar dapat dikenalpastikan dan dirawat.   Dalam hal ini, saya percaya bahawa suami puan juga telah melakukan pemeriksaan. ... Read More »

Endometriosis boleh berlaku pada wanita yang belum berkahwin

    Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini.   Namun apabila mereka berkahwin dan belum lagi hamil setelah memasuki 2 tahun perkahwinan, maka mereka berjumpa doctor dan mendapati mereka mengalami endometriosis.   Endometriosis menyebabkan ketidak ... Read More »

Pengalaman pesakit endometriosis yang hampir kehilangan nyawa

      JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid.   Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal.   Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’.   Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu yang saya alami.   Tahun berikutnya saya sering sakit kepala setiap kali datang haid. Kitaran haid saya ketika itu tidak mempunyai masalah. Seorang pegawai ... Read More »

Penyakit endometriosis boleh dirawat tanpa pembedahan

      Endometriosis adalah penyakit kronik yang dialami oleh wanita. Ramai wanita yang menangguhkan rawatan kerana mengharapkan agar penyakit ini akan sembuh sendiri.   Pada sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim, terutama di ovari, usus atau pundi kencing. Penyakit yang melibatkan tisu endometrium yang berada di luar rahim ini dipanggil endometriosis.   Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometriosis membesar. Apabila kedatangan darah haid, maka berlakulah juga pendarahan pada ovary, dinding luar usus dan pundi kencing menyebabkan keradangan dan kesakitan.   Malangnya pesakit akan hanya mendapatkan rawatan apabila tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, kedatangan haid awal, turun darah haid terlalu banyak, kesakitan semasa dan selepas melakukan hubungan seks dan mengalami masalah sukar hamil.   Bagi wanita yang belum berkahwin, pesakit endometriosis akan ... Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

    Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress.   Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim.   Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil.   Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula.   Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini mengalami diabetes akan meningkat apabila berusia 35 tahun ke atas.   Doktor akan melakukan ujian untuk mendiagnosis seorang wanita yang hamil mengalami diabetes pada usia kehamilan selepas 20 minggu, dengan menggunakan ... Read More »

Kos rawatan IVF in Malaysia

      Dalam satu laporan pada 2010, kaedah rawatan IVF di Malaysia telah berjaya menghasilkan lebih daripada 60 bayi semenjak diperkenalkan pada 2005.   Ini membuktikan bahawa sungguh pun pada mulanya terdapat beberapa pihak yang sangsi dengan keupayaan dan prosedur IVF, ternyata masih ramai lagi pasangan yang bersedia untuk mencuba pelbagai cara dan teknik baru bagi membantu proses kehamilan.   Sehingga tahun 2009, terdapat lebih daripada 30 pusat kesuburan di seluruh negara dengan kebanyakannya bertumpu di pusat perubatan swasta.   Kos IVF adalah mahal dan kebanyakannya dikendalikan di klinik swasta dengan anggaran sekitar RM12,000 hingga RM18,000 mengikut usia anda (ini kerana keperluan dos ubat mengikut keupayaan individu berdasarkan umur).   Di klinik kerajaan pula, kosnya sekitar RM 5,000 hingga RM10,000.   Rawatan IVF bukanlah rawatan yang pasti berjaya. Rawatan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!