Advertorial
Home » Tag Archives: luka pembedahan

Tag Archives: luka pembedahan

Komplikasi selepas pembedahan buang appendix

  Salam Doc, saya nak minta pandangan Doc mengenai anak saya berumur 13 tahun. Dua  minggu lepas beliau telah menjalani pembedahan appandix. Dua hari selepas keluar, beliau ok tapi selang beberapa hari hingga kini beliau kerap rasa sakit dan kadang-kadang badan panas dan demam. Adakah ini disebabkan angin dalam badan yang tak lepas keluar.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Pembedahan appendectomy adalah pembedahan membuang appendix yang dijalankan secara emergency, bermakna harus segera dilakukan.   Pengalaman saya semasa bekerja di hospital, tidak semua pesakit yang disyaki mengalami jangkitan pada appendix (disebut sebagai appendicitis) akan dibedah. Selalunya doctor akan memberikan suntikan antibiotic melalui IV drip sebagai usaha mencegah berlakunya sepsis iaitu keadaan di mana jangkitan kuman semakin merebak ke seluruh tubuh dan ia boleh membawa maut.   Bagi pesakit yang mengalami jangkitan ... Read More »

Merawat Luka Pembedahan

Merawat Luka Pembedahan

Saya mempunyai banyak pengalaman bersama pesakit yang telah menjalani pembedahan. Sepanjang lima tahun saya bekerja di wad pembedahan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, banyak teknik dipelajari yang kadangkalanya dikutip dari pengalaman. ”Entah apa-apa nurse kat pusat kesihatan tu. Cuci luka bapa saya cincai je. Lambat baik. Geram saya. Kalau dia orang tak nak kerja, baik balik saja” Baru-baru ini seorang lelaki yang berjawatan tinggi di sektor swasta mengeluh kepada saya. Melepas geram. Saya mengangguk-angguk kepala saja. Perlahan-lahan saya membaringkan bapanya yang berumur 62 tahun di atas katil pesakit. ”Sudah dua bulan. Luka masih macam ni !” Saya membuka balutan luka dan mendapati luka pembedahan laparotomy nya ’ternganga’ besar. Bagaikan kawah letupan gunung berapi. Nanah, lendir dan darah bercampur di dasar ’kawah’ itu. ”Awak yang menjaga dan membawa bapa setiap hari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!