Advertorial
Home » Tag Archives: lepuhan

Tag Archives: lepuhan

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO     ” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO. Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin.   Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali menyebabkan jangkitan ini iaitu Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA).   Impetigo mudah terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitive dan masalah kulit seperti  ekzema, ... Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.     Wa alaikum mus salam Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang ... Read More »

Impetigo

    Impetigo adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria, yang menyebabkan terbentuknya lepuhan-lepuhan kecil yang berisi nanah.   Walaupun Impetigo biasanya berlaku pada muka, tetapi boleh di mana-mana bahagian kulit.   Impetigo sering menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak.   Kuman yang biasa menyebabkan jangkitan itu ialah Staphylococcus aureus dan streptococci.   Ia mudah dijangkiti dengan menyentuh bahagian kulit atau barang-barang yang dijangkiti seperti pakaian, dan permainan.   Tanda jangkitan ini adalah bila ada lepuhan berisi nanah. Apabila pecah, ia menjadi luka dan akhirnya meninggalkan warna merah, dan kuping.   Wallahu a’lam. Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Demam Campak boleh berulang?

Sebelum ini ramai doktor dan ibubapa yang menganggap bahawa jangkitan virus varicella yang menyebabkan penyakit chickenpox hanya akan berlaku sekali seumur hidup. Jika seorang kanak-kanak telah dijangkitan virus ini semasa kanak-kanak, bermakna beliau telah mempunyai daya tahan penyakit yang mampu mengelakkan jangkitan virus yang sama untuk kali kedua. Namun baru-baru ini, banyak kes di mana kanak-kanak dijangkiti oleh penyakit chickenpox beberapa kali. Adakah ini bermakna tanggapan para doctor selama ini bahawa jangkitan chickenpox hanya berlaku sekali saja seumur hidup tidak boleh digunakan lagi? “Salam doktor. Saya ingin bertanya, kenapa demam campak boleh berulang-ulang? Anak saya berumur 3 tahun dan sudah 3 kali dijangkiti demam campak. Adakah saya tidak memberikan apa-apa suntikan vaksin yang diwajibkan kepada kanak-kanak?” Baru-baru ini dalam jornal Pediatric, 2002 baru-baru ini menerbitkan satu kajian yang mendapati bahawa ... Read More »

Rawatan Ketuat (Foot Warts) Pada Kaki

Ketuat pada kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Saya tidak pernah menderita akibat ketuat, namun saya telah berpuluh kali melihat masalah ketuat di kaki. ”Doktor, saya bukan pengotor. Setiap hari saya membersihkan kaki saya” kata seorang lecturer UTM. Saya tidak dapat memberikan komen sama ada seseorang itu pengotor atau tidak kecuali jika terlalu nyata, kakinya berbau apabila membuka kasut kerana mahu menunjukkan masalah ketuatnya pada saya. Namun saya percaya dengan membasuh kaki 5 kali sehari ketika mengerjakan solat, membantu kita menjaga kebersihan kaki. Basuhlah celah-celah jari kaki dengan teliti kerana itu adalah kesempurnaan wudhu dan faedah duniawinya amat banyak. ”Macam mana saya boleh kena ketuat doktor. Saya peliklah” Soalan ini juga saya tidak dapat menjawabnya. Saya tidak sentiasa bersama pesakit. Apabila pesakit menemui doktor, kaki beliau telah pun ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!