Advertorial
Home » Tag Archives: lemah

Tag Archives: lemah

Lelaki botak dikaitkan dengan penyakit prostate kanser

LELAKI  BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE “Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, benar.  Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini. Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu. Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai ... Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan pening

 “Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.   Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening.  Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.   Makanan masin Garam yang ... Read More »

Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

  “Salam. Doktor, saya baru melahirkan anak dua hari lepas secara pembedahn Ceserean. Saya mendapati bahawa payudara saya tidak mengeluarkan susu yang banyak. Hanya sedikit saja itu pun agak pekat. Kemudian tidak keluar langsung. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang puan berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.   Kolostrum juga kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi.   Susu ibu yang sebenarnya akan keluar kira-kira ... Read More »

Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

  “Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya.   Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH.   Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya.   ... Read More »

Perubahan Payudara ketika Hamil

  “Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwrana lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi. Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu. Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah ... Read More »

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan ... Read More »

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

    Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka ... Read More »

Jangkitan Rotavirus mudah berlaku di TASKA

  Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, sehingga menyebabkan kematian.   Apabila berlaku wabak jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-berit, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.   Vaksin rotavirus adalah antara langkah pencegahan yang paling berkesan dan selamat.   Ramai doctor yang menyarankan agar suntikan vaksin diberikan kepada bayi dan kanak-kanak, namun saya mengharapkan ibubapa menimbangkan keperluan suntikan itu terutama pada bayi yang berumur enam bulan.   Boleh baca penulisan saya di http://drzubaidi.com/blog/?p=2594   Cirit-birit tidak semestinya berpunca dari ... Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   ... Read More »

Mengapa Isteri Suka Dipeluk

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh ... Read More »

Tekanan darah rendah semasa hamil

    “Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi ... Read More »

Madu untuk Bayi ?

  Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.   Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.   Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia ... Read More »

Keperluan Vaksin Rotavirus

Jangkitan rotavirus  adalah penyebab utama bagi gejala cirit-birit yang serius di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Cirit-birit yang disebabkan oleh virus ini boleh menyebabkan demam, muntah, kekurangan air (dehidrasi) dan boleh menyebabkan kematian. Ia mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain hanya dengan sentuhan. Penjagaan kebersihan sahaja tidak mencukupi bagi mengawal jangkitan rotavirus ini. Vaksin rotavirus adalah salah satu cara terbaik bagi mencegah jangkitan ini. Kebanyakan bayi yang diberikan vaksin ini tidak mengalami cirit-birit akibat jangkitan rotavirus di mana ia menyebabkan dehirasi yang serius dan kematian. Menurut statistik di U.S. Centers for Disease Control (CDC), sebelum vaksin ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!