Advertorial
Home » Tag Archives: laparoscopy

Tag Archives: laparoscopy

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.   Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.   Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, ... Read More »

Endometriosis boleh berlaku pada wanita yang belum berkahwin

    Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini.   Namun apabila mereka berkahwin dan belum lagi hamil setelah memasuki 2 tahun perkahwinan, maka mereka berjumpa doctor dan mendapati mereka mengalami endometriosis.   Endometriosis menyebabkan ketidak ... Read More »

Pengalaman pesakit endometriosis yang hampir kehilangan nyawa

      JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid.   Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal.   Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’.   Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu yang saya alami.   Tahun berikutnya saya sering sakit kepala setiap kali datang haid. Kitaran haid saya ketika itu tidak mempunyai masalah. Seorang pegawai ... Read More »

Rahem terbalik dan kesuburan

Assalamualaikum doktor. Saya telah berkahwin pada Jun 2007, namun sehingga sekarang sy masih lagi belum dikurniakan zuriat. Pada tahun 2010 saya telah berjumpa dengan pakar O&G dan diberikan ubat clomid. Semasa saya menggunakan ubat clomid saya mengalami kesakitan perut yg kuat sepanjang tempuh keluar darah haids. Doktor pernah mengesyaki saya mengalami endometriosis. Oleh kerana sakitnya keterlaluan, maka saya menghentikan menggunakan ubat clomid. Selepas berhenti, kesakitan saya juga berhenti namun untuk beberapa bulan sahaja. Saya mengalami senggugut yang kuat semula. Saya pernah melakukan pemeriksaan HSG dan keputusannya normal. Suami juga telah melakukan pemeriksaan air mani dan keputusannya normal juga. Saya pernah menjalani rawatan IUI tetapi tidak berjaya. Untik pengetahuan doctor, rahim saya berkedudukan terbalik (retroverted). Saya mendapat tahu bahawa rahim retroverted susah untuk hamil tetapi pakar O&G saya memberitahu bahawa itu ... Read More »

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

  Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”   Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”   “Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”   Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat dalam.   Akhirnya kata-kata yang “sembarangan” dari seorang bidan telah menyebabkan kerisauan yang mungkin menjejaskan peluang kehamilan. (Saya ada menulis “Adakah stress akan mengganggu kesuburan wanita?” di http://drzubaidi.com/blog/?p=1445)   Saya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!