Tag Archives: Lahir

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

  ”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya …

Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua …

Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …

Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.

Read More »

KERAP KENCING

Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya …

Read More »
error: Content is protected !!