Advertorial
Home » Tag Archives: lactulose (page 9)

Tag Archives: lactulose

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?   “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sebenarnya tertanya-tanya bilakah tarikh hari pertama haid puan, supaya saya dapat mengira ‘usia kehamilan’ puan  jika puan hamil.   Ujian UPT adalah ujian saringan. Ia bukanlah pengesahan pada suatu kehamilan. Pemeriksaan ... Read More »

mengambil ubat kurus phenteramine semasa tempuh menyusukan bayi

MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK  “Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia  11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar.   Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa bahawa orang yang ingin mengambilnya selamat menggunakan ubat ini. Ia harus diambil sebagaimana yang ditetapkan.   Mengambil lebih daripada dos yang dibenarkan boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya atau yang ... Read More »

Lewat haid, hubungan intim dan kemudian berdarah seperti haid

LEWAT HAID, HUBUNGAN INTIM KEMUDIAN BERDARAH SEPERTI HAID   “Assalamualaikum dr, saya berumur 30 tahun, sudah berkahwei selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Sepanjang perkahwinan, alhamdulillah haid saya sentiasa tepat. Di awal perkahwinan dulu saya penah lewat 2-7 hari tetapi lepas itu haid macam biasa. Sepanjang berkahwin saya tidak pernah buat UPT.   Bulan ini saya telah lewat period 2 hari. Saya tidak buat UPT kononnya nak tunggu lewat sampai seminggu. Tetapi selepas bersama suami pada hari ke 3 haid saya lewat, saya dapati ada kesan darah selepas melakukan hubungan intim,dan keesokan hari memang kelaar darah yang banyak macam darah haid. Perkara seperti ini sudah dua kali berlaku. Bila lewat haid, lakukan hubungan intim, kemudian dating haid. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS ... Read More »

Mengenalpasti Makanan yang Menyebabkan Alahan Pada Anak

 MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK     “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan. Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan. Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan. Ia ia berkurangan, bermakna makanan tersebut sememangnya menyebabkan alahan. Pemeriksaan di klinik juga boleh ... Read More »

Bagaimana mengelakkan anak dari alahan

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?   “Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih” Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan sehingga berumur antara sembilan bulan dan setahun, pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak ... Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN   “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka.   Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ).   Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi.   Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu , janin dalam rahim mereka ... Read More »

Air mani berwarna kuning 2

AIR MANI BERWARNA KUNING 2   “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan.   Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran air mani.   Kebiasaannya air mani yang normal berwarna jernih, sedikit keputihan dan keruh seperti telur separuh masak.   Air mani juga selalunya pekat, dan akan cair setelah 20-30 minit ... Read More »

Kesan sampingan lactulose bagi bayi yang sensitif

KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF   “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang yang berusia enam bulan ke atas apabila dia mula makan makanan separuh pejal.   Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).   Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi, terutamanya risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung. Kebiasaanya jika dalam masa 10 ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di ... Read More »

Punca sakit belakang ketika hamil

  “Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.   Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan, kerana saya tidak mengetahui hal keadaan sebenar ketika itu.   Saya sendiri lebih berhati-hati apabila memeriksa pesakit lelaki yang berumur sekitar 40an yang mempunyai risiko untuk ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya dengan kaki yang besar seperti gajah.   Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang sangat halus, hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

Makanan yang tidak baik diambil ketika menyusukan bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.   Dalam ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema.   Sebenarnya menggunakan antibiotic bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selsema dan batuk akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti doktor lain sebelum ini. Dr kerajaan meminta saya datang lagi untuk pemeriksaan scan pada 07.12.2012. Persoalan saya ialah mengapa ianya terjadi? Adakah saya masih di kira hamil walaupun hanya kantung ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit

Lactulose adalah gula synthetic yang digunakan  untuk merawat sembelit yang teruk (chronic constipation).   Cernaan lactulose, carboxylic acid,  yang dihasilkan  oleh bakteria pada hujung saluran usus besar (colon), tidak dapat diserapkan  ke dalam usus malah  menyebabkan air bertambah banyak di dalam najis dan menjadikannya lembut.   Lactulose juga digunakan untuk merawat buasir (hemorrhoids) kerana najis yang lembut, mudah dikeluarkan tanpa perlu meneran.   Lactulose juga dianggap sebagai prebiotic kerana ia menggalakkkan perkembangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus dan secara tidak langsung mengurangkan perkembangan Escherichia coli dan Staphylococcal dalam najis.   (rujuk: Shukla, S.; Shukla, A.; Mehboob, S.; Guha, S. (2011). “Meta-analysis: The effects of gut flora modulation using prebiotics, probiotics and synbiotics on minimal hepatic encephalopathy”. Alimentary Pharmacology & Therapeutics 33 (6): 662)   Lactulose selamat digunakan ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah saya boleh dikurnikan anak?” Saya sebenarnya bukanlah orang yang terbaik menjawab soalan-soalan ini, namun saya cuba membantu menjelaskan masalah yang dihadapi. Berbincanglah dengan doktor pakar kesuburan mengenainya. Di antara punca ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. Saya mahu bertanyakan beliau, tapi beliau kelihatan sibuk dan tidak mesra pesakit. Boleh doktor terangkan?” Penambahan berat badan adalah penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahem, penambahan saiz organ-organ ibu ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat pada dinding dalam rahem. Uri disambungkan kepada bayi melalui satu bukaan pada abdomen bayi melalui tali pusat. Itulah perlambangan hubungan erat antara ibu dan anak. Apabila telah melahirkan, seorang ibu ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!