Advertorial
Home » Tag Archives: kuping

Tag Archives: kuping

pemanis tiruan dan sintetik menyebabkan rasa lapar

PEMANIS TIRUAN DAN SINTETIK MENYEBABKAN RASA CEPAT LAPAR     Dalam satu kajian terbaru menunnjukkan bahawa pemanis tiruan akan menyebabkan kita akan berasa lebih lapar dan akan makan dengan lebih banyak.  Kajian yang diterbitkan dalam journal Cell Metabolism, menunjukkan kesan pemanis tiruan (sintetik) yang mengganggu bahagian otak yang mengawal rasa dan selera terhadap makanan.   Kajian ini dijalankan di University of Sydney’s Charles Perkins Centre dan Garvan Institute of Medical Research. RUJUKAN : University of Sydney. “Why artificial sweeteners can increase appetite.” ScienceDaily. ScienceDaily, 12 July 2016.   Kajian ini menunjukkan satu bahagian yang dikenali sebagai “reward centres” mempunyai intergrasi kesimbangan antara rasa manis dan keperluan tenaga. Apabila tiada lagi kesimbangan ini, rasa manis (dari pemanis tiruan dan sintetik) akan menyebabkan otak kita memerlukan lebih banyak kalori lagi bagi memperbaiki ... Read More »

asam gelugur membantu mengurangkan berat badan

ASAM GELUGUR MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN       Asam gelugur (atau asam keping) mempunyai nama botani Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis.   Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ia dipotong nipis dan dikeringkan, selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, dan masakan asam pedas. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia baik untuk mengurangkan berat badan.     Banyak kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti: 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk   Bahan utama dalam asam gelugor ialah Acid Hydroxy Citric (HCA) selalu digunakan sebagai rawatan herba yang amat berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tahap kolestrol.   Banyak kajian sains di Barat membuktikan HCA sangat berkesan membantu mengekang ... Read More »

suntikan IM depo-provera menyebabkan kitaran haid tidak menentu

SUNTIKAN IM DEPO-PROVERA MENYEBABKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU Salam doktor. Maaf menggangu, saya Puan N dari Selangor. Saya ada dua pertanyaan yang saya harap, doktor membantu saya.   1.Saya telah melahirkan anak yg pertama pd bln 6/16 tahun lepas. Kemudian sy mengambil IM depo utk menjarakkan kehamilan. Selepas mengambil 3x suntikan, saya tidak datang haid, sampai sekarang, lebih kurang 6 bulan. Saya ingin bertanya bertanya, adakah keadaan ini penyakit? Perlukah saya pergi berjumpa doktor?   2.Bolehkah saya hamil lagi kalau tidak didatangi haid? Itu saja, harap sgt dr dpt membantu sy, Terima kasih.   WAALAIKUM MUSALAM.   Suntikan perancang keluarga yang mencegah kehamilan (Depo-Provera), adalah suntikan hormon sintetik progestin yang diberikan setiap 3 bulan sekali.     Ia menghalang penghasilan teur ovum dan meningkatkan penghasilan mukus di pembukaan servik (untuk ... Read More »

berapa kali seminggu harus mencuci rambut

BERAPA KALI SEMINGGU HARUS MENCUCI RAMBUT?   Saya mencadangkan mencuci rambut (bershampoo) dua kali seminggu, bergantung pada keadaan rambut dan aktiviti seharian.   Bagi orang yang mempunyai banyak aktiviti seharian, (terutama melakukan aktiviti fizikal seperti berolahraga, riadah dan bersukan) kulit mereka mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.   Mungkin mereka memerlukan kadar membersihkan rambut lebih kerap, terutama apabila kuit kepala dan rambut mereka sudah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan atau terdapat banyak kupingan di kulit kepala.     Begitu juga jika berkerja di kawasan yang bersuhu agak kering dan panas, kuit kepala mungkin mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.     Tetapi jangan terlalu kerap menshampoo rambut dan kulit kepala kerana ia akan menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah rosak.    Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi   Boleh ikuti untuk info kesihatan ... Read More »

kulit kepala berminyak, hujung rambut kering

KULIT KEPALA BERMINYAK, HUJUNG RAMBUT KERING   “Salam doktor. Saya mengalami masalah rambut berminyak, terutama pada kulit kepala.Yang menghairankan saya ialah di hujung rambut pula kering. Ini menyebabkan rambut saya bercabang dan kering di hujungnya. Apa nasihat doktor?”     Waalaikummussalam.     Kulit kepala dan rambut kita mengelurkan minyak secara semula jadi. Di anggarkan sebanyak 2-4 gram minyak (sebum) yang dikeluarkan setiap hari. Secara perbandingannya ia menyamai satu sudu teh minyak masak.   Masalah yang biasa berlaku ialah apabila minyak yang dihasilkan ini tidak disebarkan secara rata, sehinggakan minyak terkumpul di akar rambut sementara hujung rambut menjadi kering.     Puan boleh menyikat (menyisir) helaian rambut puan dengan menggunakan sikat yang lembut berkali-kali. Ini akan membantu meinyak disevarkan secara rata ke seluruhan helaian rambut.     Jika terdapat banyak ... Read More »

Bayi berusia 2 bulan sukar buang air besar

BAYI BERUSIA 2 BULAN SUKAR MEMBUANG AIR BESAR     “Assalamualaikum Dr. Saya ada sedikit persoalan tentang diet ibu yang menyusukan bayi. Bayi tersebut berusia 2 bulan dan mempunyai masalah kerana sudah seminggu tidak membuang air besar dan sering keluar angin. Perut bayi juga agak kembung. Adakah hal ini disebabkn diet ibu? Apakah makanan yg sesuai untuk mengelakkan masalah tersebut? Selain itu, adakah benar bayi dibawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu?”   WA ALAIKUMMUSSALAM   Bayi yang berusia dua bulan mengalami masalah sembelit (sukar membuang air besar) dan hanya boleh membuang angin saja, berkemungkinan ada beberapa sebab: 1. Jika dia menyusu badan (susu ibu), bayi berkenaan berkemungkinan tidak cukup diberikan susu ibu sehingga dia mengalami dehidrasi. Akhirnya najisnya menjadi keras dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. 2. ... Read More »

Anak berusia 7 bulan tidak mahu minum susu formula

ANAK BERUSIA 7 BULAN TIDAK MAHU MINUM SUSU FORMULA       “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saya berusia 7 bulan lebih. 1- Apakah kesan kepada bayi saya jika dia berhenti menyusu di usia 7bln lebih, dia lebih suka makan dri susu. Utk pngetahuan doktor bayi saya sepenuhnya mengguna susu formula. 2- Doktor boleh bagi cadangan tidak susu apa yang sesuai utk anak saya sebab anak saya memang tidak mahu susu. Sudah mcm2 susu saya bagi dia tetap tak nak. Sekarang ini saya bagi susu formula yang terkenal (dan mahal) dan memaksa anak saya namun dia masih mnolak hinggakan saya terpaksa guna picagari untuk dia minum. Itu pun dia masih mnyembur keluar dan tidak mahu minum susu. Boleh tak doktor bagi saya jalan penyelesaian ... Read More »

Elakkan kerap makan untuk lebih sihat

TIPS UNTUK LEBIH SIHAT : ELAKKAN KERAP MAKAN .           Dulu kita diberitahu agar makan sekerap yang mungkin tetapi dalam jumlah yang sedikit. Tujuannya agar kita mendapat bekalan nutrisi dan gula yang tetap agar kita mempunyai kandungan gula boleh yang ditukarkan kepada kalori dengan serta merta.   Ia juga kononnya dapat mengekalkan tahap kandungan amino asid dan nitrogen yang mencukupi bagi mengelakkan kita mengalami catabolisme, iaitu tubuh menggunakan asid amino yang ada dalam otot sebagai sumber tenaga,   Tetapi sebenarnya itu tidak berlaku. Proses menukarkan otot (asid amino) kepada gula melalui proses glukoneogenesis yang mengambil asid amino sebagai sumber tenaga tidak berlaku dengan mudah. Ia sangat kompleks dan ia adalah jalan terakhir, Ia hanya berlaku apabila seseorang itu tidak makan langsung untuk beberapa minggu.   Kebanyakan ... Read More »

Jangan kopek kuping pada luka

JANGAN KOPEK KUPING PADA LUKA.     Apabila berlaku luka, tubuh kita akan mula melakukan proses penyembuhan. Kuping akan dibentuk bagi menutupi luka dari pencemaran kotoran dari luar.   Sel darah merah dan atibodi akan membunuh kuman yang berada pada luka tersebut. Sel darah merah, fibrin, dan platelets akan membentuki darah beku dan akhirnya darah beku ini membentuk kuping (scab).   Apabila kita membuang kuping pada luka ini, ia akan mendedahkan semula luka tersebut pada pencemaran luar. Mungkin akan berlaku jangkitan kuman semula. Luka juga mungkin akan bertambah besar.   Biar kuping tanggal sendiri, apabila kita mandi atau cuci luka dengan air suam yang bersih.   #DrZubaidiHealth   MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI http://needsvenue.com.my Read More »

Impetigo

    Impetigo adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria, yang menyebabkan terbentuknya lepuhan-lepuhan kecil yang berisi nanah.   Walaupun Impetigo biasanya berlaku pada muka, tetapi boleh di mana-mana bahagian kulit.   Impetigo sering menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak.   Kuman yang biasa menyebabkan jangkitan itu ialah Staphylococcus aureus dan streptococci.   Ia mudah dijangkiti dengan menyentuh bahagian kulit atau barang-barang yang dijangkiti seperti pakaian, dan permainan.   Tanda jangkitan ini adalah bila ada lepuhan berisi nanah. Apabila pecah, ia menjadi luka dan akhirnya meninggalkan warna merah, dan kuping.   Wallahu a’lam. Read More »

Menjaga luka pembedahan Ceserean

    “Salam doctor, apa yang boleh membantu untuk cepat sembuh dari luka pembedahan Ceserean? Ubat apa yg perlu diambil. Terima kasih, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya ucapkan tahniah kerana puan telah selamat menjalani pembedahan Cesarean yang besar. Puan mula menjalani tanggungjawab yang besar, iaitu selain menanggung tanggungjawab sebagai seorang ibu, puan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga luka yang puan alami.   Nasihat pertama saya ialah ialah cuba elakkan dari mengangkat barang-barang berat, selain dari bayi puan.   Mengangkat benda berat akan mengganggu proses penyembuhan luka puan kerana ia akan regangkan luka dan melonggarkan ikatan jahitan di situ.   Jahitan pada luka pembedahan Ceserean bukan saja terdapat pada kulit tetapi juga pada otot abdomen dan otot rahem. Dengan mengangkat benda-benda berat selepas pembedahan Cesarean akan melambatkan proses ... Read More »

Ruam di sekeliling puting

  As Salam mu alaikum doktor.. Saya rasa ada bintik-bintik kecil dan ruam di bahagian tepi puting pada kedua-dua belah dan meneybabkan puting rasa pedih. Saya berumur 30 tahun dan sudah mempunyai dua orang anak. Saya bimbang jika itu tanda-tanda awal kanser payudara. Saya berharap doktor memberikan pencerahan. Jazakillah.     Wa alaikum mus salam.   Ruam dan bintik-bintik kecil di sekeliling puting payudara, adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita, terutamanya wanita yang menyusukan anak.   Selalunya masalah ini tidak serius.   Ia berpunca dari masalah iritasi pada kulit, sama ada disebabkan oleh penggunaan bra yang ketat, bra yang lembap atau penggunaan bra yang kasar pada permukaan dalam. Cara terbaik ialah memastikan bahawa bra yang digunakan selesa, tidak lembap dan mempunyai permukaan yang lembut di bahagian permukaan dalam.   ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!