Advertorial
Home » Tag Archives: kopi (page 11)

Tag Archives: kopi

Pembedahan buang ovari menyebabkan gejala menopause

PEMBEDAHAN BUANG OVARI MENYEBABKAN GEJALA MENOPAUSE   Assalamualaikum & selamat pagi dr.zubaidi.  Saya ingin bertanya, mama saya sudah buang rahim sebab fibroid. Adakah akan menopous, akan panas2 badan.? Terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Pembuangan  rahem disebut “hysterectomy” . Pembunagn rahem bersama pangkal rahem (serviks) dinamakan “total hysterectomy” Pembuangan kedua-dua belah ovari dan saluran fallopian disebut “Bilateral Salpingo-Oophorectomy”. Pembungan keseluruhan rahem (termasuk pangkal rahem) bersama dengan kedua-dua belah ovary dan saluran fallopian dinamakan “Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy”   Pembungan rahem di kalangan wanita yang subur, tidak menyebabkan menopause. Pembuangan kedua-dua belah ovary dalam mana-mana pembedahan yang disebutkan di atas yang akan menyebabkan mereka mengalami gelaja menopause kerana ovary yang berfungsi mengeluarkan hormone estrogen sudah dibuang.   Wallahu a’lam Read More »

Keguguran, Tidak Buat D&C dan Kitaran Haid Tidak Teratur

KEGUGRUAN DAN TIDAK BUAT D&C, KITARAN HAID TIDAK TERATUR “Assalamualaikum Dr. zubaidi. Pada lepas saya pernah keguguran semasa usia kehamilan saya  8 minggu. Semasa gugur, ada keluar ketulan daging bercampur darah. Ibu mertua saya tidakbenarkan buat D&C. Sehingga sekarang saya tidak pernah lagi buat sebarang rawatan atau vaginal scan untuk keguguran. Masalanya kitaran haid saya tidak teratur dan  sehingga kini masih lagi belum hamil. Apakah tindakan yang perlu saya buat sekarang. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM  Saya difahamkan keguguran puan telah berlaku pada tahun lepas. Pada masa yang sama puan perasan “keluar ketulan daging bercampur darah” berkemungkinan janin yang masih bersaiz kecil telah keluar ketika keguguran itu. Selalunya pada peringkat awal kehamilan, apabila bila berlaku keguguran, ia berlaku dengan sempurna. Maknanya tiada yang tinggal dan D&C pun tidak perlu dilakukan. ... Read More »

Mahu kahwini anak pesakit HIV

MAHU KAHWINI ANAK KEPADA PESAKIT HIV   “Assalamuaikum dr,kawan saya akan berkahwin dengan seorang gadis di mana bapanya telah meninggal dunia kerana jangkitan HIV. Ketika itu anak perempuannya masih berumur 2thn. Setelah anak perempuannya membesar ahli keluarga lain telah membawa anak perempuan tersebut untuk pemeriksaan HIV dan keputusannya adalah negatif di mana dia tidak dijangkiti HIV bapanya. Soalan saya, adakah keputusan itu sememangnya benar dan tepat dan walau keputusan hiv adalah negative, adakah dia masih dikatakan sebagai “pembawa hiv”?Mohon pencerahan. Terima kasih” WaA ALAIKUM MUS SALAM Ya. Ujian HIV yang terbaru digunakan di mana-mana makmal moden yang mendapat pengiktirafan KKM adalah sangat tepat. Namun begitu, ketepatan ujian ini juga bergantung pada masa seseorang itu terdedah pada jangkitan itu. Ujian HIV akan memberikan ketepatan sebanyak 95% selepas sebulan pendedahan terhadap jangkitan ... Read More »

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.   Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan pada November 2004 dalam Journal American Family Physician.   Walau bagaimanapun, belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya, dan ia lebih bergantung kepada keserasian pada diri pengguna itu sendiri.   ... Read More »

Masa sesuai guna pil perancang

MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG “Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak.   Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang.   Ini kerana dibimbangi pil perancang kehamilan akan menyebabkan susu ibu berkurangan.   Bagi wanita yang tidak menyusui secara eksklusif (menggunakan susu ibu dengan susu formula untuk bayi mereka), boleh ... Read More »

Kesan pil perancang Noriday pada bayi melalui susu ibu

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU “Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu.   Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja.   Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram bagi setiap biji.   Noriday boleh diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Hanya sejumlah kecil hormone progesterone yang akan masuk ke dalam susu ibu,( antara  1 hingga ... Read More »

Bila lakukan pap smear

BILA LAKUKAN PAP SMEAR   “Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj.   American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin).   Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa negara barat, ia digalakkan pada wanita seawall umur 21 tahun.   Ini kerana pemeriksaan pap smear akan menyebabkan kecederaan selaput dara. ... Read More »

Kaedah perancang keluarga yang mengurangkan penghasilan susu

KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU   “Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan  Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu.   Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga  untuk bertanyakan kepada doctor atau ahli farmasi yang bertugas, sama ada kaedah itu menggunakan sebarang hormone estrogen.   Pil perancang keluarga biasanya mengandungi dua jenis hormon iaitu estrogen dan progesterone bagi ... Read More »

Keputusan pap smear tidak normal

KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL     “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan pap smear  adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita.   Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil  dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.   Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap smear ini memberi peluang yang lebih besar untuk wanita tersebut merawat kanser  itu dengan sempurna.   Pap smear juga boleh mengesan perubahan pada sel-sel serviks yang mungkin akan berubah menjadi ... Read More »

punca rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual semasa hamil

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL “Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan yang sihat dan perlu digalakkan jika masing-masing menikmati hubungan ini.   Namun jika hubungan seksual ini menyebabkan ketidakselesaan ... Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ   “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian ari-ari, bau yang busuk dan kadangkala ada terdapat lendiran bercampur darah dari faraj.   Oleh itu berjumpalah doctor agar rawatan yang betul harus diberikan agar ia dapat disembuhkan.   Jika ... Read More »

Tip memilih bra ketika hamil

TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara  sedang membina  lebih banyak tisu-tisu  untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.   Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak.   Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara yang besar.   Masa yang sesuai untuk memakai bra hamil adalah berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain bergantung kepada payudara yang dimilikinya dan ... Read More »

Minum air suam apabila sakit tekak

MINUM AIR SUAM APABILA RASA SAKIT TEKAK TONSILITIS “Salam Dr.  Saya keliru tentang cara menyurutkan bengkak tonsil. Bolehkah saya minum ais? Atau perlukah saya minum air suam? Macam mana dengan aiskrim vanilla yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan orang? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tonsil adalah kelenjar yang berada  di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan.  Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak  supaya antibody dapat  membunuh kuman tersebut.   Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak perlu dirawat dengan ubat antibiotik. Ini kerana jangkitan kuman itu tidak kuat dan sitem daya tahan tubuh dapat membunuh semua kuman tanpa masalah.   Bagi mereka, car ... Read More »

Ketagihan coklat secara berlebihan ketika haid

KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID     “Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gelaja-gelaja yang menyebabkan seorang wanita meresa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini beza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.   Jadi tidak hairanlah ... Read More »

Hamil pada usia 40an

HAMIL PADA USIA 40AN   “Salam. Dr, saya berharap sangat dr akan membalas mesej saya ini. Saya berusia 43 thn 24 Nov ini. Saya mempunyai 4 org anak. Saya mengambil pil perancang selepas anak keempat dan sudah genap 5 thn sy ambil pil norriday. Baru2 ini saya mengalami keguguran iaitu pada 16 Oktober (unplanned). Saya termengandung mungkin sebab ada tercicir ambil pil tersebut. Saya teringin untuk menambah cahaya mata lagi (mungkin yg terakhir) sebelum saya mungkin membuat keputusan utk ikat. Persoalannya adakah saya masih boleh menagandung? Anak pertama usia 16 thn, kedua 15, ketiga 10, keempat 5. Saya start mkn pil selepas anak kedua. Saya stop mkn pil sblm mengandung anak kedua sbb dua bln tak dtg period namun tidak hamil. Saya risau kesan pil tersebut jadi sy stop. Slps ... Read More »

Masalah ceret-beret semasa haid

MASALAH CERET BERET SEMASA HAID “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami ceret-beret.   Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan.   Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. Wanita yang tabah pasti akan dapat menjalani ujian ini dengan tabah dan redha.   Timbul pertanyaan, sama ada masalah ceret beret ini berbahaya dan mengapa ... Read More »

Pesakit MS boleh hamil?

PESAKIT MS BOLEH HAMIL?     “Salam doctor. Saya sudah 3 tahun berkahwin  dan baru-baru ini saya disahkan mengalami penyakit  Multiple Sclerosis (MS). Adakah saya boleh hamil dan adakah selamat untuk saya hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit di mana sistem imun seorang individu menyerang dan merosakkan sarung yang melindungi dan meliputi saraf.  Kerosakan pada sarung saraf ini akan mengganggu komunikasi antara otak dan bahagian lain badan anda.   Maknanya otak tidak dapat mengawal pergerakan tubuh, menyebabkan seseorang itu mengalami kebas pada anggota, tidak dapat menggerakkan anggota tubuh dan akhirnya akan lumpuh.   Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami penyakit ini bergantung  kepada jumlah kerosakan saraf yang dialami. Jika tidak dirawat dengan sempurna dan cepat, seseorang individu itu boleh mengalami kehilangan keupayaan untuk berjalan ... Read More »

Tip untuk mereka yang kuat berpeluh

TIPS BAGI MEREKA YANG KUAT PELUH     “Salam doktor. Boleh beri tips untuk menguruskan peluh yang terlalu banyak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa berpeluha secara berlebihan itu bukanlah disebabkan oleh suatu masalah perubatan atau penyakit berbahaya.   Selain itu boleh gunakan semburan antiperspirant. Semak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya deodoran.   Deodoran hanya akan mengelakkan dari bahagian yang berpeluh, terutamanya ketiak agar tidak berbau, tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan.   Bagi yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, produk antiperspirant yang biasa mungkin tidak berkesan. Mereka harus mencari produk yang mempunyai  formula yang dilabel sebagai “clinical strength.”   Gunakan semburan antiperspirant ini sekali pada waktu ... Read More »

Langkah mengurangkan berpeluh keterlaluan

LANGKAH MENGURANGKAN BERPELUH KETERLALUAN   “Salam doktor. Saya mengalami masalah berpeluh yang kuat. Saya tidak tahu apa masalahnya. Apa nasihat doktor untuk saya? Mohon bantuan doktor, terima kasih”  Sebenarnya berpeluh adalah proses biasa yang dialkukan oleh tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh. Berpeluh dianggap berlebihan apabila ia menyebabkan seseorang individu merasa malu apabila berpeluh sehingga tidak terkawal. Sebagai contohnya apabila tapak tangannya berpeluh terlalu kuat, sehingga beliau malu untuk bersalaman dengan orang lain.   Berpeluh dianggap melampau apabila akibat perpeluhan itu baubadan seseorang itu telah berubah menjadi masam, bacin dan busuk. Ini akan menggangu orang disekeliling beliau dan menyebabkan beliau berasa malu.   Bagi remaja atau individu yang berusia awal 20an, berpeluh secara berlebihan, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh. Masalah ini akan hilang dengan sendiri.   Namun bagi individu ... Read More »

Adakah wanita kuat berpeluh dari lelaki?

ADAKAH WANITA KUAT BERPELUH DARI LELAKI?   “Salam doktor. Adakah wanita lebih kuat berpeluh dari lelaki?”Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Manusia  mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar peluh eccrine  dan kelenjar peluh apocrine.   Kelenjar peluh eccrine berada pada seluruh kulit kita terutamanya pada  telapak tangan dan telapak kaki. Peluh dari kelenjar ini mengandungi  air (sebahagian besar) , mineral sodium dan mineral kalium, dan biasanya bertujuan untuk menyejukkan tubuh.   Sementara kelenjar peluh apocrine pula berada bahagian tertentu yang mempunyai banyak folikel rambut  seperti pada  ketiak, ari-ari dan kulit kepala. Peluh ini dihasilkan apabila kita rasa tertekan secara emosi. Peluh yang keluar mengandungi  asid lemak dan protein. Jadi ia lebih pekat dari peluh biasa dan lebih mudah memerngkap kuman bakteria.   Secara keseluruhannya, kulit  ... Read More »

Peluh sihat dan peluh disebabkan penyakit

PELUH SIHAT DAN PELUH DISEBABKAN PENYAKIT “Salam doktor. Bagaimana kita sebagai orang awam mahu mengetahuii sama ada peluh itu sihat atau disebabkan oleh  penyakit ? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Peluh yang sihat adalah peluh yang keluar dari tubuh pada kadar yang sederhana apabila berada dalam suasana yang panas atau sedang melakukan aktiviti fizikal.   Peluh yang tidak sihat adalah disebabkan oleh beberapa masalah perubatan dan penyakit.   Beberapa perkara yang membezakan sama ada keadaan berpeluh secara berlebihan itu suatu penyakit atau peluh yang sihat.   Apabila disertai dengan demam Apabila berada dalam suasana yang sejuk Apabila tidak melakukan senaman yang kuat Apabila mengalami peluh berlebihan melebihi masa sekurang-kurangnya enam bulan tanpa sebab yang diketahui Apabila mengganggu aktiviti harian Apabila berumur kurang dari dari 20 ... Read More »

Mahu hamil semula selepas gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih.   Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”  (Muslim)   Jika puan amat bersedih, saya mencadangkan puan agar berehat dan berehat dahulu sehingga ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki ... Read More »

Punca pendarahan ketika hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut.   Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.   Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahem.   Maka berlaku sedikit pendarahan, dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama  1-3 hari sahaja.   Selain itu, jika seorang ... Read More »

COFFEE MENGURANGKAN RISIKO KEMATIAN AKIBAT KANSER PROSTATE    Satu kajian meta-analisa yang memeriksa 12 kajian kes kawalan yang melibatkan 7,909 kes kanser prostate dan 9 kajian kohort yang melibatkan 455,123 pesakit, mendapati: “Minum air kopi melebihi 4-5 cawan sehari dapat mengurangkan kebarangkalian risiko mendapat kanser prostate (high-grade) dan kematian akibat kanser prostate. Rujukan: Lu Y, Zhai L, Zeng J, Peng Q, Wang J, Deng Y, Xie L, Mo C, Yang S, Li S, Qin X. “Coffee consumption and prostate cancer risk: an updated meta-analysis.” Cancer Causes Control. 2014 May;25(5):591-604. Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan pening

 “Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.   Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening.  Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.   Makanan masin Garam yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku,  kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam ... Read More »

Punca sakit belakang ketika hamil

  “Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.   Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada ... Read More »

Sembelit ketika berpuasa di bulan Ramadan

  “Salam doktor. Saya mengalami sembelit dan sudah tiga hari saya tidak ke bilik air. Adakah ini disebabkan oleh puasa atau kurang minum air? Mohon pencerahan. Terima kasih”       Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus).   Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar.   Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula.   Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar.   Selain itu sembelit akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai ... Read More »

Mengelakkan kembung perut selepas berbuka di bulan Ramadan

“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kembung perut  berpunca dari  pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara: 1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih. 2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut. 3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Wanita hamil dan kafeine

  “Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana.   Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh).   Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.   Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi.   Kafein melintasi masuk ke dalam uri dan seterusnya akan memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahem kerana akan menyebabkan bayi akan terus ... Read More »

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan dan memberikannya dengan lebih kerap. Susu puan akan berkurangan apabila puan kurang menyusukan bayi atau mengurangkan masa penyusuan dan puan berada kedudukan yang tidak betul ketika ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!