Advertorial
Home » Tag Archives: kontraksi (page 10)

Tag Archives: kontraksi

Mengalami sakit kepala, loya, pedih hulu hati, sakit perut dan berat badan menyusut dalam masa 2 minggu

MENGALAMI SAKIT KEPALA, LOYA, PEDIH HULU HATI,  SAKIT PERUT DAN BERAT BADAN MENYUSUT 2 KG DALAM MASA 2 MINGGU     “Assalammualaikum Dr.  Saya ingin bertanya kepada doctor, isteri saya baru sahaja mengalami haid pada 28.12.2014.  Pada 09.01.2015 sehingga la kini dia mengalami loya, sakit kepala, pedih hulu hati dan sakit perut  seperti mahu haid.  Sejak 09.01.2015 dia kurang selera makan dan kini beratnya turun sebanyak 2kg.  Pada 14.01.2015 dia beritahu saya ada keputihan berlaku.  Dalam keadaan dan situasi ini,apa sedang berlaku terhadap isteri saya.  Saya mohon Dr dapat membantu.  Maklum balas dari doctor  saya dahului dgn jutaan terima kasih. “     WA ALAIKUM MUS SALAM   Terlalu sukar saya memberikan pandangan mengenai masalah yang isteri saudara hadapi.  Banyak info yang saya perlu ketahui sebelum saya membuat sebarang komen. ... Read More »

Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

KESAN PENGAMBILAN SERAT TINGGI TERHADAP PENYERAPAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES     “Salam doctor. Saya pesakit diabetes. Bolehkah saya mengambil buah-buahan kerana buah-buah pun manis”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Dulu  pesakit  diabetes dilarang  sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis  daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan.   Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI).   Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap  masuk ke darah.   GI yang tinggi bermakna kadar penyerapan yang cepat, sehingga kandungan gula dalam darah menjadi tinggi secara mendadak. Sementara GI rendah bermakna kadar ... Read More »

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..   1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..   2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr di sini)…   3- Adakah isteri saya boleh mengambil apa-apa ubat untuk meneutralkan kembali masalah ini ( w/pun ketika hamil) dan apakah cadangan ubat tersebut drpada dr.. Kerana saya perlu ... Read More »

Makan pil perancang selepas hubungan intim

MAKAN PIL PERANCANG SELEPAS HUBUNGAN INTIM     “SALAM Dr Zubaidi, Minta maaf mengganggu. Saya ingin bertanya,  saya dan isteri melakukan hubungan intim pada lima hari lepas,  dan melakukan pancutan dalam rahim. Tetapi pada hari khamis selepas itu isteri saya makan pil perancang, dengan harapan tidak mahu hamil. Adakah berkesan cara begitu?  Saya mengharap jawapan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pil perancang yang biasa digunakan, biasanya diambil beberapa hari sebelum seorang wanita bersih dari haid.   Ini kerana selalunya pil perancang ini mengambil sekurang-kurangnya dua hari untuk ‘masuk ke dalam badan’ dan berkesan untuk  mencegah kehamilan.   Jika ia diambil selepas persetubuhan dan berlaku persenyawaan, maka ia tidak lagi berkesan. Kecuali jika isteri saudara menggunakan pil perancang yang dinamakan ‘Post-Pill”yang mempunyai kandungan hormone yang tinggi.   ... Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun seusia 6 minggu? Adakah besar keberangkalian terkena jangkitan? Benarkah sewaktu mengandung tak boleh mencabut gigi? Dan juga sebelum tu saya ada melalukan x ray gigi. Itu sahaja soalan saya. Mohon ... Read More »

Sakit pinggang, sakit tengkuk dan masalah ereksi

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu.   Jika saudara mengalami masalah berat badan berlebihan, saya bimbang saudara juga mula menghadapi masalah penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hypertension dan kandungan lemak dalam darah yang tinggi.   Saudara boleh melakukan ... Read More »

Rahem jatuh selepas melahirkan anak pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau uterinal prolpse.   “Jatuh rahem” berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis di sekeliling rahem menjadi lemah dan tidak boleh lagi menampung rahem pada bahagian pelvis itu. Ini ... Read More »

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)     “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit tompokan darah di seluar dalam. Nenek saya amat risau. Apakah masalah yang dialami oleh nenek saya dan bagaimana untuk merawat? Mohon Doktor bantu kami. Terima kasih”   Terima kasih ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).   Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi, terutamanya risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung. Kebiasaanya jika dalam masa 10 ... Read More »

Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR       “Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.   Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui sentuhan langsung (direct contact) dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan ... Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan keguguran. Ia juga tidak menyebabkan kekurangan nutrisi kepada bayi yang berada dalam rahem. Sewaktu menyusu bayi , hanya sedikit kuantiti hormon oxytocin akan dikeluarkan dan tidak menyebabkan rahem mengecut sehingga ... Read More »

129 produk kesihatan dikesan ada bahan terlarang

129 PRODUK KESIHATAN DIKESAN ADA BAHAN TERLARANG Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal. Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max. Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),www.pharmacy.gov.my. “Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus kategori ubat tradisional dan 13 peratus merupakan kosmetik,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) Datuk ... Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN    Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak pada bahu dan tengkuk serta kulit kesihatan garis kebiru-biruan (striae). “Orang ramai yang sedang menggunakan Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant dinasihatkan menghentikan penggunaannya, manakala ... Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS   “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila mereka yang mengalami masalah gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .   Ini menyebabkan masalah keputihan yang mungkin akan menyebabkan: jangkitan kuman ... Read More »

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah hampir semua bayi yang baru lahir mengalami masalah kekuningan, tetapi selalunya ia tidak ketara.   Oleh itu ia adalah keadaan yang tidak berbahaya dan bersifat sementara yang akan hilang dengan ... Read More »

Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL   “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.   Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti dengan sakit perut yang memulas-mulas, dan ceret-birit berair.   Mereka juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti batuk dan hidung berair.   Bayi atau anak kecil berumur 6 tahun ke bawah, perlu ... Read More »

Kudis akibat scabies

KUDIS AKIBAT SCABIES     Scabies adalah penyakit kulit yang menyebabkan pesakit mengalami gatal yang melampau dan mudah disebabkan oleh jangkitan hama Sarcoptes scabiei. Ia merebak melaui sentuhan pada kulit.   Selain dari gatal, tanda-tanda lain termasuk ruam kulit yang terbentuk dari lebam kecil berwarna merah dan melecet pada kawasan-kawasan tertentu pada badan. Gatal yang melampau menyebabkan pesakit menggaru dengan kerap, sehingga kulit menjadi luka atau jangkitan kuman dan bernanah.   Rawatan termasuk ubat scabicidal oral atau topikal. Read More »

Apa maknanya najis bermakna hijau?

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?   “Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua sy dtg kerumah mak mertua suka panas kn dan mkn lauk yg semalam atau kemarin. Saya risau memikir kan masalah yg dihadapi. Mohon pencerahan ... Read More »

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN   “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil.   Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.   Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Bagi wanita yang mempunyai masalah berat yang berlebihan, tetapi mempunyai kitaran haid yang tetap dan normal setiap ... Read More »

Jenis-jenis keguguran

JENIS-JENIS KEGUGURAN “Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah.   Allah berfirman yang bermaksud: “…Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar“. (Surah al-Baqarah ayat 155)   Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage”  kerana pendarahan dari faraj hanya menunjukkan bahawa proses keguguran baru bermula, dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin masih berada dalam rahem dan masih ada degupan jantung. Proses ini ... Read More »

Wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran

WANITA YANG BERISIKO TINGGI UNTUK KEGUGURAN   antiphospho lipid, “Salam doctor. Saya bermur 38 tahun, baru saja berkahwin dan hamil 12 minggu setelah berusaha selama 5 tahun dengan bantuan beberapa ubat dan suplemen. Apa yang merisaukan saya ialah ada berita yang saya dengar bahawa wanita yang berusia lebih 35 tahun lebih mudah untuk mengalami keguguran. Mohon pendapat doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Memang benar, semakin meningkat umur seseorang wanita, semakin tinggi untuk beliau mengalami kegugurannya.     Ini bermakna kebarangkalian untuk puan untuk mengalami keguguran sangat tinggi berbanding dengan wanita lain yang masih muda, namun tidak semestinya puan akan mengalami keguguran.     Bagi wanita yang berumur  35 tahun ke atas, risiko ini adalah tinggi. Oleh itu saya kerap menasihatkan jika seorang wanita ingin ... Read More »

Rawatan keguguran

RAWATAN UNTUK KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya telah mengalami keguguran pada usia kehamilan 10 minggu dua hari lepas. Ketika itu saya mengalami pendarahan, dan doctor memeriksa dengan menggunakan uktrasound mengesahkan keguguran itu.  Saya telah dinasihatkan untuk melakukan prosedur D&C.  Perlukah saya menjalani perosedur itu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya tiada apa yang dapat dibuat untuk menghalang keguguran, apabila proses keguguran itu bermula.   Apa yang doctor boleh lakukan ialah memastikan keseluruhan janin telah dikeluarkan sengan sempurna dan rahem menjadi kosong semula.   Jadi doctor akan membuat keputusan  sama ada mahu melakukan prosedur D&C atau tidak, berdasarkan jenis keguguran yang berlaku.   1.  Jika doctor percaya bahawa janin dengan lengkap , telah dikeluarkan ketika proses keguguran, secara semulajadi, maka doctor tidak melakukan apa-apa. Ini kerana ... Read More »

Punca keguguran di awal kehamilan

PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN “Salam doctor. Saya hamil pada usia kehamilan 12 minggu, saya menyedari terdapat tompokan darah yang keluar dari faraj saya. Ia berlaku selama 2 hari, kemudian suami membawa saya ke klinik. Doktor memberitahu bahawa saya telah keguguran. Saya ingin bertanya, apakah punca keguguran yang saya alami. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Keguguran di awal kehamilan berlaku apabila ia berlaku apabila usia kehamilan belum mencapai 15 minggu.   Dianggarkan sebanyak  80% keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan.   Ini bermakna ramai wanita yang hamil mengalami keguguran, malah ada yang mengalami keguguran tanpa mengetahui  beliau hamil kerana menyangka darah yang keluar adalah darah haid.   Risiko keguguran akan meningkat sekiranya wanita yang hamil itu pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali sebelum ini.   Antara ... Read More »

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN   “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang anak sahaja.  Jadi, hanya inilah satu satunya sahaja peluang yg saya ada untuk mencuba dan berusaha untuk mendapatkan anak lelaki. Terima kasih Dr. kerana sudi menjawab soalan saya yang tidak ... Read More »

Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan

UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”.  Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.   Ia sangat  berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:   Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’   Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg yang diambil sebiji atau dua biji atau tiga biji dalam sehari, mengikut penilaian doctor pada hari ke lima hingga hari ke  hari 25 mingkut kitaran haid.   Bagi pesakit endometriosis, ... Read More »

Demam selepas melahirkan anak

DEMAM SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   “Salam doctor, saya baru melahirkan anak seminggu dan mengalami demam panas. Badan saya menjadi letih da nada kalanya menggigil. Adakah demam saya berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang)  sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj)  atau secara pembedahan Cesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.   Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian.  Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.   Demam sebegini da dikenali sebagai  “Postpartum Fever “, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.   Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada ... Read More »

Pembungan rahem dan pendarahan

PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN   Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya. 1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c.   2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang   3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi  kehamilan  ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya masih ada kedua-dua belah.   4) doktor memberitahu saya yang saya tidak akan datang bulan tetapi simptom-simpton seperti sakit pinggang lenguh2 badan dan sebagai akan saya rase seperti mahu period. ... Read More »

Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon

WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun.   Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan ‘etonogestrel’.   Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas.   Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur ovum dari ovary. Ia bermakna tiada telur wanita yang keluar untuk disenyawakan. Selain itu ia menukar tekstur lendiran faraj menjadi lebih pekat sehingga sperma tidak boleh berenang masuk ke dalam rahem.   Apabila Implanon diletakkan dengan betul, kebarangkalian untuk hamil menjadi amat rendah, iaitu satu kehamilan dalam 100 wanita yang menggunakan implanon.   Kesan implanon pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, tidak diketahui kerana tiada kajian klinikal dilakukan. Ini bermakna implanon mungkin tidak memberikan kesan yang serupa berbanding ... Read More »

Habbatus sauda dan kehamilan

HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.   Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.   Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut ... Read More »

Mahu hamil semula selepas gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih.   Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”  (Muslim)   Jika puan amat bersedih, saya mencadangkan puan agar berehat dan berehat dahulu sehingga ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki ... Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK     “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku.   Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling.   Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai psoriasis, ia mempunyai risiko sebanyak 15% -25% untuk mendapat psoriasis juga. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai psoriasis, ... Read More »

Punca pendarahan ketika hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut.   Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.   Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahem.   Maka berlaku sedikit pendarahan, dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama  1-3 hari sahaja.   Selain itu, jika seorang ... Read More »

Punca sakit belakang ketika hamil

  “Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.   Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!