Tag Archives: kolagen

Hukum Gelatin dalam Ubat

Penggunaan gelatin telah digunakan begitu lama dan secara meluas dalam industri makanan, kecantikan dan perubatan.  Di hospital dan klinik, gelatin digunakan dalam bentuk kapsul ubat dan kapsul lembut seperti yang kapsul minyak ikan dan extrak minyak zaitun. Sementara dalam industri makanan ia digunakan dalam penyediaan gula-gula, coklat, yogurt, keju, mentega, aiskrim, makanan pencuci mulut segera seperti agar-agar dan pudding, dan gula-gula getah. Isu utama di sini adalah bolehkan pesakit Muslim menggunakan ubat yang mengandungi kapsul yang diperbuat dari gelatin? Adakah ia halal? Kapsul ubat menggunakan gelatin yang dihasilkan dari proses pengasingan protein kolagen yang diambil dari tubuh haiwan. Protein kolagen …

Read More »

Makan sop sarang burung ketika hamil

  “As salamu alaikum, Dr Zubaidi. Saya hamil pada usia kehamilan 23 minggu. Ramai kawan-kawan saya mencadangkan saya makan sop sarang burung supaya anak yang akan lahir tidak mengalami masalah kekuningan dan kulitnya menjadi cantik. Bolehkah saya memakan sop sarang burung. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Sop sarang burung adalah makanan tradisi masyarakat Cina dan telah dimakan semenjak zaman Distinasi Tang. Dalam sop ini banyak gelatin putih air liur burung layang-layang, yang dianggap mempunyai banyak nutrisi terdiri dari bahan antioksidan, kollagen dan amino acid.   Oleh itu, sarang burung dikatakan mempunyai kebolehan sebagai anti penuaan dan dapat …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »

Gamat ubat luka dalaman dan luaran

      Gamat ialah sejenis hidupan laut yang tidak bertulang belakang berada di dasar laut dan memakan rumpai halus.   Keajaiban pada gamat ialah kemampuannya untuk ‘tumbuh semula’ setelah tubuh gamat ini dipotong, menjadikan ia bahan penting di dalam perubatan Melayu untuk merawat luka.   Gamat juga mengandungi kolagen gamat yang tinggi. Malah, dan amino asid, protein, vitamin B1 dan B2, zat besi, iodin, kalsium fosfat, kalsium, dan zink, yang sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka.     Gamat boleh digunakan sebagai suplemen bagi merawat penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta …

Read More »

Tiada kolagen dalam rumpai laut tetapi banyak khasiat lain

Rumpai laut tidak mempunyai kolagen tetapi mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia…… Artikel pendek oleh Dr.Mariani Abdul Hamid IBD UTM untuk dibaca oleh kawan-kawan. Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ianya membantu melambatkan proses penuaan sebaliknya tidak membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. …

Read More »
error: Content is protected !!