Tag Archives: kira

Clomid Untuk Hamil Kembar

CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR   “Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kiataran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah  3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar. Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih …

Read More »

Penyakit Kelamin

PENYAKIT KELAMIN “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi  jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan?  Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti. Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan …

Read More »

Psoriasis

PSORIASIS     Psoriasis adalah penyakit radang kulit yang kronik yang disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Ia bermula dengan ruam merah, dan mempunyai sisik, yang apabila digaru akan menyebabkan habuk putih. Ia biasanya berlaku terutama pada kulit kepala, siku, dan lutut. Psoriasis tidak boleh disembuh kerana punca kerosakan terhadap kulit ini bermula dalam genetik seseorang. Selalunya ia boleh dikawal dengan baik, boleh datang dan pergi dengan sendirinya. Terdapat pelbagai jenis rawatan bergantung kepada betapa teruknya penyakit itu. Ia boleh dikawal dengan krim topikal dan rawatan cahaya ultraungu. Bagi masalah psoriasis yang teruk, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ditelan atau …

Read More »

Herpes Zoster

HERPES ZOSTER Herpes zoster, juga dikenali sebagai kayap, adalah disebabkan oleh virus yang menyebabkan penyakit chickenpox menjangkiti semula akibat daya tahan seseorang individu itu menjadi lemah. Kali ini ia akan merosakkan saraf pada kulit, dan jika tidak dirawati akan menular ke dalam saraf tunjang atau otak. Ia bermula apabila seorang individu mengalami rasa sakit badan, dan menyangkakan ia hanya disebabkan oleh sakit otot. Selepas dua hari ia akan menyebabkan ruam dan lepuhan pada sebelah badan pada kawasan yang dikendalikan oleh saraf yang terlibat (dermatome). Virus Zoster ini selalunya menjangkiti warga tua, terutama daya tahannya lemah, dan bertambah teruk jika mengalami …

Read More »

PUNCA MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

  “Salam doctor. Saya mengalami sakit kepala migraine sejak remaja. Sakit kepala itu sesekali datang dan kali terakhir saya mengalaminya ialah pada 5 tahun yang lepas. Baru-baru ini anak perempuan saya berusia 12 tahun mengadu sakit kepala. Adakah ia berpunca dari masalah keturunan. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terima kasih kasih atas pertanyaan puan. Ya sakit kepala migraine boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, walaupun ia berumur kurang dari 15 tahun. Dalam satu kajian, mendapati bahawa 40% dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah mengalami sakit kepala yang membimbangkan, dan 75% lagi pernah mengalami sakit …

Read More »

MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

“Salam doktor Anak saya berusia 11 tahun kena migrain. Saya sudah jumpa doktor pakar dan dia bagi macam-macam  ubat termasuk ubat tahan sakit. Benarkah migraine boleh berlaku pada kanak-kanak. Mohon pencerahan. Terima kasih”. Sakit kepala pada kanak-kanak dan remaja sering berlaku dan masih kurang didiagnosis oleh doktor. Saya masih ingat ketika saya menderita sakit kepala yang teruk selama seminggu ketika belajar di matrikulasi UKM ketika saya berumur 18 tahun. Saya tidak boleh membaca buku, sering rasa loya dan muntah dan rasa mahu tidur saja. Ini sangat mengganggu pembelajaran saya dan akhirnya keputusan peperiksaan saya pada semester itu sangat teruk. Ketika …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

LAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEBELUM BERJOGING

  “Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu.   Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah.   Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk. …

Read More »

Lelaki juga memerlukan senaman Kegel

LELAKI JUGA MEMERLUKAN SENAMAN KEGEL SEBAGAI LANGKAH MENCEGAH KENCING TIDAK LAWAS Saya sering mendapat pertanyaan dari lelaki berumur 50an mengenai masalah mereka tidak tos buang air kecil. Di usia begini jika mengalami masalah kawalan air kencing, sudah tentu agak sukar memberishkan diri sebelum melakukan solat. Oleh itu saya sering menyarankan agar melakukan senaman Kegel. Senaman ini tidak akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda, tetapi mereka dapat menguatkan otot pada kawasan kemaluan, yang menyokong pundi kencing. Apabila otot di kawasan anus dan punci kencing menjadi lemah, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kawalan air kencing. Senaman kagel ini bukan …

Read More »

KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)

“Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang …

Read More »

KEMURUNGAN DAN PENYAKIT: MANA YANG DATANG DULU? 

Apabila kemurungan menyerang, doktor biasanya memeriksa pesakit bagi menyiasat apa yang berlaku di dalam minda dan otak pesakit. Pada saya, apa juga yang penting juga ialah memeriksa apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu , kerana masalah kesihatan juga boleh menyebabkan gangguan fikiran. Malah, selain dari penyakit dalam tubuh, kesan sampingan ubat yang diberikan untuk merawat penyakit dalam tubuhnya juga boleh menyebabkan kemurungan. Banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit dalam tubuh boleh mencetuskan kemurungan. Sehingga ini, separuh daripada pesakit serangan sakit jantung dan pesakit kanser berasa sedih dan kecewa sehingga menyebabkan kemurungan. Ramai pesakit diabetes, Parkinson, dan penyakit kronik …

Read More »

Wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di …

Read More »

Menggunakan EPO Ketika Menyusukan Anak

MENGGUNAKAN EPO KETIKA MENYUSUKAN ANAK   “Salam doctor, bolehkah ibu menyusu makan evening primrose oil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai saintis berpendapat bahawa ibu yang menyusukan anak MUNGKIN selamat menggunakan minyak Evering Primerose.   Sungguh pun MUNGKIN selamat (kerana belum ada kajian dan laporan yang mengatakan EPO berbahaya diambil ketika menyusukan anak), namun saintis mencadangkan agar mengelakkan penggunaan buat sementara waktu sehingga selesai tempuh menyusukan anaknya.   Walau bagaimanapun, mereka juga mencadangkan agar tidak menggunakannya ketika hamil.   Saya sendiri berpendapat bahawa EPO boleh diamalkan sebagai suplemen ketika menyusukan anak kerana susu ibu sendiri mengandungi LA …

Read More »

LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI

  “Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar. Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari. Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu …

Read More »

D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan

D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN   “Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius. Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika …

Read More »

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?       “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.   Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR?       “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor.   Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Anak berbakat adalah anugerah

“Salam doctor, saya ada seorang anak yang saya rasa dia berbakat. Umur dia 3 tahun. Percakapan dia sangat jelas dan tidak pelat. Pandai menggunakan perkataan yang betul. Dia sudah kenal huruf seawal umur satu setengah tahun dan sudah boleh mengeja. Saya bimbang mendengar orang bercakap mengatakan budak yang bijak ini nanti apabila masuk ke dalam tadika akan cepat bosan kerana banyak yang dipelajari dia sudah tahu. Ini menyebabkan saya kurang mengajarnya. Ada lagi yang mengatakan budak yang terlalu bijak sangat nanti akhirnya tidak berjaya. Itu yang saya risaukan. Apa yang perlu saya buat. Minta pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa …

Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …

Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …

Read More »
error: Content is protected !!