Advertorial
Home » Tag Archives: kimoterapi (page 3)

Tag Archives: kimoterapi

UTM menemukan formulasi rawat kulit bermasalah

UTM MENEMUKAN FORMULASI RAWAT KULIT MUKA BERMASALAH   Kacip Fatimah dikenali sebagai herba tradisional yang telah banyak digunakan di nusantara sejak dari zaman dahulu lagi. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan selepas melahirkan anak. Ini kerana Kacip Fatimah dikatakan dapat merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika proses melahirkan anak. Namun tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikannya, sehingga Universiti Tekonolgi Malaysia melalui Institute Bioproduct Development (IBD) membuktikan kesan positif ekstrak Kacip Fatimah  terhadap sel-sel kulit.   Dalam kajian itu menunjukkan Kacip Fatimah atau nama sainsnya, Labisia pumila mengandungi banyak  sebatian phenolic acid dan flavonoid yang dipercayai bertanggungjawab dalam merawat pelbagai jenis penyakit. (Zhang & Ye, 2008). Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel human dermal fibroblasts yang ada pada kulit, dari kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV dari cahaya matahari. ... Read More »

hamil walaupun UPT negatif

UPT NEGATIF TETAPI HAMIL   “Salam doktor, saya berusia 32 tahun dan sudah tidak datang haid selama 5 minggu. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan UPT dan mendapati keputusannya negatif. Adakah sah saya tidak hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Mengikut pengalaman saya, tidak datang haid selama 5 minggu dari tarikh akhir haid pertama yang lepas atau seminggu dari tarikh haid yang sepatutnya, masih dianggap sebagai terlalu awal.     Ini kerana kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari. Oleh itu tidak datang haid sehingga hari ke 35 atau minggu ke 5 masih dikira normal, dan mungkin tidak hamil.     Selepas 2 minggu dari tarikh sepatutnya atau 6 minggu dari tarikh haid pertama pada bulan terakhir adalah lebih tepat untuk melakukan pemeriksaan UPT.   Oleh ... Read More »

Anak-anak yang lambat berkembang

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.     Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.     Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.   Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku apabila mereka tidak mendapat kemahiran yang dicapai oleh kanak-kanak yang sama umur dengannya.   Antara kemahiran yang perlu diperhatikan ialah : 1. Kemahiran melakukan pergerakan kasar (seperti berjalan dan ... Read More »

masalah kecacingan

  MASALAH KECACINGAN         Baru-baru ini seorang ibu membawa anak perempuannya ke klinik berjumpa saya. Apa yang merisaukan beliau adalah perut anak beliau yang berusia 9 tahun itu kelihatan membuncit.     Ibunya mendesak saya lakukan pemeriksaan ultrasound, kerana bimbang anaknya hamil. Saya berfikir panjang. Namun saya hanya mengikuti kehendak ibu kanak-kanak ini memandang beliau sangat runsing.   Ini kali ketiga beliau membawa anaknya ke klinik. Sebelum ini pergi ke satu klinik swasta, tetapi oleh kerana tiada kemudahan ultrasound, doctor merujukkan ke pusat kesihatan kerajaan.     Di pusat kesihatan kerajaan pula doctor yang bertugas tidak mahu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana tidak percaya kanak-kanak perempuan itu hamil.     Saya melakukannya, mulanya agak sukar kerana saiz tubuhnya yang kecil, apatah lagi saiz rahemnya yang kecil. Tiada sebarang ... Read More »

Sakit di tengkuk

SAKIT  DI TENGKUK “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak minta sedikit nasihat doktor utk panduan. Saya mengalami kesakitan sejak mlm tadi, macam tersalah urat. Sakitnya rasa pada tengkuk sebelah kiri hingga ke bahagian belakang badan sebelah kiri dan sakitnya berdenyut2. Rasa sakit sangat setiap kali bergerak. Kalau ke klinik biasa dr akan bg ubat apa dan kalau berurut, boleh ker… Risau sbb melibatkan tengkuk… Terima kasih dr.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak punca sakit di bahagian tengkuk, bergantung kepada umur, berapa lama sudah alami, pekerjaan puan dan pelbagai lagi.     Secara mudahnya doktor akan mencari punca sakit tengkuk dengan bertanyakan keadaan sakit puan, sama ada ia berkaitan dengan kecederaan trauma atau masalah penyakit kronik. Sakit tengkuk yang disebabkan oleh kecederaan trauma adalah lebih teruk dan perlukan pemeriksaan doktor yang ... Read More »

Minyak kelapa untuk kulit kering eczema, dermatitis dan psoriasis

MINYAK  KELAPA UNTUK KULIT KERING       Pesakit yang mengalami penyakit chronic dermatitis mempunyai masalah keradangan kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering. Di samping masalah ketidaksempurnaan pada lapisan epidermis, sehingga tidak mampu menghasilkan pelembap semulajadi untuk kulit mereka sendiri.     Sebab itu kulit pesakit chronic dermatitis memerlukan pelembap yang natural, yang dapat melembutkan dan membaiki kulit yang berterusan dan perlu digunakan lama.     Kebanyakan produk yang dijual mengandungi minyak mineral atau produk yang diperbuat dari petrochemical yang menyumbangkan kepada keradangan kulit yang lebih teruk, dan dibimbangi boleh menyebabkan kanser apabila bahan-bahan ini diserap ke dalam tubuh.     Ini kerana tubuh kita tidak sesuai untuk menerima bahan-bahan sintetik terutamanya produk petrochemical.     Oleh itu banyak saintis di universiti dalam dan luar negeri menerbitkan kajian mereka di ... Read More »

makna kebebasan emosi

MAKNA KEBEBASAN EMOSI     Tanda kita memiliki KEBEBASAN EMOSI ialah apabila kita sudah tidak perdulikan pandangan orang pada kita. Yang penting pandangan ALLAH pada kita.     #inspirasidrzubaidi       Read More »

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

AWAS 5 MAKANAN INI DILARANGKAN KEPADA BAYI. BELUM MASANYA!       Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.   Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.   Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.   1. Jus Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih ... Read More »

hadapi musibah dengan jiwa yang besar

HADAPI MUSIBAH DENGAN JIWA YANG BESAR       Semua orang buat silap atau ditimpa musibah, tidak kira orang yang berdarjat tinggi atau rendah, orang yang berilmu atau jahil, orang yang kaya atau orang miskin. Ia boleh berlaku pada semua orang, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.   Yang penting bagaimana kita menghadapi dan menerima kesilapan kita atau musibah yang dihadapi. Itu yang membezakan orang yang hebat, bukannya darjatnya, ilmunya atau harta kekayaannya.     #inspirasidrzubaidi     Read More »

kurma dicampur dengan gula

KURMA DIJUAL DICAMPUR DENGAN GULA   “Salam dr zubaidi nak tanya betul ke kurma yg jual di Malaysia nie ade campur gula. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mohon maaf sebab tidak dapat menjawab isu ini. Saya tidak dapat fakta yang tepat mengenai buah kurma yang dicampurkan dengan gula ini.   Walau bagaimana pun saya ada membaca laporan akhbar KOSMO mengenai kegiatan penjual yang ingin mengaut keuntungan besar, dengan mengimport buah kurma secara pukal dengan harga yang murah. Kemudian diproses (dibersihkan dan dicampurkan dengan gula) dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.   Kemudian buah kurma ini dijual semula dengan harga yang lebih tinggi menyamai kualiti kurma yang sederhana itu. Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti ... Read More »

diam itu lebih utama

DIAM ITU LEBIH UTAMA   Apabila orang bertanya dengan tujuan untuk menyakitkan hati kita, kita tidak perlu menjawab. Kerana mereka hanya mahu mendengar jawapan yang mereka mahu dengar. Selagi tidak tidak memberikan jawapan yang mereka mahu, selagi itu mereka akan menyakitkan hati kita dan kita terus disakiti.   Oleh itu, elok diamkan saja. Bukan untuk kemenangan mereka, tetapi ketenangan jiwa kita. Bimbang masa kita berzikir pun, masih ada rasa marah, benci dan dendam.   Diam adalah jawapan yang menenangkan hati kita, meredakan kemarahan diri. #inspirasidrzubaidi     Read More »

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT   “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan ajukan adalah masalah yang biasa ditanyakan oleh wanita lain yang menggunakan kaedah perancang keluarga IMPLANON.     Ia berbentuk seperti kayu pencungkil gigi yang di masukkan ... Read More »

15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM     1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.   2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.   3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.   4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Kita kena faham bahawa makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.   5 – Sodium bertindak dalam ... Read More »

masalah haid akibat rawatan kimoterapi

MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI       “Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar.   Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang mungkin dirasai oleh mereka. Selalunya rawatan kimoterapi yang diberikan sangat berkesan untuk penyakit kanser, bergantung kepada jenis  kanser dan ... Read More »

Hamil perpanjangan melebihi 40 minggu

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan, atau dinamakan Expected Date for Delivery (EDD).   Semakin lama seorang wanita itu hamil (melebihi 40 minggu) semakin tinggi risiko pada wanita yang hamil dan ... Read More »

Rawatan Kanser payudara peringkat satu

    “Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara”   Assalamua alikum.   Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian.   Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu.   Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor,  terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak.   Seorang wanita itu sendiri dapat mengesan kanser payudara apabila mula menyedari bahawa terdapat bengkakan dalm payudaranya bersama tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan. Ini ... Read More »

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

  Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.   Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah. Begitulah rutinnya. Selepas pemeriksaan terakhir dibuat, 3 bulan selepas kalau tak silap saya, doktor sangat terkejut. Doktor tidak menjumpai di mana kanser tersebut! Sehinggakan doktor berkata ‘Where is your ... Read More »

Pendarahan pada puting payudara

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman.   Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. Namun adakalanya kita bimbang ia adalah tanda-tanda awal bagi kanser payudara.   Doktor akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebab pendarahan putting dengan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk ... Read More »

Makanan yang tidak baik diambil ketika menyusukan bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’

“Assalamualaikum. Ibu saya berumur 69tahun didiagnosa sebagai pesakit kanser paru-paru level 4. Sekarang badannya agak lemah dan kami adik beradik bimbang dengan kesan rawatan chemotheraphy. Bagaimanapun beliau masih lagi sembahyang, makan walaupun kurang selera dan berasa letih. Doktor yang merawat beliau mencadangkan penggunaan pil Elortinib Tarceva. Kos RM7875 sekotak/sebulan. Oleh kerana harganya yang agak mahal, saya ingin bertanyakan pendapat doktor jika ubat ini dapat merawat ibu saya. Harap doktor beri pandangan sebagai panduan. Atas segalanya terlebih dahulu diucapkan terima kasih. saya amat berharap jawapan dari tuan doktor.” Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi ibu dan saudara sekeluarga. Semoga dengan berkat kesabaran dan redha atas ketentuan yang Allah telah tetapkan, ibu saudara mendapat yang terbaik dari Allah sama ada di dunia atau mungkin di akhirat nanti. Sebenarnya saya bukanlah orang yang patut ... Read More »

Multiple Myeloma: Kanser Darah Yang Jarang Berlaku

Saya diminta oleh rakan FB agar menceritakan secara ringkas tentang penyakit ini. Sepanjang ingatan saya ketika di universiti, Multiple Myeloma adalah antara topik yang diajar dalam dua kuliah yang berturutan di samping tutorial di hujung minggu. Saya perlu ingatkan artikel ringkas yang bakal dibaca bukanlah nota kuliah untuk pelajar perubatan atau artikel journal yang mengemaskinikan ilmu seorang doktor. Ianya sekadar suatu nota ringkas agar orang awam yang tidak mempelajari perubatan, boleh memahami keadaan pesakit yang menghidap penyakit Multiple Myeloma (MM). Saya mengharapkan gaya bahasa tidak menjemukan malah memudahkan pemahaman si pembaca. Selain itu saya mengharapkan pembaca memahami bagaimana MM terjadi dan bagaimana MM boleh merosakkan sistem tubuh badan pesakit. Saya pernah menerima ke masukan kes Multiple Myeloma (MM) semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pesakit itu itu berusia ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!