Advertorial
Home » Tag Archives: khasiat

Tag Archives: khasiat

Amalkan Jus Lemon

  Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.   Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.   Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.   Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.   Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah ... Read More »

Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?

    “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.”     Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu.   Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat .   Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.   Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin dan makanan tambahan yang tidak sensitif dengan soal halal dan haram.   Antara isu yang perlu diperhatikan ialah masalah yang berkaiatan dengan:   Gelatin berasal dari haiwan babi atau binatag ... Read More »

Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

  Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai. Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW.   Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal. “Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti.   “Kajian saintifik terhadap bahan dalam pemakanan sunah perlu dilakukan secara teliti bagi mengelakkan percanggahan antara sains dan agama yang boleh memberi implikasi terhadap sunah Nabi,” katanya selepas persidangan meja bulat ‘Paradigma ... Read More »

Nenas banyak khasiat tetapi boleh menyebabkan keguguran?

  Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak.   Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.   Antara kegunaan nenas ialah:   1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.   2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.   3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.   4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.   5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.   6. Jus nenas juga ... Read More »

Vitamin tambahan untuk bayi dan kanak-kanak

      “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam.   Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak.   Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan  yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna.   Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli produk-produk itu, namun ingin memberitahu bahawa majoriti pakar-pakar pemakanan mengatakan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!