Advertorial
Home » Tag Archives: ketuat

Tag Archives: ketuat

Cutaneous horn vukan tanda dajjal akhir zaman

    Cutaneous horn ( cornu cutaneum ) selalu disalahanggap oleh kebanyakan orang terutama masyarakat Melayu kita yang keterlaluan menuduh.   Walaupun ia berbentuk seperti tanduk pada kepala pesakit, ia sebenarnya berasal dari ketuat pada kulit kepala yang tidak dirawat dengan baik, sehingga ia bertambah besar.   Ia selalunya mengambil masa yang lama untuk menyebabkan ketuat seperti ini berbentuk panjang, keras dan menjulur seperti tanduk.   Cara terbaik ialah dengan memotong ketuat ini sehingga ke peringkat  ‘akar’nya ialah ke lapisan dermis kulit. Ia boleh dilakukan di mana-mana hospital.   Wallahu a’lam.   Read More »

Jangkitan ketuat pada kemaluan (Genital Wart)

Assalamu alaikum, saya dijangkiti genital wart ketika hamil 30minggu dan kini saya sudah pun 3 bulan melahirkan anak. Saya ingin bertanyakan tentang cara membuang dan merawat, dimana dan bagaimana. Ketuat ini tumbuh di bibir faraj.. saya berasa sangat risau. Harap doc sudi membantu saya. Terima kasih.   Wa alaikum mus salam. Saya doakan agar ALLAH membantu puan mencari kesembuhan. Jangan mudah berputus harap. Genital Warts (GW) sebenarnya dikategorikan sebagai penyakit kelamin (venereal disease). Ia juga  disebut sebagai Condylomata acuminata, venereal warts, anal warts dan anogenital warts. Ia disebabkan oleh beberapa jenis human papillomavirus (HPV), terutamanya jenis 6 dan 11. Sementara HPV jenis yang lain menyebabkan kanser pangkal rahem (cervical cancer) dan kanser dubur (anal cancer). Ia sangat mudah disebarkan melalui sentuhan kulit semasa melakukan oral sex, vaginal sex atau anal ... Read More »

Rawatan Ketuat (Foot Warts) Pada Kaki

Ketuat pada kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Saya tidak pernah menderita akibat ketuat, namun saya telah berpuluh kali melihat masalah ketuat di kaki. ”Doktor, saya bukan pengotor. Setiap hari saya membersihkan kaki saya” kata seorang lecturer UTM. Saya tidak dapat memberikan komen sama ada seseorang itu pengotor atau tidak kecuali jika terlalu nyata, kakinya berbau apabila membuka kasut kerana mahu menunjukkan masalah ketuatnya pada saya. Namun saya percaya dengan membasuh kaki 5 kali sehari ketika mengerjakan solat, membantu kita menjaga kebersihan kaki. Basuhlah celah-celah jari kaki dengan teliti kerana itu adalah kesempurnaan wudhu dan faedah duniawinya amat banyak. ”Macam mana saya boleh kena ketuat doktor. Saya peliklah” Soalan ini juga saya tidak dapat menjawabnya. Saya tidak sentiasa bersama pesakit. Apabila pesakit menemui doktor, kaki beliau telah pun ... Read More »

Rawatan Untuk Kulit Kaki Kering dan Pecah

Rawatan Untuk Kulit Kaki Kering dan Pecah

Kembali lagi dengan isu kecantikan. Bagi lelaki, kulit kaki yang kering dan pecah tidak menjadi hal penting. Mereka tidak akan datang mendapatkan rawatan sehinggalah kaki mereka  yang merekah dan pecah itu dijangkiti kuman dan menyebabkan kesakitan. Bagi wanita pula, kulit kaki yang kering dan pecah memberikan kesan kosmetik yang tidak menyenangkan. Mereka berasa malu berjalan dengan kaki yang sedemikian apatah lagi jika duduk bersempuh bersama-sama dengan rakan. Pasti ada rakan yang akan menegur. ”Doktor, kulit yang kering dan merekah bahaya ker?” Tiada bahaya bagi kaki yang kering kecuali ia menyebabkan masalah kosmetik. Ia lebih melambangkan seorang wanita itu tidak menjaga kebersihan dan kecantikannya. Pada hal, kaki juga kadang kala merangsang gelora hati suami bila memandang isterinya.   Bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah yang kronik seperti psoriasis, diabetis mellitus, hypothyroidism atau ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!