Advertorial
Home » Tag Archives: ketidakseimbangan hormone

Tag Archives: ketidakseimbangan hormone

Wanita bermisai dan berbulu tebal

  “Assalamu’alaikum doktor saya mempunyai masalah bulu yang tebal dan sehingga kelihatan bermisai. Saya risau kerana beberapa rakan saya selalu mengusik saya dan mengalatakan saya mempunyai hormone lelaki. Mengapa wanita seperti saya boleh tumbuh misai? Mohon pencerahan”       Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah saudari. Ini sebenarnya ujian ALLAH untuk saudari, semoga saudari dapat bersabar dan tidak berputus asa mencari rawatan terbaik untuknya.   Dalam bahasa perubatan, wanita yang mempunyai bulu yang berlebihan di kawasan tubuh yang tertentu dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit.   Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian muka, leher, kaki dan tangan, tubuh, dada, payudara, pinggang belakang, bahagian atas kawasan ari-ari dan bahagian dalam peha.   Hirsutism boleh disebabkan oleh:   1.         Pengeluaran hormon lelaki androgen ... Read More »

Benarkah saya hamil sebelum nikah?

  “Assalamualaikum doctor, saya berumur 32 thn. Saya baru sahaja bernikah pada bulan November 2013. Masalah saya, kitaran haid saya pada setiap bulan akan lewat 7 ke 8 hari setiap bulan. Pada bulan oktober hari pertama haid saya pada 23 haribulan dan saya jangkakan saya akan datang haid pada 30 november atau 1 disember tetapi saya tak datang haid.   Saya telah buat pemeriksaan doktor dan saya telah di sahkan mengandung. Masalahnya doktor tersebut tidak dapat mengagak berapa minggu kandungan saya dan mengatakan saya mengandung sebelum nikah walhal sebelum saya bernikah saya tidak pernah melakukan persetubuhan.   Boleh doktor jelaskan masalah saya, saya tidak tahu macam mana nak jelaskan pada keluarga saya. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya faham perasaan puan dan saya sangat simpati atas kekeliruan ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergentung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Pendarahan selepas haid

    “Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?”   Wa alaikum mus salam.   Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil.   Darah yang keluar sebenarnya adalah darah haid. Puan mengalami pendarahan selepas tamat tempuh haid kerana darah haid yang tidak habis keluar dari rahem. Warna menjadi gelap kerana ia berada lama dalam ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!