Advertorial
Home » Tag Archives: ketiak

Tag Archives: ketiak

Kelenjar limfa bengkak di ketiak

KELENJAR LIMFA BENGKAK DI KETIAK   “Salam. Saya mahu tanya, 2 bulan lepas saya demam panas selama seminggu dan ketiak kanan saya telah membengkak agak besar jugaklah. Bila demam saya sudah baik, ketiak saya masih bengkak cuma saiznya sudah kecik sikit. Doktor sudah memeriksa payudara saya dan memberitahu ia normal . Tapi tiada apa-apa  yang tidak kena, sama ada denggi, TB, nanah atau darah. Cuma saya rasa ada rasa ada biji kecil dan bengkak sedikit pada ketiak kanan sy. Macam mana, ya doktor. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tubuh kita mempunyai kira-kira 20 hingga 40 kelenjar limfa (lymph node) pada sebelah ketiak. Kelenjar limfa ini bertanggungjawab dalam mengawal pengaliran cecair limfa (yang terdiri daripada sel-sel darah putih dan cecair serum) yang bergerak di kawasan sekitar ketiak, iaitu ... Read More »

Hamil perpanjangan melebihi 40 minggu

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan, atau dinamakan Expected Date for Delivery (EDD).   Semakin lama seorang wanita itu hamil (melebihi 40 minggu) semakin tinggi risiko pada wanita yang hamil dan ... Read More »

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.   Jadi janganlah bimbang tentang ... Read More »

Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu

    “Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara”   Assalamua alikum.   Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian.   Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu.   Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor,  terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak.   Seorang wanita itu sendiri dapat mengesan kanser payudara apabila mula menyedari bahawa terdapat bengkakan dalm payudaranya bersama tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan. Ini ... Read More »

Penyakit Kawasaki boleh membawa maut pada bayi dan kanak-kanak

  Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK).   Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan.   Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi.   Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki.   Ini kerana rawatan awal menyebabkan pesakit akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari, dengan izin ALLAH.     Selalunya penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah ... Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

  “As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius.   Antaranya ialah penyakit lymphoma.   Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang.   Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang.   Kelenjar nodus limfa ini membengkak ... Read More »

Masalah Payudara Berlebihan

Masalah Payudara Berlebihan

‘Malu bertanya akan sesat jalan’ itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya. “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43) Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang ustaz yang bertahun-tahun belajar membuka kitab di Asia Barat. Kalau perkara sains, tanyakanlah kepada ahli saintis atau doktor yang mengkaji sesuatu isu atau fenomena. Saya pernah ditanyakan tentang penyakit ‘susu kucing’ pada  wanita. Apabila saya bertanya dari mana istilah ‘susu kucing’ ini datang, dia hanya menjawab dari seorang wanita tua merangkap tukang urut. Malah bidan itu mengatakan bahawa wanita yang bermasalah itu sebenarnya mengalami saka kucing diturunkan oleh neneknya, melalui ibunya. Astaghfirullah.. saya mengurutkan dada. Apabila bertanyakan kepada seorang yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!