Advertorial
Home » Tag Archives: keseimbangan hormon

Tag Archives: keseimbangan hormon

wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG   “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di otak akan mula melepaskan hormon FSH pada awal kitaran haid. Apabila hormon FSH ini semakin meningkat dan mencapai satu tahap, ia akan memberikan isyarat kepada folikel di ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!