Advertorial
Home » Tag Archives: kerja (page 12)

Tag Archives: kerja

Bahaya kencing tidak lawas

BAHAYA KENCING TIDAK LAWAS “Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai kencing tidak lawas. Saya ada mengalami ini beberapa bulan yang lalu dan sehingga kini saya masih mengalaminya. Adakah ia berbahaya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kencing tak lawas bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gejanla atau tanda penyakit yang lebih serius terutama jika dihadapi oleh kaum lelaki.   Oleh itu apa yang penting ialah mencari puncanya dan dengan itu ia boleh dirawat dengan sempurna.   Ada pelbagai jenis kencing yang tidak lawas bergantung kepada puncan-puncanya.   1.Air kencing keluar dengan sendiri walaupun tak keinginan untuk membuang air kecil.   2. Air Kencing tidak mahu keluar walaupun ada rasa sakit mahu buang air kecil. Air kencing mungkin hanya menitis ketika meneran.   3. Ada rasa keinginan yang kuat untuk membuang ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR?   “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid seorang wanita, jika ia gagal hamil, dalam masa tertentu, pemeriksaan harus dilakukan. Bagi wanita yang mengalami kitaran haid tidak menentu disebabkan oleh masalah keseimbangan hormon, saya mencadangkan mengamalkan ... Read More »

air dapat merawat migraine

AIR YANG DIMINUM DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAINE “salam doctor. Saya adalah penghidap migraine yang kuat dan kerap. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengalam sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Saya sering mengambil MC untuk berehat di rumah. Selain dari ubat-ubatan, apakah yang say perlu lakukan untuk mengurangkan sakit kepala saya. Mohon nasihat, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sakit kepala migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan rasa mual dan muntah . Sesetengah pesakit menjadi sangat sensitif  terhadap cahaya dan bunyi bising.   Kebanyakan pesakit akan merasa sakit pada sebahagian kepala, dan biasanya ia berulang.   Sebahagian pesakit migraine mengalami  tanda-tanda awal sebelum mengalami sakit kepala yang teruk, dinamakan “aura” seperti  gangguan penglihatan,  atau rasa gangguan keseimbangan.   Banyak punca yang menyebabkan ... Read More »

lendiran dari faraj tanda subur

LENDIRAN DARI FARAJ TANDA SUBUR     “Salam doctor, saya ada soalan yang agak segan saya Tanya kepada mana-mana doctor. Masalah saya ialah beberapa hari selepas haid saya kering, terdapat banyak lendiran faraj keluar. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Adakah ia menandakan suatu penyakit. Untuk pengetahuan doctor saya berusia 22 tahun dan masih belum berkahwin. Mohon penjelasan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Lendiran faraj yang banyak keluar, tidak bermakna ia suatu penyakit. Ia adalah normal dan mungkin suatu tanda saudari seorang yang subur. Selalunya apabila beberapa hari selepas haid kering, akan keluar lendiran dari faraj, bentuknya seperti putih telur yang belum. Saudari mungkin mengalami rasa sengal pada bahagian ari-ari. Ia adalah tanda saudari sedang mengalami ovulasi, ia bertahan antara 24-36 jam. Untuk pengesahan, boleh gunakan Ovulatian Prediction ... Read More »

Mengira Hari Subur Bagi Mengelakkan Hamil

MENGIRA HARI SUBUR BAGI MENGELAKKAN HAMIL “Salam doctor,saya banyak mengikut dan membaca tentang info mengenai kesihatan penyakit yang doktor kongsikan. Saya ingin bertanya dengan lebih terperinci tentang perancang keluarga tanpa mengambil pil, suntikan, implan dll. Saya ingin merancang sendiri. Masalahnya sy tidak tahu masa subur, tanda2 subur dan bagaimana kiraan waktu subur. Saya berharap sangat doktor dapat membantu dan memberi pandangan yang sewajarnya. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat perancang keluarga , dinamakan kaedah kalender.   Dalam kaedah ini, pasangan suami isteri cuba mengelak melakukan hubungan seksual pada hari-hari subur.   Ia hanya dapat dilakukan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap. Jika kitaran mereka tidak tetap, maka kiraan hari subur sukar dilakukan, maka sukarlah mengelakkan hari-hari tersebut.   Caranya ... Read More »

Guttate psoriasis

GLUTTATE PSORIASIS Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit. Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya  ” lwtusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas  jangkitan bakteria, biasanya jangkitan saluran pernafasankecil .   Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik.   Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar  0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha.   Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang berlaku pada seseorang yang mengalami jangkitan kuman, selalunya jangkitan kuman streptococcal.   Selalunya ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.   Bagi pesakit eczema dan psoriasis saya ... Read More »

Keratoacanthoma

KERATOACANTHOMAS Seorang petani berusia 68 tahun datang ke klinik dengan menunjukkan masalah yang dialami pada jari kanannya. Seperti ada ketumbuhan  (nodule) dan sedikit nanan di tengah-tengahnya. Beliau tidak berasa sakit dan semua jarinya boleh digerakkan tanpa masalah. Selepas biopsy diambil, beliau didiagnosakan mempunyai masalah “Keratoacanthomas” dan sebahagian dari kanser yang dinamakan Squamous Cell Carcinoma dan perlukan rawatan yang agresif. Ia  gigitan serangga atau jangkitan kuman.     Read More »

pesakit batu karang mengalami tulang yang reput

PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT     Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah apabila berlaku kecederaan. rujuk: Risk of Fracture in Urolithiasis: A Population-Based Cohort Study Using the Health Improvement Network.Clinical Journal of the American Society of Nephrology. Oct 2014.   Read More »

bolehkah bidan kampung mendiagnosa fibroid

BOLEHKAH BIDAN KAMPUNG MENDIAGNOSA FIBROID?   “Salam doktor. Saya berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya telah diurut oleh seorang bidan kampung sebagai persediaan saya untuk bernikah tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh bidan kampung itu bahawa ada fibroid. Sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kitaran haid saya. Bolehkah saya mempercayai kata-kata beliau?. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menolak pengalaman bidan kampung, namun ada beberapa perkara yang beliau katakan mungkin betul dan mungkin tidak. Kata-kata beliau mungkin setakat kebetulan saja.   Ini kerana fibroid adalah ketumbuhan pada rahem yang berada jauh di dalam perut. Dengan urutan saja, mustahil dapat merasakan ketumbuhan tersebut.    Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mengalami  sebarang masalah  dan hanya diketahui selepas pemeriksaan ultrasound dilakukan, terutamanya ketika ... Read More »

Memakai bra ketika menyusukan anak

BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI   “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini .   Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan anak, saiz payudara akan menjadi lebih kecil kerana kuantiti susu yang telah dikeluarkan.   Bra berdawai boleh menekan sekeliling payudara terutamanya di bahagian bawah payudara sehingga menyebabkan saluran susu menjadi ... Read More »

susu formula terbaik untuk eczema

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA   “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan selepas bebrapa hari bintik tersebut baik berkurang bengkak dan bekas bintik tersebut menjadi belang hitam. Saya juga telah mencuba dalam masa beberapa hari tidak memberikan susu formula tersebut bintik2 tersebut ... Read More »

gejala jangkiman kuman pada ginjal ketika hamil

APAKAH GELAJA JANGKITAN PADA BUAH PINGGANG KETIKA HAMIL   “Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem. Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah: 1. demam panas (sehingga menggigil, dan berpeluh) 2. sakit di bahagian belakang terutama di bawah tulang rusuk 3. rasa loya dan muntah 4. ada darah dan nanah dalam air kencing Pemeriksaan airkencing bagi ... Read More »

apakah gejala jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil

APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?   “Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal. Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Tanda-tanda biasa termasuk: 1. Rasa sakit dan tidak selesa atau panas terbakar ketika membuang air kecil atau mungkin ketika melakukan ... Read More »

bahana MSG

BAHANA MSG Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu. Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik. “Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. ” Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya dirompak. “Terima kasih doktor..” kata doktor itu sambil memeluk saya. Beliau telah berubah. Badannya yang gemuk dan berlemak sudah mengeras dengan otor-otor besar. “Saya sudah tak ke tempat ... Read More »

kesan demam di awal kehamilan

KESAN DEMAM DI AWAL KEHAMILAN   “Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?”    WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin ... Read More »

mengapa demam ketika hamil berbahaya

MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?   “Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin dalam rahem atau mungkin keguguran. Walau bagaimana pun pada di akhir kehamilan apabila bayi dalam rahem telah terbentuk sepenuhnya, maka demam tidaklah menjadi ... Read More »

rawatan paltelet rich plasma

RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)   “Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia.  Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia.   Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan  maxillofacial dan pembedahan plastik.   PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi plasma yang kaya dengan platelet. Platelet dalah satu jenis sel darah, yang penting untuk pembekuan darah.  Ia diharapkan dapat mempercepatkan ... Read More »

luka diabetes

LUKA DIABETES     “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik.   Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis.   Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif.   Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, pesakit diabetes mungkin akan mengalami rasa kebas (tidak rasa sakit) pada kaki dan tangan. Dibimbangi pesakit tidak menyedari yang beliau mungkin terpijak benda tajam atau ... Read More »

Kitaran Haid 40-60 Hari

KITARAN HAID 40-60 HARI..   “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila terdapat berlebihan hormon lelaki dan peningkatan insulin di dalam tubuh seorang wanita. Wanita tersebut tidak semestinya mempunyai berat badan yang berlebihan, ia boleh berlaku pada wanita yang bertubuh kecil ... Read More »

tips merawat batuk tanpa ubat

TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini: * minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak. * elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih. * jauhi sebarang asap termasuk asap rokok . * elakkan dari persekitaran yang berhabuk, dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama. * menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat. * masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus. http://drzubaidi.com/blog Read More »

Sudah ambil ubat batuk tapi belum baik

SUDAH MENGAMBIL UBAT BATUK TETAPI BELUM SEMBUH   ” Salam doktor, saya mengalami batuk selama dua minggu. Pelbagai jenis ubat batuk yang saya gunakan. Saya ambil dari klinik dan hospital dan ada yang saya beli dari farmasi dan kedai ubat. Ia belum sembuh. Adakah ubat-ubat yang saya ambil tidak lagi berkesan kepada saya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batuk adalah bukan penyakit. Ia adalah mungkin gelaja bagi penyakit yang lebih serius atau ia adalah sebagai tindak balas refleks yang normal apabila melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau apabila terkena bahan-bahan seperti habuk, atau hawa yang sejuk.   Adakalanya batuk disertai dengan selsema dan demam yang rendah.   Bagi batuk yang tidak berbahaya, selalunya ia akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Namun bagi mengurangkan rasa tidak ... Read More »

najis anak ada darah

NAJIS ANAK ADA DARAH   “salam doktor.  Anak saya berumur kurang 2 bulan. Semasa pantang, najisnya mempunyai darah (seperti sehelai bulu mata), saya ingatkan ianya disebabkan pemakanan saya. Saya kurangkan pengambilan makanan pedas dan monitor najis anak saya. Namun selepas pantang, kejadian sama berulang lagi sebanyak 2kali. Kali terakhir, darah lebih banyak berbanding biasa. Adakah ini disebabkan masalah usus. Mohon pencerahan doktor dan apakah yang patut dilakukan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Langkah pertama yang puan lakukan ialah pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal. Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah.   Saya mencadangkan agar puan membawa najis tersebut ke klinik dan bertanyakan pada doktor jika dapat melakukan ujian untuk menentukan najis yang dialami mempunyai darah ... Read More »

bingung cyst dan kehamilan

BINGUNG CYST DAN KEHAMILAN “Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya pendapt  tentang perkara yang sedang saya alami skrg, iaitu berkaitan dengan kehamilan. Saya  telah membuat ujian UPT di rumah dan keputusan kabur. Hari pertama haid saya yang terakhir  ialah 26.8.2014. Saya telah ke klinik swasta pada  8.10.2014 untuk kepastian dan ujian UPT menunjukkan jalur lebih terang berbanding yang dibuat di rumah. Apabila  doctor melakukan pemeriksaan perut, doctor memberitahu tiada apa-apa  yang dapat dikesan cume ada cyst sebesar 3x3cm. Doktor juga memberitahu  kemugkinan saya hamil tetapi janin tidak jelas. Saya sy perlu melakukan pemeriksaan ultrasound ulangan, tambahan pula ada  keluar cairan coklat dalam kuantiti sedikit setiap hari bermula 6.10.2014 hingga kini. Saya amat tertekan. Saya pernah hamil sebelum ini dan tidak pernah ada pengalaman seperti ini. Saya menjadi bingung dn rasa cepat ... Read More »

anak kurang berat badan

ANAK BERAT KURANG     “Salam doktor, anak saya berusia satu tahun dan empat bulan. Namun berat badannya hanya 8kg. Bagaimana hendak meningkatkan berat badan dia. Adakah ini akan beri kesan sampingan pada anak saya bila besar nanti?” WA ALAIKUM MUS SALAM   Walaupun mungkin berat anak puan agak ringan, namun begitu, berat badan sahaja tidak memberi makna bahawa seorang kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan fizikal yang perlahan. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur pada ketinggiannya, berat badan dan lilitan kepala dan dipadankan dengan umur dan jantinanya.   Setelah kelima-lima parameter ini akan dipadankan pada graf pertumbuhan fizikal kanak-kanak.   Pertumbuhan fizikal kanak-kanak tidak dikira dengan BMI, tetapi ‘percentile’ berdasarkan umur dan jantinanya.   Dalam hal ini puan harus merujuk kepada doctor untuk mengetahui percentile perkembangan fizikal anak puan.   Yang lebih penting ... Read More »

berhati-hati menggunakan shampu anti kutu

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN SHAMPOO ANTI KUTU “as salam dr zubaidi, saya nak tanya. bolehkah wanita mengandung (8 bln) menggunakan ubat kutu? terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM Sebelum menggunakan sebarang shampoo anti-kutu, sentiasalah baca arahan pada pek atau risalah yang diletakkan di dalam kotak shampoo tersebut. Shampoo anti kutu haruslah digunakan berhati-hati oleh: 1. bayi yang berusia di bawah usia enam bulan 2. wanita hamil dan menyusukan anak 3. individu yang mengalami asma atau mudah mendapat alahan Jika anda masih tidak pasti, dapatkan nasihat daripada pegawai farmasi di tempat shampoo itu dijual. Walau bagaimana pun terdapat shampoo anti-kutu yang sesuai untuk wanita hamil iaitu shampoo yang mengandungi 4% losyen dimeticone, yang dilesenkan untuk kegunaan wanita hamil dan menusukan bayi. wallahu a’lam. Read More »

Adakah proses induksi kelahiran selamat?

PROSES INDUKSI KELAHIRAN, ADAKAH IA SELAMAT?   “Salam doktor, saya sedang hamil 39 minggu. Menurut doktor jika tiada rasa sakit untuk hamil, berkemungkinan saya akan diinduksi proses kelahiran. Adakah ia selamat. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya semasa bekerja di wad persalinan (obstetric), iaitu soalan yang sama juga ialah adalah proses induksi kelahiran selamat? Tidakkah ia mengganggu proses kelahiran yang normal? Induksi kelahiran adalah proses permulaan kelahiran yang dibantu olrh doktor dengan beberapa kaedah dan ubat, agar selepas itu proses kelahiaran yang normal (dengan rahem mengecut) dapat dapat bermula. Tujuan proses induksi kelahiran ini, agar bayi yang masih dalam rahem cepat dikeluar setelah ia matang (lebih 38 minggu) dan mengelakkannya daripada mengalami masalah. Dengan itu pembedahan ceserean secara tiba-tiba (emergency) ... Read More »

jangkitan kuman paru-paru di kalangan bayi

JANGKITAN KUMAN PARU-PARU DI KALANGAN BAYI     “Doktor apakah tanda jangkitan paru-paru pada bayi 1 tahun 8 bulan?. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   United Nations Children’s Fund (UNICEF) telah membuat anggaran bahawa penyakit jangkitan kuma di paru-paru (pneumonia) di kalangan kanak-kanak telah membunuh kira-kira 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun.   Ini bermakna jangkitan penyakit ini sangat bahaya.   Kematian ini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik paru-paru akibat kelahiran pra-matang, penyakit jantung semenjak lahir (kongenital), dan kanak-kanak yang mengalami daya  tahan yang rendah (immunosuppression).   Walaupun kebanyakan kematian berlaku di negara-negara yang miskin, tetapi ia masih menjadi punca utama kematian kanak-kanak bawah lima tahun , di negara membangun dan negara maju.   Kanak-kanak dan bayi yang berusia kurang ... Read More »

misteri sakit dan belakang rupanya jarum acupuncture yang tertinggal

MISTERI SAKIT DADA RUPANYA JARUM APUPUNCTURE YANG TERTINGGAL   Seorang lelaki China, Xu Long berusia 60 tahun berasal dari Jiujian, terletak di tenggara Wilayah Jiangxi, China, mulanya mengalami rasa sakit bahagian dada dan belakang.   Doktor hanya menyatakan ia adalah “sakit biasa” disedbabkan usia yang semiakin meningkat.   Namun apabila dia telah tidak tahan mengalami kesakitan, doctor telah melakukan xray dan dan CTscan, dan mendapati ada “bendasing logam” di dalam abdomennya.     Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan bendasing itu dan doctor terperanjat apabila mendapati bendasing itu adalah jarum acupuncture yang patah.   Akhirnya baru beliau teringat yang beliau ketika berada di dalam tentera, menjalani rawatan acupuncture pada tahun 1974 kerana mengalami sakit perut selama dua hari dan dua malam.   Selepas rawatan itu sakit sakit perutny nya hilang.   Setelah ... Read More »

najis terapung

NAJIS TERAPUNG “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya perhatikan najis saya tidak tenggelam dlm mangkuk jamban. Apa penyakit dan sebab-sebabnya..?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Najis yang dikeluarkan dari system penghadaman , bergantung kepada apa yang kita makan. Apa yang kita makan, itu yang kita keluarkan. Namun ada beberapa penyakit yang menyebabkan penghadaman kita terganggu dan menyebabkan najis kita menjadi tidak normal.   Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur.   Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil. Najis yang biasa selalunya berbentuk semisolid dan diselaputi oleh lendiran mucous. Sama ada najis itu terapung atau tenggelam, bergantung pada komposisi najis itu sendiri.   Najis yang terapung mungkin ... Read More »

kesan sampingan ubat antacid

KESAN SAMPINGAN UBAT ANTACID   “Salam doctor. Saya sering mengalami pedih perut terutama pada waktu malam. Jadi saya ada stok beberapa jenis ubat gastrik seperti Gelusil dan MMT dalam petiais. Apakah kesan sampingan ubat itu jika saya kerap mengambilnya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua ubat yang diambil secara berlebihan akan memberikan kesan sampingan. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi dan pantauan dari doctor.   Ubat antacid tidak terlepas dari masalah ini.   Antara kesan sampingannya ialah:   Antasid boleh menyebabkan masalah ‘gastrik’yang dialami bertambah teruk jika digunakan dalam jangka masa yang lama dan tidak mengikut aturan akibat fenomena “dose-dependent rebound hyperacidity”. Walaupun ia jarang berlaku, namun ia boleh berlaku pada sesetengah pesakit. Ia juga boleh menyebabkan fenomena “milk-alkali syndrome” di mana kadar penyerapan ... Read More »

tabiat makan rambut sehingga perut tersumbat

TABIAT MAKAN RAMBUT SEHINGGA PERUT TERSUMBAT  Seorang remaja bernama Ayperi Alekseeva, 18, telah dimasukkan ke Hospital Bishkek di ibu negara Kyrgyzstan, Bishkek, selepas tidak mampu lagi untuk makan atau minum.   Para doctor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan setelah memerik beliau dan melakukan beberapa ujian xray.   Mereka terkejut apabila mendapati dalam perut gadis itu ada 4 kg gulungan serat gergasi menyekat sistem pencernaan beliau.   Gadis itu yang mempunyai tabiat yang pelik mengunyah hujung rambutnya, dan makan rambut beliau yang dijumpai di permaidan.   Ibu bapa gadis ini hanya membawanya ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan, dan dia tidak boleh makan dan minum apa-apa. Read More »

hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik

HAMIL LENDIRAN DARAH DI MULUT SELEPAS MAKAN ANTACID UNTUK GASTRIK Assalammualaikum doctor. Saya hamil 12 minggu dan sering diserang gastrik yang teruk. Semalam saya kena serangan gastrik lagi. Kemudian saya ambil pil antacid, tetapi bila bangun pagi ini ada keluar lendiran berwarna merah. Adakah kesan dari pengambilan pil itu? Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Lendiran berwarna merah, (berkemungkinan darah) sangat berbeza dengan muntah darah atau batuk berdarah.   Muntah darah selalunya seseorang itu akan betul-betul muntah, dan isi muntahan itu mengandungi campuran makanan yang dimakan, dan darah yang berketul. Darah itu berasal dari perut.   Sementara batuk berdarah, berlaku apabila seseorang itu batuk dengan kuat, dan darah itu berasal dari paru-paru. Lendiran berdarah selalunya disebabkan luka kecil di sepanjang sistem penghadaman ... Read More »

Berapa lama susu ibu boleh bertahan

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN?     “Salam doctor. Semoga dr berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.  Saya mahu bertanyakan, berapakah tempoh hayat sebenar bagi susu ibu yang diperah dan disimpan dalam deep freezer? Adakah benar-benar tempoh maksimum hanya sehingga 6 bulan? Atau masih boleh digunakan setelah tempoh 6 bulan?. Ini kerana saya menghasilkan susu sebanyak lebih kurang 50-60 oz sehari, maka masih terdapat susu yang telah melebihi tempoh tersebut yang masih belum dgunakan. Saya juga telah mencuba susu tersebut  & mendapati rasanya sama sahaja dengan susu-susu  yang masih belum tamat tmpohnya. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Berapa lama susu ibu dapat bertahan, bergantung kepada bagaimana dan di mana susu ibu itu disimpan.   Selalunya, susu ibu kekal segar pada suhu bilik (60-85 darjah Fahrenheit) selama ... Read More »

kesan sampingan makan ubat pencair darah aspirin

KESAN SAMPINGAN MAKAN UBAT PENCAIR DARAH ASPIRIN   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkaitan keadaan suami saya. Beliau menjalani prosuder jantung dan diberikan ubat aspirin. Alhamdulillah beliau beransur sembuh, cuma beliau mengalami alergi yang agak teruk seperti ruam merah dan kulit ditapak tangan, jari dan kedua belah kaki beliau mengelupas sehinggakan lapisan pertama kulit hilang sama sekali. Semasa merujuk kepada hospital kerajaan di sini doktor telah memberikan jenis ubat alergi iaitu clartyne. Mohon pencerhan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat aspirin selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat di tahap sederhana. Ubat-ubat lain seperti warfarin hanya diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat sehingga boleh menyebabkan pembekuan darah sehingga boleh kepada diri.   Jadi aspirin adalah ubat yang agak biasa diberikan kepada pesakit. Dahulu, sebelum ... Read More »

kenapa bayi tidak dibenarkan pulang ke rumah?

KENAPA BAYI TIDAK DIBENARKAN PULANG KE RUMAH?       Salam Dr, kakak saya baru melahirkan seorang bayi, namun bayi tersebut dilahirkan  3 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka disebabkan kakak saya mempunyai masalah air mentuban yang sikit. Bayi telah dimasukkan ke NICU setelah dilahirkan disebabkan darah merahnya terlalu pekat. Doktor telah melarang kakak saya untuk menyusukan bayinya, namun pihak hospital telah memberikan susu ‘khas’ (mungkin susu formula, saya tak pasti). Setelah diberi susu tersebut, bayi kakak saya muntah. Setelah diberi susu ‘khas’ selama 2 hari, bayi masih lagi muntah, jadi doktor cakap bayi kakak saya mungkin mmpunyai masalah dalam perut kerana masih muntah. Jadi mereka terpaksa menahan bayi kakak saya untuk seminggu lagi untuk mengetahui punca muntah tersebut. Jadi, saya ingin bertanya kepada Dr, apakah yang menyebabkan keadaan ... Read More »

Pesakit diabetes perlu bersedia sebelum hamil

PESAKIT DIABETES PERLU BERSEDIA SEBELUM  HAMIL     “Salam doctor. Saya seorang pesakit diabetes, berusia 28 tahun. Saya menggunakan daonil 10mg dua kali sehari. Semenjak kelahiran pertama, kandungan gula saya agak tinggi dan akhirnya doctor memberitahu bahawa saya mengalami penyakit diabetes. Sebelum itu saya tidak mempunyai penyakit ini. Dua minggu lepas, sepupu saya juga pesakit diabetes telah koma ketika melahirkan anak beliau. Doktor mengesahkan bahaya ia disebabkan komplikasi diabetes. Saya amat risau tetapi dalam masa yang sama ingin mempunyai anak lagi. Anak pertama say telah meninggal dunia akibat masalah pneumonia setelah 3 bulan dilahirkan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kehamilan di kalangan pesakit diabetes tidak akan menjadikan mereka berada dalam keadaan yang berbahaya jika mereka melakukan persediaan dan dapat mengawal penyakit mereka dengan melakukan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!