Advertorial
Home » Tag Archives: keresahan

Tag Archives: keresahan

Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif

  Pemakanan yang bernutrisi sangat baik untuk anak-anak. Pemakanan yang bernutrisi bermakna makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang. Ia saja ia dapat menghalang masalah jantung dan kanser apabila mereka besar nanti, tetapi dapat merangsang otak anak-anak.   Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang bernutrisi akan menggalakkan kesuburan otak, mengurangkan stres dan gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka.   Bagi kanak-kanak yang hiperaktif (ADHD), selain memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan hospital, pemakanan yang baik juga membantu kanak-kanak ini.   Berikan omega 3 setiap hari selama enam bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dan mereka dapat melengkapkan kerja serta meningkatkan prestasi akademik.   Kanak-kanak juga harus dielakkan dari memberikan makanan ringan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, pada tahun 2009, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ... Read More »

Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas

      “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa. Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang awam lebih suka menyebutnya sebagai ‘sawan gila babi’. Dalam kes rakan puan, penyakit beliau dinamakan sebagai ‘nonepileptic seizure’ hanya melibatkan aktiviti pemikiran mental beliau saja, dan tidak melibatkan saraf pada otot anggota. Jadi ... Read More »

Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”

Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita. Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka. ”Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat penenang Xanax. Doktor mengatakan saya mengalami axiety attactk. Ini mungkin disebabkan saya mengalami stress akibat ujian dari Allah. Ia adalah tempoh yg paling kritikal utk saya. Mak saya mengalami batuk ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!