Advertorial
Home » Tag Archives: kerap kencing

Tag Archives: kerap kencing

Adakah saya hamil?

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera.  Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda.   Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil.   Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound.   Masalah yang seperti puan rasakan hanya tanda-tanda yang menunjukkan puan MUNGKIN hamil saja.   Beberapa jenis penyakit ... Read More »

Ural Sachets

    Ia adalah serbuk yang dibancuhkan ke dalam air, mengandungi Citric acid anhydrous 0.72g; tartaric acid 0.89g; sodium bicarbonate 1.76g; sodium citrate anhydrous 0.63g per 4g sachet.   Boleh mencubanya jika mengalami rasa sakit ketika kencing, rasa tidak puas kencing, rasa selalu mahu kencing, rasa tidak selesa di bahagian ari-ari. Ural digunakan untuk air kencing  menjadi alkali, bagi  merawat  jangkitan kuman.   Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, satu atau dua sachet boleh dicampurkan dengan segelas air mineral, dan diminum 3-4 kali sehari. Selepas tiga hari, masih tidak sembuh berjumpalah doctor. Bagi pesakit kronik seperti diabetes mellitus, wanita hamil dan menyusukan anak harus terus berjumpa doctor sebelum menggunakannya.   Ketika menggunakan uabat ini elakkan meminum minuman yang mengandungi   caffeine, jus limau atau makanan yang pedas. ... Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!