Advertorial
Home » Tag Archives: kepala

Tag Archives: kepala

anak dilanggar motor

ANAK DILANGGAR MOTOR                                                                                                                        (GAMBAR HIASAN)   Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah 3x saje then doc bagi balik . Masalah nye doc bila balik rumah makin je muntah mkn je muntah tapi jadi waktu pagi je bila ptg die ok aktif main ... Read More »

air dapat merawat migraine

AIR YANG DIMINUM DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAINE “salam doctor. Saya adalah penghidap migraine yang kuat dan kerap. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengalam sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Saya sering mengambil MC untuk berehat di rumah. Selain dari ubat-ubatan, apakah yang say perlu lakukan untuk mengurangkan sakit kepala saya. Mohon nasihat, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sakit kepala migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan rasa mual dan muntah . Sesetengah pesakit menjadi sangat sensitif  terhadap cahaya dan bunyi bising.   Kebanyakan pesakit akan merasa sakit pada sebahagian kepala, dan biasanya ia berulang.   Sebahagian pesakit migraine mengalami  tanda-tanda awal sebelum mengalami sakit kepala yang teruk, dinamakan “aura” seperti  gangguan penglihatan,  atau rasa gangguan keseimbangan.   Banyak punca yang menyebabkan ... Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK     “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku.   Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling.   Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai psoriasis, ia mempunyai risiko sebanyak 15% -25% untuk mendapat psoriasis juga. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai psoriasis, ... Read More »

Bimbang anak jatuh dari katil

“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa.  Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.”  WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang berada di lantai dan posisi anak ketika dia jatuh. Tanda-tanda kecederaan otak ialah ialah muntah, badan letih dan tidak sedarkan diri. Jika tiada tanda seperti itu selalunya tiada kecederaan dan ... Read More »

Infectiosum erythema ruam, demam rendah

  Infectiosum erythema, atau “fifth disease” adalah penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak akibat jangkitan virus Parvovirus B19. Jangkitan boleh menyebabkan ruam pada tubuh dan muka.   Ia bermula apabila kanak-kanak itu mengadu sakit kepala, demam yang rendah, dan hidung selsema dan berair 2-3 hari sebelum bermulanya ruam. Kanak-kanak ini akan pulih secara spontan tanpa rawatan, pastikan minum air secukupnya , insha ALLAH. Read More »

Lupa mungkin tanda penyakit bahaya

    “Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah lupa’ adakalanya suatu yang normal. Lebih-lebih lagi jika saudara telah melakukan pemeriksaan, dan doctor telah mengesahkan bahawa saudara tidak mengalami masalah yang serius.   Masalah ‘mudah lupa’ ... Read More »

Bayi Jatuh Dari Katil

“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi. Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil. Namun begitu tidak semua keadaan menyebabkan bahaya yang serius. Selalunya hanya terdapat lebam dan bengkak saja pada kepala atau anggota lain pada bayi. Namun jika ada tanda-tanda berikut, perlu membawa anak berjumpa doktor ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Lelaki Gugur Rambut Awal mudah kena Kanser Prostat

  Masalah rambut gugur  pada usia awal 20an boleh dikaitkan dengan penyakit kanser prostat.   Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Philippe Giraud, dari Hospital European Georges Pompidon di Paris pada tahun 2004, mendapati lelaki yang mengalami tanda keguguran rambut pada usia 20 lebih mudah mengidap masalah  kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang mengalami keguguran rambutnya pada usia 30-an atau 40-an.   Ini kerana keguguran rambut dikaitkan dengan masalah hormone lelaki androgen yang terlalu banyak, sehingga boleh merangsangkan  kanser prostat.   Hasil penyelidikan dipersetujui oleh Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City Amerika Syarikat.   Selain dari masalah keguguran rambut, kanser prostat juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Ini bermakna lelaki yang mempunyai bapa saudara, bapa atau ... Read More »

Hydrocephalus

Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini adalah takdir ALLAH. Jika bayi ini pergi, relakanlah pemergian mereka kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi-bayi seperti ini dan ibubapa mereka. Sesungguhnya kita adalah hak ALLAH. Read More »

Merawat kutu di kepala anak.

    Saya sudah lama tidak melihat kutu, apatah lagi mendapat pesakit yang mengalami jangkitan kutu  di kepala.   Namun baru-baru itu seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibubapa mereka kerana sering gatal kepala. Mereka telah mencuba pelbagai shampoo untuk mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh anak mereka.   Bila saya memeriksa rupanya terdapat banyak kutu dan telur kutu di pangkal rambutnya.   Kutu kepala sebenarnya adalah serangga parasite kecil yang menghisap darah dari kulit kepala manusia. Ia tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat.   Ramai kanak-kanak dijangkiti oleh kutu kepala tanpa disedari oleh ibubapa mereka kerana ia sukar dikesan.   Walau bagaimana pun kegatalan kepala bukanlah tanda utama seorang kanak-kanak itu dijangkiti kutu kepala kerana tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti kutu mengadu mengalami kegatalan di kepala. Kutu kepala boleh hidup ... Read More »

Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara.   Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja.   Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur.   Apakah saya mengalami darah beku ada dalam rahim atau adakah rahem saya tersumbat? Adakah akibat kemalangan itu, rahem saya menjadi jatuh atau terbalik?   Adakah ia boleh dirawat? Buntu saya memikirkan nya. Saya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!