Advertorial
Home » Tag Archives: Kementerian kesihatan Malaysia

Tag Archives: Kementerian kesihatan Malaysia

Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.

    Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid.  Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid  ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta.   Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput.   Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut.   Ubat itu dipercayai dicampur dengan steroid bagi mendapat kelegaan cepat. Mengambil ubat tanpa kawalan dalam waktu yang lama menyebabkan beliau mengalami kereputan tulang.   Namun begitu ... Read More »

Tiada sekatan penjualan mesin urut

  Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sudah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya. “Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut,” katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan sudah membuat kajian terhadap penggunaan mesin urut berikutan ada yang mendakwa getaran mesin berkenaan boleh mengakibatkan penyakit saraf dan tulang belakang. Dr Hilmi berkata, pendaftaran mesin urut yang dijual di negara ini adalah ... Read More »

Produk Figure-Up dicemari Sibutramine

  BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mei 2013. – Kementerian Kesihatan Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama ‘Figure-Up’ daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan. Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan. Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut, dari itu, sebarang pengimportan dan penjualannya adalah dilarang di ... Read More »

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak

Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila  saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”.   Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria.   Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.   Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010berbanding dengan tahun 2002 .   Walau bagaimana pun preskripsi untuk antibiotic yang dikeluarkan untuk bayi dan kanak-kanak masih lagi tinggi. Hampir 25% preskripsi yang dikeluarkan untuk mereka adalah antibiotic dan ubat antibiotic amoxicillin adalah ... Read More »

Zithromax boleh memudaratkan?

Baru-baru ini masyarakat perubatan dikejutkan pula dengan berita mengenai isu keselamatan mengenai ubat antibiotik  Azitromycin atau nama yang biasa digunakan ialah zithromax, yang biasa digunakan di klinik dan hospital.   Dalam laporan itu, mengatakan bahawa antibiotik tersebut telah meningkatkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau stroke.   Namun begitu ramai ahli santis yang mengkritik laporan ini dan mengatakan bahawa laporan ini tidak cukup sahih dan risiko untuk berlakunya serangan sakit jantung dan stroke bagi pesakit yang mengambil zitromax adalah rendah.   Sebelum ini, antibiotik zithromax dianggap sebagai ubat antibiotik yang paling selamat dibandingkan dengan beberapa ubat antibiotic lain yang berada dalam kumpulan macrolide yang sama.   Dalam laporan yang diterbitkan itu memberitahu bahawa rawatan lima hari dengan ubat antibiotik azithromycin (Zithromax) ini akan meningkatkan sedikit risiko kematian berbandingan dengan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!