Advertorial
Home » Tag Archives: kembung perut

Tag Archives: kembung perut

Jangkitan Rotavirus mudah berlaku di TASKA

  Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, sehingga menyebabkan kematian.   Apabila berlaku wabak jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-berit, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.   Vaksin rotavirus adalah antara langkah pencegahan yang paling berkesan dan selamat.   Ramai doctor yang menyarankan agar suntikan vaksin diberikan kepada bayi dan kanak-kanak, namun saya mengharapkan ibubapa menimbangkan keperluan suntikan itu terutama pada bayi yang berumur enam bulan.   Boleh baca penulisan saya di http://drzubaidi.com/blog/?p=2594   Cirit-birit tidak semestinya berpunca dari jangkitan rotavirus, ia boleh disebabkan jangkitan lain. Cuma kebanyakan jangkitan cirit-berit disebabkan jangkitan rotavirus. Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana pesakit akan menunjukkan tanda-tanda yang sama.   Bayi dan kanak-kanak itu ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Kenapa Bayi Saya Kerap Muntah?

  “Salam doctor, saya mempunyai masalah di mana bayi saya berumur 4 bulan mengalami muntah yang agak kerap. Beliau juga mudah mengalami kekembungan perut.  Bayi saya seolah-olah tidak berminat dengan susu yang diberikan dan hanya menyusu ketika hendak tidur. Ini menyebabkan berat badan anak saya tidak bertambah, Perlukah saya memberikan susu yang khas untuk beliau? Apa nasihat doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Saya memahami keresahan puan. Saya juga sering menerima pesakit (bayi) yang dibawa oleh ibubapa kerana mengalami muntah.   Masalah ini sangat membimbangkan ibubapa. Apa yang perlu diketahui sama ada masalah muntah ini adalah sesuatu yang serius dan perlu tindakan segera atau hanya sesuatu yang biasa berlaku dan tidak memberikan kemudaratan.   Banyak punca masalah muntah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sebab utama adalah adalah disebabkan oleh ... Read More »

Keluar tompokan darah selepas menggunakan EKF

      Assalamualaikum doc. Sy telah menggunakan ekf selama 20 hari. Sebelum kahwin period sy teratur.lepas 2,3 bulan berkahwin, sy x dtg haid selama 3 bulan.doc d klinik yg sy pegi bg sy ubat hormon, lpas seminggu lbih sy kluar haid slama 4 hari…tp malangnya, bulan seterusnya x dtg haid dah. So, sy tryla ekf. Spjg mkn ekf, ada sekali kluar tompokan coklat berbau darah. Esok xde dah. Hari ke 20 ni pula kluar cairan putih jernih, perut sy kembung dan asyik buang angin, letih asyik nak tertidur. Apakah tanda period sy dh normal? Atau jangkitan d V sy?   Terima kasih, smoga doc dpt membalas dan mnjawab mslh saya.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Biar saya ringkas masalah yang puan hadapi. 1.Puan mengalami masalah ... Read More »

Hindari Alahan Protein Susu

Ramai ibu yang bekerja mengalami dilemma memberikan anak mereka susu formula atau susu tepung berasaskan susu lembu. Sebaik saja tamat cuti bersalin, mereka mencari-cari susu yang terbaik untuk anak-anak mereka. “Susu yang mahal tidak semestinya susu yang terbaik..” jelas saya kepada seorang ibu. Dia kelihatan keliru dengan penjelasan saya. “Susu ibu adalah susu yang paling murah dan susu yang paling baik” Kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke bawah amat memerlukan susu sebagai diet utama mereka, bagi membantu menyokong perkembangan fizikal dan mental terutama otak mereka sebelum meningkat dewasa. Ia seperti menyiapkan pembentukan hardware bagi sebuah computer bagi memastikan semua software dapat di’download’ apabila mereka belajar di sekolah kelak. Namun begitu selain memberikan susu formula untuk anak-anak, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum diberikan pada anak. “Anak saya mengalami ... Read More »

Penggunaan ubat Smecta dalam ceret beret

  Ceret-beret atau diarrhoea adalah antara yang masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan bayi. Gejala yang biasa diadukan oleh penajaga atau ibubapa ialah bayi atau kanak-kanak membuang air besar yang kerap dan cair, ada kalanya bercampur dengan lendir dan darah, dan kembung perut.   Dalam kes yang agak serius ibubapa dan penjaga mengadu anak mereka mengalami demam, sakit perut, muntah dan tidak boleh makan atau minum.   Tanda-tanda yang lebih teruk ialah apabila gejala yang dihadapi oleh bayi atau kanak-kanak berlangsung melebihi 48 jam, dan mereka tidak lagi aktif.   Banyak punca ceret beret di kalangan kanak-kanak dan bayi. Ia kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan, iaitu jangkitan kuman melalui makanan, sama ada virus atau bakteria.   Ada kalanya ceret beret disebabkan oleh makanan tertentu seperti susu dan produk susu, ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan dan suplemen. Lebih 1,500 tahun orang ... Read More »

Keperluan Vaksin Rotavirus

Jangkitan rotavirus  adalah penyebab utama bagi gejala cirit-birit yang serius di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Cirit-birit yang disebabkan oleh virus ini boleh menyebabkan demam, muntah, kekurangan air (dehidrasi) dan boleh menyebabkan kematian. Ia mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain hanya dengan sentuhan. Penjagaan kebersihan sahaja tidak mencukupi bagi mengawal jangkitan rotavirus ini. Vaksin rotavirus adalah salah satu cara terbaik bagi mencegah jangkitan ini. Kebanyakan bayi yang diberikan vaksin ini tidak mengalami cirit-birit akibat jangkitan rotavirus di mana ia menyebabkan dehirasi yang serius dan kematian. Menurut statistik di U.S. Centers for Disease Control (CDC), sebelum vaksin ini diperkenalkan pada tahun 2006, kebanyakan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun mengalami gejala cirit-birit akibat jangkitan rotavirus. Rotavirus telah menyebabkan lebih 400,000 kes yang dirawat di klinik, lebih 200,000 yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!