Advertorial
Home » Tag Archives: kemandulan

Tag Archives: kemandulan

Pendarahan Haid yang banyak dan tidak menentu

  “Assalamu alaikum, saya  berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.”   Wa alaikum mus salam.   Cara terbaik bagi masalah puan yang mengalami masalah kitaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal.   Doktor bertanyakan tentang sejarah perubatan puan sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan kitaran haid yang puan alami. Selepas ini doctor akan melakukan beberapapemerksaan dan ujian.   Oleh kerana puan kehilangan darah yang banyak, doctor akan melakukan ujian untuk memantau aras hemoglobin (sel darah merah) dalam badan. Jika ... Read More »

Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan

Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (liver disease), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini. Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk liver function test, bagi memastikan fungsi hati pesakit dalam keadaan normal dan toksik dari perkumuhan hormone ini dapat dibuang dengan selamat. “Doktor, saya datang sebab mahu meneruskan suntikan pencegahan kehamilan. ... Read More »

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita itu tidak mengancam nyawanya namun kehamilannya mungkin menyebabkan dirinya bertambah sakit (akibat penyakit yang sedia ada). Banyak lagi perdebatan dan hujah yang dikongsikan para ulamak dalam hal ini. Saya tidak ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!