Advertorial
Home » Tag Archives: kemaluan

Tag Archives: kemaluan

Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami

LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI     “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Lendiran faraj biasanya dikeluarkan apabila ... Read More »

Kesan mengambil Pil Perancang Kehamilan

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang mencadangkan pengambilan pil perancang kehamilan sebagai sebagai rawatan untuk membetulkan kitaran haid yang tidak menentu.   Walau bagaimana pun pil perancangan kehamilan ini adalah sebahagian dari rawatan hormone. Ia harus diberikan ... Read More »

KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

  “ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj.   Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.     Lendiran yang melekit, berbau dan menyebabkan kegatalan akan menyebabkan puan akan merasa tidak selesa.   Selalunya jika puan sihat dan tidak mengalami penyakit yang ... Read More »

Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?

    “Assalamu alaikum, doktor.  Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi.   Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan  pemeriksaan doctor.   Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan.   Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia dapat dilihat  pada faraj, sebagai satu bentuk daging yang menonjol keluar dari pintu kemaluan.   Jadi mustahil jika seorang bidan dapat memberitahu seorang wanita mengalami ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!