Advertorial
Home » Tag Archives: kelamin

Tag Archives: kelamin

Penyakit Kelamin

PENYAKIT KELAMIN     “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi  jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan?  Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea.   Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti.   Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan banyak keputihan, selagi dia tidak dijangkiti kuman penyakit kelamin, dia tidak dapat menjangkiti orang lain.     Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari ... Read More »

Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan  belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan.   Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung.   Keputihan yang berlaku boleh jadi disebabkan oleh jangkitan penyakit kelamin pada saluran fallopian puan sehingga menyebabkannya tersumbat.   Jadi kesukaran puan untuk hamil mungkin disebabkan oleh saluran fallopian yang tersumbat akibat jangkitan ... Read More »

Alah pada air mani suami

  “Assalamu alaikum doktor, saya sering mengalami masalah setiap kali apabila selepas bersama suami, saya mengalami rasa pedih dan terbakar pada alat sulit saya.  Doktor yang memeriksa mengatakan bahawa saya mengalami alahan pada air mani suami. Rasa pedih dan terbakar berkurangan apabila saya memujuk suami menggunakan kondom. Benarkah saya mengalami alahan pada air mani suami?”   Wa alaikum mus salam. Saya rasa simpati dengan masalah yang puan hadapi. Ini merupakan ujian besar bagi puan bersama suami.   Kes seperti ini jarang berlaku. Ia disebabkan oleh seorang isteri sangat sensitif dan mengalami tindakbalas alahan  pada protein yang terdapat dalam air mani suami. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan berlakunya ketidaksuburan.   Tanda alahan pada air mani suami ialah mengalami rasa terbakar, kemerahan dan bengkak pada sekitar alat kelamin selepas mengadakan hubungan ... Read More »

Wanita Gemuk Sukar Hamil

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?” Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya ovulasi.     Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!