Advertorial
Home » Tag Archives: kecil

Tag Archives: kecil

Anak Tidak Mahu Menyusu Badan Lagi Sebab Puting Kecil

ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL “ Assalammualaikum Dr. Zubaidi,  saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy. Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran susu masih ada sehingga hari ke 6 bayi saya ada sedikit  kekuningan (jaundice). Oleh kerana  kekurangan susu badan saya memberi susu formula & disebabkan itu bayi saya tak mahu breast feed akibat puting saya yang kecil berbanding puting tiruan. Mohon doktor bantu saya utk breast feeding kerana dua anak yang ... Read More »

Jangkitan Hepatitis B ketika hamil

JANGKITAN  HEPATITIS  B  KETIKA  HAMIL     “Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis ... Read More »

Wanita Berhalkum

WANITA BERHALKUM   Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain. Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau. Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang menjadi ... Read More »

Pendarahan darah merah semasa pantang

PENDARAHAN DARAH MERAH SEMASA PANTANG   “Salam doctor, saya berumur 24tahun, bersalin normal kelahiran pertama dan sekarang saya berpantang pada hari ke 39. Jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32. Pada tempoh awal berpantang saya sembelit dan hanya dapat buang air besar selepas hari ke 20. Darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat. Pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan, dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana ke mari.   Keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil ... Read More »

Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung

KEMATIAN BAYI DALAM RAHEM DAN KEGUGURAN BERKAITAN DENGAN PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN   Wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran (miscarriage) dan kematian bayi dalam rahem (stillbirth) adalah penanda bagi wanita itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung pada masa hadapan.   Kajian ini telah diterbitkan dalam journal perubatan terkenal, Annals of Family Medicine.   Dalam kajian itu mereka mendapat risiko untuk mendapat penyakit jantung (coronary heart disease) adalah 27% lebih tinggi bagi wanita yang pernah mengalami keguguran atau kematian bayi dalam rahem berbanding dengan wanita yang tidak pernah mengalaminya.   Mereka juga mendapat sebanyak banyak kali ... Read More »

Tekanan darah tinggi ketika hamil

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan ... Read More »

Tekanan darah rendah ketika hamil

TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL   Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada ... Read More »

UPT kabur, bagaimana nak pastikan saya hamil

    ” Asalam doktor..saya ada buat upt siang hari tadi..result nye line yg ke dua tu kabur..lepas tu malam tadi saya tengok balik pregnancy test tu line ke dua nampak terang..saya pregnant ke doktor? Mohon pencerahan dan terima kasih.. “   WA ALAIKUM MUS SALAM Mungkin puan melakukan ujian UPT terlalu awal. Cara terbaik melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid. Jika puan masih lagi tidak pasti, boleh lakukan: 1. Tunggu lagi dua minggu dan uji UPT semula. 2. ... Read More »

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar ... Read More »

Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

  “Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.   Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.   ... Read More »

DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT

“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu ... Read More »

Ambil Paracetamol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

“Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand. Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka ... Read More »

Bahaya Paracetamol

  “Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.   Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.   Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.   (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)   Malah ... Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula ... Read More »

Mengelakkan Gastrik pada Orang Berpuasa

Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu perlu diambil. 1. Elakkan makan secara banyak sekali gus. 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan. 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat cair darah aspirin, dan ubat tahan ... Read More »

Bahaya Ubat Penahan Sakit

“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri  selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua. Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan ... Read More »

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang ... Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.     Wa alaikum mus salam Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja ... Read More »

Rawatan untuk Keloid

  “Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa  panjang.   Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal.   Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi  memhentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. ... Read More »

Parut Buruk di Dada

“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor” WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara ... Read More »

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) ... Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami masalah ginjal segala ... Read More »

Rawatan Kehamilan Luar Rahem

Pembedahan dengan kaedah laparoscopy “Salam doktor.  Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada  kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.   Walaupun begitu, ... Read More »

Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?

“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana ... Read More »

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah ... Read More »

Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

    “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets.   Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit.   Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive ... Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!