Advertorial
Home » Tag Archives: kecemasan

Tag Archives: kecemasan

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA     “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doctor di Jabatan Kecemasan akan melakukan xray terutamanya di bahagian leher, jika difikirkan perlu, terutama apabila mangsa mengalami hentakan atau tercampak semasa kemalangan jalanraya itu.   Ini kerana kira-kira 5% daripada mangsa ... Read More »

Membantu pesakit dalam penerbangan

  Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan.   Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini.   Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada.   Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R.   Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan?   Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan yang melibatkan perubatan berlaku di atas kapalterbang, berlaku kira-kira 15 kali sehari.   Apabila berlaku kecemasan dalam penerbangan, kebanyakan doctor agak keberatan untuk membantu ... Read More »

Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

  Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan.   Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK.   Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh.   Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam ruang pembukaan yang biasanya terdapat di platform gelongsor.     Oleh itu saya mencadangkan agar ibu bapa memainkan peranan dengan mengawasi anak ketika mereka bermain.   Ibu bapa juga perlu ... Read More »

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

    “Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?”   Wa alaikum mus salam.   Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan.   Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol.     Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi kanak-kanak yang diketahui penyebab serangan asthma inhaler boleh digunakan bagi mengelakkan serangan asthma.   Sebagai contoh jika seorang kanak-kanak diketahui sering diserang asthma ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!