Advertorial
Home » Tag Archives: kecacatan

Tag Archives: kecacatan

Wanita hamil perlu mengelakkan mengambil produk haiwan terutama hati dalam pemakanan

  Bagi wanita hamil, saya mencadangkan mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan.   Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahem.   Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid.   Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.   Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.   Bagi wanita hamil, keperluan vitamin A yang disyorkan ialah 750 mg (2,500 IU ) dalam sehari.   Seorang wanita yang hamil tidak perlu mengambil ... Read More »

Dimarahi kerana kehamilan kembar

  “Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal.   Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan.   Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan melayan puan sebagai pekerja, dengan tidak membenarkan puan menjalani pemeriksaan prenatal terutama ketika puan sedang hamil kembar.   Ini kerana semua kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko ... Read More »

Rubella dan Kehamilan

  Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella.   Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ”   Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini.   Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah kulit yang tidak serius. Namun jika seorang wanita hamil dan dijangkiti Rubella, maka virus ini akan menyerang janin dalam kandungan.   Jika puan dijangkiti virus Rubella, ... Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

    Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress.   Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim.   Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil.   Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula.   Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini mengalami diabetes akan meningkat apabila berusia 35 tahun ke atas.   Doktor akan melakukan ujian untuk mendiagnosis seorang wanita yang hamil mengalami diabetes pada usia kehamilan selepas 20 minggu, dengan menggunakan ... Read More »

Hydrocephalus

Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini adalah takdir ALLAH. Jika bayi ini pergi, relakanlah pemergian mereka kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi-bayi seperti ini dan ibubapa mereka. Sesungguhnya kita adalah hak ALLAH. Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji.   Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair synovium yang memudahkan pergerakan sendi.   Sendi boleh menjadi rosak disebabkan oleh penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis , avascular necrosis atau kecacatan dari lahir.   ... Read More »

Mengambil antibiotics ketika hamil

    Saya selalu memberikan nasihat agar berhati-hati terhadap penggunaan antibiotic di kalangan bayi dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang hamil? Adakah ia selamat digunakan oleh ibu yang hamil dan bayi dalam rahem?   Antibiotik selalu diberikan kepada wanita hamil yang mengalami jangkitan kuman. Ia tidak diberikan kepada jangkitan virus atau jangkitan fungal. Oleh itu penggunaan antibiotic yang berhati-hati tidak memudaratkan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem.   Adakah wanita hamil yang dijangkiti meninggalkan penggunaan antibiotic adalah langkah yang bijak?   Seorang wanita sedang sakit dan memerlukan antibiotic untuk sembuh, perlu mengambil rawatan antibiotic. Tidak semua rawatan antibiotic merbahaya, ia bergantung kepada jenis ubat  antibiotic itu, berapa jumlah dos yang diambil dan berapa usia kehamilan ketika ia diambil. Jika manfaat lebih banyak dari kemudaratan, maka mengambil antibiotic ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Scroll To Top