Advertorial
Home » Tag Archives: kapsul

Tag Archives: kapsul

HALALKAN MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?

HALALKAN MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?   Salam doc. Saya mahu bertanya. Multivitamin di farmasi halalkah untuk di konsumsi bagi muslim? Terima kasih.     Walaikumusalam.   Oleh kerana kebanyakan vitamin adalah berbentuk kapsul, ia menjadi sesuatu yang meragukan kerana kapsul dibuat dari gelatin yang bersumberkan dari tulang haiwan.   Persoalannya adalah haiwan itu adalah haiwan yang halal dimakan? Kedua adalah haiwan itu disembelih dengan betul?   Saya mencadangkanlihat pada botol dan cari tanda HALAL yang diiktiraf.   Jika buatan luar negeri, ada beberapa badan berautoriti yang mengawal tanda HALAL yang diiktiraf oleh kerjaan Malaysia.   Semoga bermanfaat. Read More »

Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat

    “As salamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara ubat dengan suplemen? Adakah produk suplemen yang dijual di pasaran boleh merawat penyakit? Adakah suplemen selamat digunakan? Mohon pencerahan”   Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary supplement) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, sama ada dalam bentuk vitamin, mineral , herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini.   Ia dipasarkan dalam bentuk pil , kapsul , tablet, atau bentuk cecair. Perlu diingat ia hanya menambah keperluan pemakanan dan dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk makanan.     Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat terbuka, sama ada boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan, kedai runcit , farmasi, di Internet, dan melalui pos.   Masyarakat telah menggunakan bahan-bahan aktif dalam produk suplemen atau makanan tambahan ... Read More »

Suntikan Pethidine untuk sakit kronik

    “Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala.  Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan”   Wa alaikum mus salam.   Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan.   Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit.   Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit memerlukan dos yang semakin tinggi, selain boleh menyebabkan masalah ketagihan.   Kesan sampingan yang lain ialah: 1. masalah penghadaman seperti rasa loya, muntah, sembelit ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!