Advertorial
Home » Tag Archives: kanser payudara

Tag Archives: kanser payudara

Ketulan Fibroadenoma pada payudara

    “As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah  ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya percaya ketulan pada payudara kiri saudari hanya ketulan fibroadenoma yang tidak berbahaya dan menyebabkan kanser payudara.   Jika kanser payudara, selalunya dalam masa enam bulan saja, ... Read More »

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

    Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka.   Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.   Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja.   Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung.   Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang.   Ramai wanita yang mengadu sakit di bawah dada atau rasa tidak selesa di hulu hati atau ketat pada bahagian dada, didiagnosa sebagai penyakit ... Read More »

Masalah Payudara Berlebihan

Masalah Payudara Berlebihan

‘Malu bertanya akan sesat jalan’ itulah pepatah Melayu yang masih relevan sehingga kini. Harus juga bertanya pada mereka yang ahlinya. “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43) Perkara yang berkaitan dengan Islam, tentulah ditanyakan kepada ulama atau paling kurang ustaz yang bertahun-tahun belajar membuka kitab di Asia Barat. Kalau perkara sains, tanyakanlah kepada ahli saintis atau doktor yang mengkaji sesuatu isu atau fenomena. Saya pernah ditanyakan tentang penyakit ‘susu kucing’ pada  wanita. Apabila saya bertanya dari mana istilah ‘susu kucing’ ini datang, dia hanya menjawab dari seorang wanita tua merangkap tukang urut. Malah bidan itu mengatakan bahawa wanita yang bermasalah itu sebenarnya mengalami saka kucing diturunkan oleh neneknya, melalui ibunya. Astaghfirullah.. saya mengurutkan dada. Apabila bertanyakan kepada seorang yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!