Advertorial
Home » Tag Archives: kalori

Tag Archives: kalori

BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019   Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.   Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.   Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.   Jika mereka ingin melakukan puasa atau Intermittent Fasting, ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka terutama yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti orang yang bekerja di pejabat selama ... Read More »

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

  “Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam.   Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka.   Ini boleh membawa kepada masalah sembelit.   Menurut Akademi Pediatrik Amerika, di dalam Panduan mereka untuk “Pemakanan Anak Anda”, mencadangkan “pengambilan harian serat untuk seseorang ... Read More »

Aspartame Berbahaya?

  “Salam, doctor. Saya ingin bertanya adakah aspartame yang terdapat dalam pemanis tiruan itu boleh menyebabkan kanser otak seperti mana tuduhan dalam internet?”   Wa alaikum mus salam.   Isu ini telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak. Rujuk : Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title: “NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page 430–439.   Jawapan mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara aspartame dan mana-mana kanser. Rujuk: Butchko, H; Stargel, WW; ... Read More »

Bahayakah Pemanis Tiruan?

    “Salam doctor, saya ada soalan berkenaan dengan pemanis tiruan, memandangkan saya sedang berdiet, jadi saya cuba mengelak gula dalam keperluan tubuh saya, tetapi pada masa yg sama saya menggantikan pemanis tiruan brand equal dalam minuman saya. Adakah pemanis ini akan memberi apa-apa kesan dalam tubuh saya sekiranya saya mengambilnya 1 sacshet sehari bagi menggantikan gula? mohon pencerahan. terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Equal adalah jenama pemanis tiruan mengandungi aspartame, dekstrosa dan maltodekstrin. Ia digunakan untuk mendapatkan rasa manis dalam minuman dan makanan tanpa mendapat kalori.   Isu tentang sama ada aspartame adalah bahan yang berbahaya atau tidak, telah menjadi perbincangan hebat semenjak tahun 1990an lagi.   Aspartame adalah bahan utama dalam pemanis tiruan, kira-kira 200 kali lebih manis daripada sukrosa, atau gula biasa. Oleh ini, aspartame ... Read More »

Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?

        “As salam mu alaikum doctor. Saya ingin bertanya bagaimana untuk meningkatkan berat badan bayi saya berusia 11 bulan. Beratnya hanya 6.8kg. Saya sudah beri dia makan bubur nasi. Dia masih masih menyusu badan dan campur susu formula. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan perasaan risau puan alami. Sememangnya pada umur 11 bulan dan mempunyai berat 6.8 kg, agak sedikit ketinggalan. Namun puan masih berpeluang untuk meningkatkan berat bayi puan.   Peningkatan berat bayi mengikut berat yang  sepatutnya amat penting bagi bayi kerana pertumbuhan otak berlaku dengan hebatnya sehingga anak puan berumur 3 tahun.   Banyak kajian menunjukkan bayi yang mempunyai berat badan dan tinggi yang setara dengan berat dan tinggi yang sepatutnya, mempunyai tahap IQ yang tinggi. Sebenarnya terdapat pelbagai punca ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!