Advertorial
Home » Tag Archives: k

Tag Archives: k

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

    Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini. ... Read More »

Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?

    “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.”     Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu.   Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat .   Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.   Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin dan makanan tambahan yang tidak sensitif dengan soal halal dan haram.   Antara isu yang perlu diperhatikan ialah masalah yang berkaiatan dengan:   Gelatin berasal dari haiwan babi atau binatag ... Read More »

Plantar Fascitis menyebabkan sakit tumit

Pesakit kerap datang berjumpa saya bertanyakan tentang kaki mereka yang bengkak dan sakit. Terlalu banyak sebab yang mungkin menyebabkan kedua-dua keadaan itu. Tidak adil bagi pesakit menyoal saya bertanyakan sebabnya tanpa membenarkan saya melakukan bebarapa ujian. Antara ujian yang biasa dilakukan ialah pemeriksaan darah, untuk mengesan diabetes mellitus, rheumatoid atau rheumatic disease (dua penyakit berbeza), gouty arhtritis dan beberapa masalah sendi dan sistemic yang baik. XRAY juga harus dilakukan untuk melihat kecacatan (deformity) struktur tulang atau lebihan serpihan tulang (spur) yang mungkin melekat pada mana-mana tulang kaki. Namun apa yang sering berlaku segala ujian-ujian yang dilakukan adalah negatif. Kemungkinan kerosakan berlaku pada ligament kaki yang dikenali sebagai ligament Plantar Fascia. Kerosakan ligament ini dinamakan Plantar Fascitis. Ianya adalah masalah yag biasa berlaku pada tumit kaki. Keadaan ini berlaku apabila ligament ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!