Advertorial
Home » Tag Archives: jenis

Tag Archives: jenis

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

  “Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.   Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap. Read More »

Hilangan ingatan selepas hubungan intim

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”   Wa alaikum mus salam.   Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, terutama jika sudah meningkat umur dan melakukan dengan perlakuan yang agak lasak.   Ia sering berlaku pada suami atau isteri, bergantung kepada masalah kesihatan yang dialaminya. Jika mengalami penyakit ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!