Advertorial
Home » Tag Archives: jatuh (page 3)

Tag Archives: jatuh

Kenyataan Rasmi Majlis Ulama ISMA (MUIS) berkenaan insiden MH 17

KENYATAAN RASMI MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BERKENAAN INSIDEN  MH 17     “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.”   (Al-Baqarah: 155-157)   Majlis Ulama ISMA (MUIS) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas insiden terhempasnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 pada 20 Ramadan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M.   Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga mengucapkan ... Read More »

Bimbang anak jatuh dari katil

“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa.  Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.”  WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang berada di lantai dan posisi anak ketika dia jatuh. Tanda-tanda kecederaan otak ialah ialah muntah, badan letih dan tidak sedarkan diri. Jika tiada tanda seperti itu selalunya tiada kecederaan dan ... Read More »

Bayi Jatuh Dari Katil

“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi. Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil. Namun begitu tidak semua keadaan menyebabkan bahaya yang serius. Selalunya hanya terdapat lebam dan bengkak saja pada kepala atau anggota lain pada bayi. Namun jika ada tanda-tanda berikut, perlu membawa anak berjumpa doktor ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Makanan yang tidak baik diambil ketika menyusukan bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!