Advertorial
Home » Tag Archives: jangkitan kuman

Tag Archives: jangkitan kuman

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

  “Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.   Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.   Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.   Jika puan merasa sakit selepas menyusukan anak puan, berkemungkinan susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu masih berkumpul di dalam saluran susu kerana tidak habis dihisap oleh bayi puan.   Puan boleh menuam payudara puan ... Read More »

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.   Jadi janganlah bimbang tentang ... Read More »

Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

  “Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya  yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur.   Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik.   Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami kerosakan gigi. Membiarkan bayi puan minum dalam botol ketika berbaring juga boleh meningkatkan risiko bayi puan mengalami tercekik dan jangkitan kuman pada telinga .   ... Read More »

Bengkakan Payudara

  Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri.   Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara kerana puan telah mengalaminya sejak 1-2 tahun lepas.   Namun begitu elok puan membuangnya jika ia terlalu sakit  atau mengganggu rutin kehidupan puan.   Selain itu, puan juga ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.   Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan ... Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

  “As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius.   Antaranya ialah penyakit lymphoma.   Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang.   Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang.   Kelenjar nodus limfa ini membengkak ... Read More »

Punca saluran fallopian tersumbat

  Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.   Pertama,  ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.   Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.   Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.   Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.   Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.   Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk ... Read More »

Air Mani Warna Kuning

      “Assalam mu alaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya apakah warna sebenar air mani? Adakah putih susu atau kekuningan. Untuk makluman doctor, air mani saya agak kekuningan. Adakah ia menghalang peluang saya untuk mempunyai anak?”   Wa alaikum mus salam.   Air mani adalah cecair yang membawa sperma bersama nutrisi yang diperlukan oleh sperma di sepanjang perjalanan untuk disenyawakan.   Warna air mani yang normal ialah jernih keputihan dan adakalanya kelihatan sedikit kelabu.   Antara punca warna air mani menjadi kuning ialah pemakanan yang mengandungi banyak sulphur seperti bawang putih dan bawang merah. Ia dapat diatasi dengan meminum air yang secukupnya. Dalam hal ini ia bukanlah suatu penyakit.   Air mani yang disimpan terlalu lama dalam testikel (kerandung zakar) juga akan bertukar warna menjadi kekuningan. Apabila beberapa kali ... Read More »

Batuk dan selesema ketika hamil

    “Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi   puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.   Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.   Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. hidung tersumbat 4. sakit kepala 5. demam     Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu atau ... Read More »

Kehamilan di luar rahem

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita yang terpilih saja akan diuji dengan ujian ini. Pada kehamilan biasa, ovum yang dibebaskan daripada kilang telur ovari akan disenyawakan pada hujung saluran fallopio. Persenyawaan ini akan membentuk zigot (gumpalan ... Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak. Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergentung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Pendarahan pada puting payudara

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman.   Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. Namun adakalanya kita bimbang ia adalah tanda-tanda awal bagi kanser payudara.   Doktor akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebab pendarahan putting dengan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk ... Read More »

Pecah Tuban Sebelum Waktunya

Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. “Doc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!” “Itu tanda mahu melahirkan…” “Betul ke? Isteri saya baru masuk 30 minggu. Hairannya dia tak rasa sakit..” “Kalau begitu, bawa saja ke hospital untuk pemeriksaan..” Saya menyandarkan diri dan berdoa agar isteri rakan saya tidak melahirkan anaknya pada masa ini kerana masih terlalu awal. “Abah, air tuban tu apa?” soal anak saya pula. Soalannya ringkas tetapi memerlukan jawaban yang panjang dan agak kompleks. Semasa seorang wanita sedang hamil, bayi dalam rahem dilindungi oleh selaput yang dikenali sebagaiamniotic membrane dan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!